Kalau ke Cameran Highland, memang tidak sah kalau tidak membeli buat strawberi untuk di bawa pulang untuk dijadikan buah tangan atau kudapan selepas balik bercuti.

Cara Pilih Buah Strawberi Di Cameron Highland Supaya Tahan Lama. Tip Dari Penduduk Tempatan

Ke mana sahaja lokasi tumpuan pengunjung di Cameron Highland, memang ramai peniaga mengambil kesempatan untuk menjual buah strawberi ini di situ. Rasanya sangat manis, buah juga bersaiz besar selain harga yang ditawarkan memang murah berbanding di pasaraya.

Tapi itu la, kadangkala buah strawberi yang dibeli untuk di bawa pulang tidak tahan lama. Ini ada tip dari penduduk tempatan Cameron Highland sendiri, bagaimana cara sebenar memilih buah strawberi untuk di bawa pulang.


 

“Alamak lembik dah laaaa”
“Euuu masam!”
“Eh, baru turun dah lebam, penipu la penjual ni!!”

Tula selalu jadi kan korang kan? Buah strawbery rosak, tak sempat nak makan! Belinya berkotak-kotak! Stresssss

Buah strawbery ni antara buah yang agak rumit untuk dijaga tau! Tak nak susah, korang makan je puas-puas kat Cameron sudaa..senang hati. Haha. Tak payah pening-pening fikir cara nk jaga bagi tahan lama.

Cara Pilih Buah Strawberi Di Cameron Highland Supaya Tahan Lama. Tip Dari Penduduk Tempatan

Ads

Tapi, mungkin ada nak bawa balik untuk keluarga dan rakan-rakan tersayang, untuk buat kek, untuk buat jus smooties dan sebagainya kan? Kat sini ada beberapa tips korang boleh guna supaya buah strawberi tahan lebih lama.

  • Perkara pertama, paling utama ada cara bagaimana untuk memilih strawberi:
  • Pilih buah yang tidak lembik, lebam dan tanpa cacat.
  • Perhatikan warna, mesti merah terang, jangan pilih warna yang kusam, gelap dan tidak berkilat.

Keduanya, adalah cara membersihkan strawberi bila dah sampai di rumah. Ada dua cara tau.

Cara pertama:

Cara Pilih Buah Strawberi Di Cameron Highland Supaya Tahan Lama. Tip Dari Penduduk Tempatan

1. Cuci bersih di air yang mengalir untuk membersihkan kotoran yang melekat pada strawberi.

2. Rendam dalam air yang diletak dua sudu garam selama 3 minit lalu tapis sampai kering.

Ads

3. Lapkan dengan tisu sampai kering.

4. Setelah strawberi kering dan bersih, tuang semua buah strawberi ke dalam bekas kedap udara yang dilapik dengan tisu. (ini untuk menyerap lembapan)

5. Simpan dalam peti ais. Cara ini akan membuat strawberi tetap segar selama lebih dari 7 hari.

6. Bagi yang ingin tahan lebih lama boleh disimpan dalam freezer agar boleh digunakan sebagai bahan ais krim atau jus segar bila-bila masa korang nak.

Cara kedua:

Cara Pilih Buah Strawberi Di Cameron Highland Supaya Tahan Lama. Tip Dari Penduduk Tempatan

Ads

1. Satu lagi cara yang boleh dicuba dengan membasuh strawberi dengan cuka. Caranya dengan membasuh strawberi dalam larutan 1 cawan cuka untuk setiap 10 cawan air. Sebenarnya tidak kisah berapa nisbahnya, anda boleh juga agak-agak berapa ingin digunakan.

2. Rendam selama 4-5 minit, kemudian tapis dan paling penting biarkan ianya betul-betul kering.

3. Letak dalam tupperware yang dilapik tisu dan simpan di dalam peti sejuk seperti biasa. Proses ini boleh digunakan untuk semua jenis beri. Dan jangan risau, anda tidak akan rasa cuka pada strawberi anda.

Tip Penting Beli Strawberi

Biasanya strawberi dijual dengan daunnya. Pilihlah strawberi dengan warna daun hijau segar dan warna strawberi yang merah cerah. Saiz yang besar menandakan buah tersebut sihat dan lebih sedap serta manis.

Cara Pilih Buah Strawberi Di Cameron Highland Supaya Tahan Lama. Tip Dari Penduduk Tempatan

  • Segera cuci dan simpan dalam peti sejuk di dalam bekas tertutup berlapik tisu. Jangan biarkan di luar peti ais sebab baunya akan cepat hilang dan cepat kering.
  • Nak dapat buah manis? Tak nak masam? Pastikan membeli buah yang sederhana besar dan berwarna merah terang. Kalau ambil buah yang masih ada putih atas tu, maksudnya buah masih muda dan akan berasa sedikit masam.
  • Buah lebam? Pastikan memilih buah yang berwarna merah terang, bukan bewarna gelap. Warna gelap tu dah terlalu masak dan mudah lembik.
  • Disarankan anda beli buah untuk dibawa pulang, pada hari anda nak bergerak pulang ke rumah.
  • Anda disarankan membeli buah strawberi atas pada pukul 10 pagi, supaya anda dapat buah yang terbaru. Bukan buah yang semalam.
  • Seeloknya, beli buah yang 2 layer ke bawah kalau nak dibawa pulang . Lagi elok 1 layer sahaja. Ini untuk elak buah di bawah tu terpenyek dan jadi lebam.
  • Dan paling akhir, pastikan anda meletakkan buah strawberi di bahagian dalam kereta yang beraircond tu, bukan di bonet kereta ye!

Sumber: FB Gobok Homestay Cameron

 

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI