Cara 1: Kongsi pelan perjalanan anda
Ini bukanlah bermakna anda berkongsi di laman media sosial sewenang-wenangnya. Maklumkan kepada keluarga dan teman rapat perihal pelan perjalanan anda agar mereka tahu di mana anda berada dan boleh mencari anda sekiranya ada apa-apa berlaku.

Cara 2: Komunikasi berkesan dengan hos
Jika anda tinggal dalam bilik dorm atau homestay, pastikan anda bertanya mengenai kawasan yang selamat dengan hos anda agar anda boleh elakkan tempat-tempat yang tidak sesuai untuk wanita berjalan berseorangan.

Cara 3: Elakkan jalan gelap
This is a BIG no-no. Sama sekali jangan jalan berseorangan di luar pada waktu malam, di jalan yang tidak diterangi lampu.

Cara 4: Alat keselamatan
Dapatkan wisel atau alat yang boleh mengeluarkan bunyi yang kuat untuk waktu-waktu genting/kecemasan.

Cara 5: Elak benda/tumpangan PERCUMA
Tiada benda yang percuma di dunia ini jadi JANGAN sesekali menerima tumpangan kenderaan dan makanan atau minuman percuma dari orang yang tidak dikenali.

Cara 6: Buat tidak tahu
Jangan membalas atau memberi reaksi terhadap siulan atau panggilan dari orang yang tidak dikenali.

Cara 7: Tidak perlu beg designer
Simpan barang berharga anda dalam beg yang buruk dan biasa sahaja berbanding beg designer. Ini untuk mengelak anda menjadi target pencuri dan penyangak.

Cara 8: Jadi seperti orang tempatan
Abaikan sahaja mekap. Go natural agar anda lebih ‘masuk’ dengan orang tempatan.

Cara 9: Sertai kumpulan tour
Ini memudahkan untuk anda mendapatkan tour percuma satu-satu bandar dan bilangan orang yang ramai boleh memastikan keselamatan anda.

Cara 10: Bertemu di kawasan awam
Jika anda mahu bertemu seseorang, pastikan ia di kawasan awam dan pastikan anda memberitahu seseorang perihal perjumpaan tersebut.

Cara 11: Cincin kahwin
Jika anda belum berkahwin, pakai sahaja satu yang palsu untuk mengelakkan ‘gangguan’ lelaki.

Cara 12: Kunci mulut
Jangan beritahu maklumat sensitif/peribadi anda kepada sesiapa pun.

Cara 13: Teksi bermeter
Pastikan teksi yang anda mahu naik memakai meter dan tertera maklumat pemandu serta sijil pendaftaran teksi tersebut.

Cara 14: Kasut yang selesa
Jangan menggatal untuk memakai kasut bertumit atau sandal yang nipis dan bertali-tali. Kasut sukan atau kasut khas untuk berjalan adalah pilihan terbaik.

Cara 15: Kawasan selamat
Pastikan anda ambil tahu di mana terletaknya balai polis, stesen minyak dan pasar raya jika berlaku situasi yang mana anda perlu lari menyelamatkan diri.