Travel

Cara Mudah Perbaharui Passport, Tak Perlu Ambil Nombor Giliran Imigresen

Share

Ketahui cara mudah perbaharui passport sebelum anda terbang keluar melihat dunia luar untuk bercuti.

Mungkin terlalu excited untuk healing, ada yang lupa memeriksa dokumen perjalanan paling penting, iaitu pasport. Ini bahaya!

Cara Mudah Perbaharui Passport

Jika pasport berbaki kurang enam bulan sebelum tarikh tamat tempoh ataupun sudah expired, bermakna anda perlu memperbaharuinya sebelum berlepas.

Jangan risau, jom ikuti panduan perbaharui pasport secara dalam talian sebagaimana perkongsian seorang pelayar Facebook, Wan Nurdiana:

1) Sediakan gambar ukuran pasport. Anda boleh pergi ke kedai gambar (diberi soft copy) atau hanya bergambar sendiri and edit.

Kriteria penting – tudung perlu berwarna gelap, latar belakang wara putih, solekan natural, tidak memakai kanta lekap berwarna.

2) Buka laman ini:

https://imigresen-online.imi.gov.my/eservices/myPasport

– Muat naik gambar ukuran pasport.

– Masukkan data peribadi, lokasi pejabat imigresen untuk ambil pasport (pilih berdekatan lokasi anda) dan bayaran pasport (RM200).

3) Selepas hantar permohonan, tunggu emel kelulusan daripada Jabatan Imigresen.

4) Apabila lulus, cetak resit bayaran dan bawa ke pejabat imigresen yang anda sudah pilih. Oh ya, jangan lupa bawa pasport lama dan kad pengenalan anda.

5) Letakkan resit bayaran di dalam tray kaunter serahan pasport. Lazimnya tidak perlu ambil nombor giliran.

6) Biasanya pasport anda siap untuk dikutip dalam masa satu jam.

Walaupun ada notis 1 jam untuk siap, jangan ke mana-mana sebab kadang masa nak ambil tak sampai 10 minit sudah dipanggil nama dan boleh dapatkan passport baru.

Senang, bukan?

Inilah cara paling mudah dan cepat untuk renew passport. Tinggal isi online, dapat email kemudian collect tanpa perlu beratur panjang.

 

Oleh
Nadia