Ini cara bercuti ke Langkawi naik ETS kalau anda tak nak penat memandu. Tahu-tahu dah sampai dan boleh menikmati tempat orang, barulah betul-betul healing!
Biasanya ramai yang berjalan ke Langkawi pergi dengan menaiki kapal terbang, bas atau memandu kenderaan sendiri.
Bercuti Ke Langkawi Naik ETS
Haaa.. kali ini ada tip mudah untuk anda yang menaiki pengangkutan awam, sesuai kalau mahu berehat sepanjang perjalanan memandangkan memerlukan lebih daripada empat jam untuk pergi ke Langkawi (anggaran kasar jika dari Lembah Klang).
Terdapat sesetengah orang awam juga suka untuk memandu sendiri kerana mempunyai lebih masa untuk menerokai kawasan kepualuan itu.
Namun ini bergantung dengan pilihan sendiri kerana masing-masing mempunyai jadual perjalanan sendiri.
Tetapi bagi mereka yang ingin cuba kelainan dengan menaiki kereta api namun tidak tahu caranya, boleh ikut tip yang dikongsi oleh CEO Travel di Facebook.
Beli Tiket Dulu
Bagi yang tidak mengetahui, kita juga boleh pergi ke Langkawi dengan menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM) atau lebih dikenali dengan Electric Train Service (ETS).
Menurut lelaki tersebut, dia memulakan perjalanannya dari stesen ETS di Kuala Lumpur Sentral susulan ia dekat dengan rumahnya.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan membuat pembelian tiket dan disarankan untuk membelinya beberapa hari lebih awal supaya perjalanan lebih teratur.
Kemudian, daftar masuk di ruangan menunggu dan cari petugas yang jaga di kawasan ETS.
Petugas tersebut akan menunjukkan jalan kepada pengembara supaya tidak sesat sampai ke platform yang sepatutnya.
“Trip kali ini akan bermula dari KL Sentral, daftar masuk di ruang menunggu dan kalau nampak salah seorang petugas di situ, ikut sahaja kerana dia akan bawa ke platform destinasi yang ingin dituju.
“Harga tiket untuk pergi ke Langkawi dengan menaiki KTM hanya RM98.50 dan akan diturunkan di Arau,” katanya.
Ada Cafe Dalam Tren
Menurutnya, perjalanan mengambil masa lima jam tetapi kalau rasa lapar dan dahaga tidak perlu risau kerana dalam ETS itu juga ada kafe yang menyediakan makanan dan minuman.
ETS menyediakan tempat duduk yang selesa buat penumpang selain beberapa keperluan yang boleh digunakan sepanjang perjalanan yang memakan masa lebih dari tiga jam.
“Selepas sampai di Arau, naik van putih untuk pergi ke Terminal Feri Kuala Perlis dan seterusnya naik feri. Perlu bayar RM21 ke Langkawi.
“Feri ke Langkawi ambil masa lebih kurang dalam satu jam,” jelasnya.
Jumlah yang dikeluarkan untuk perjalanan pergi adalah tidak kurang daripada RM130.
Jadi ini pilihan untuk anda sama ada nak naik ETS atau tidak untuk per gi bercuti ke Langkawi, ikut tebal nipis poket dan keselesaan masing-masing.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI