Cara Dapatkan Refund Jika Nak ‘Cansel’ Atau Terlepas Naik Pesawat AirAsia

Share

Kita hanya mampu merancang, tetapi segala yang berlaku dalam kehidupan seharian kita berada diluar kawalan.

Begitu juga dengan percutian. Kumpul duit belanja untuk bercuti kita mampu, tiket kapal terbang pun sudah dibeli. Namun apa yang kita rancang tidak semenstinya menjadi kenyataan. Tiba-tiba tidak jadi pergi kerana ada perkara yang lebih penting atau mungkin anda terlepas pesawat.




Nah, tip ini merupakan perkongsian daripada saudari Syafaa Sharrafah

jika anda ingin menuntut kembali sebahagian wang tiket tambang pesawat AirAsia akibat terlepas pesawat atau ingin membatalkan tarikh penerbangan.

Saya share untuk sesiapa yang belum tahu lagi

Bulan Oct 2019 sepatutnya saya travel solo ke Myanmar. Tetapi lepas grad bulan Ogos, terus dpt kerja. So, saya terpaksa cancel trip saya. Maklumlah baru dapat kerja.

  • Harga tiket return KL-Yangon-KL = RM185
  • Harga refund = RM141
  • Harga rugi = RM44



Jadi, saya terbaca yang kita boleh refund tiket. Caranya:-

  • Buka website AA atau app
  • Chat with AVA
  • Pilih Refund
  • AirAsia New Refund Request
  • Airport Tax Refund
  • Masukkan booking number flight korang
  • Masukkan reason kenapa korang nak refund. Dalam kes saya, saya tulis "Could not make it to aboard the flight." (Padahal sengaja taknak naik)
  • Pilih korang nak refund dalam bentuk Credit Account AA atau masuk dalam akaun bank korang (tapi dlm credit acc ada validation date boleh guna smpi bila. Rugi saya buat kt situ. Sepatutnya masuk dlm acc bank je)
  • Settle semua tunggu lah dapat email dari AA berjaya atau tak. Dalam seminggu mcm tu diorg process.

Note: Tapi kena request refund dalam masa 6 bulan dari tarikh flight korang terlepas atau tak jadi naik tu. Selepas 6 bulan dah tak boleh request refund.

Oleh
Husna