Selalunya kalau bercuti kita akan cari tempat yang banyak spot bergambar untuk abadikan kenangan bersama. Tapi kalau inginkan kelainan korang boleh berkunjung ke Muzium Ilusi Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang.
Tidak seperti tempat yang pernah korang lawati sebelum ini. Apa yang ada di sini bukan sahaja menghiburkan malah boleh dijadikan bahan educational yang menyeronokkan untuk setiap peringkat umur.
Kunjungan ke sini memang satu pilihan yang tepat untuk luangkan masa bersama anak-anak, teman-teman, orang tersayang malah juga datuk dan nenek korang pun boleh enjoy bila ke sini.
Muzium ini mempunyai Bilik Permainan di mana pengunjung dari semua peringkat umur boleh bermain, bersaing dan belajar. Ia dilengkapi dengan Permainan Dilema, teka-teki kayu dan permainan asah otak, yang merangsang kebolehan kognitif dan menjadikan Bilik Permainan ini pusat kecergasan sebenar untuk otak korang.
Terdapat banyak permainan yang menguji minda, mata dan juga deria korang. Cubalah melangkah ke terowong Vortex, menentang graviti, lihat rakan, adik-adik atau guru korang membesar atau mengecut di hadapan mata anda, tersesat di dalam cermin yang membingungkan, hidangkan kepala seseorang di atas dulang untuk makan tengah hari atau naik sahaja ke siling dan pastikan anda mengambil gambar dalam Rotated Room.
Lihatlah setiap ilusi optik dan pemasangan, permainan-permainan tersebut adalah sesuatu yang menghiburkan dan salah satu cara untuk kita sedar bahawa persepsi kita tentang dunia kadang-kadang sangat kabur.
Datang dan terokai dunia ilusi. Alami sendiri perkara yang mungkin korang mustahil. Paling penting pastikan korang membawa kamera atau telefon bimbit yang dicas sepenuhnya dengan storage yang mencukupi untuk semua detik dan pengalaman yang korang ingin simpan selama-lamanya.
Sebelum balik, jangan lupa singgah di Smart Shop untuk korang beli cenderahati sebagai tanda kenangan dah sampai ke Muzium Ilusi Kuala Lumpur. Memang fun dan enjoy bila datang ke sini!
Harga tiket:
Dewasa RM35
Kanak-kanak (5 hingga 15 tahun RM25
Family Kombo (2 Dewasa & 2 Kanak-kanak) RM90
Pelajar & Warga Emas (55 tahun ke atas) RM30M
Waktu operasi
Isnin Hingga Ahad
10.00pagi – 10.00 malam
Alamat:
Museum Of Illusions Kuala Lumpur
Level 1, Ansa Hotel Kuala Lumpur, ( Between Fahrenheit 88 and Lot 10 Mall, 101, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Kredit: Museum of Illusions