Chubu sebuah daerah tarikan pelancong yang terletak di wilayah tengah Jepun.
Di sini terletaknya Gunung Tateyama dan Taman Negara Chubu Sangaku yang mempunyai jalanraya bersalji tertinggi dikenali sebagai Tateyama Kurobe Alpine Route.
Destinasi Tateyama sangat terkenal untuk menikmati pemandangan hamparan salji yang dikelilingi dengan panorama indah termasuk Gunung Tateyama yang diliputi salji. Walau bagaimanapun ia tertakluk mengikut musim tertentu ketika itu. Untuk tiba di puncak, pelancong hanya dibenar menggunakan pengangkutan awam, antaranya bas troli terowong, kereta kabel, kereta kabel bawah tanah dan bas ulang alik.
Paling menarik, untuk ke lokasi ini, pengunjung akan melalui sebatang jalanraya atau lebih dikenali sebagai koridor bersalji yang dikatakan antara laluan bersalji paling cantik dan gerun di dunia. Bayangkan sebatang jalanraya terletak betul-betul di tengah tembok salji yang sangat tinggi. Laluan ini telah menarik kunjungan berjuta-juta pelancong setiap tahun sejak ia dibuka pada 1971. Perasaan gerun terasa jika menyusuri jalanraya ini kerana bila-bila masa sahaja runtuhan salji mungkin boleh berlaku.
Unik dan teruja! Itu adalah perasaan setiap pengunjung jika dapat berdiri di tengah-tengah laluan dengan dinding salji setinggi kira-kira 13 meter walaupun ketika musim bunga. Ketika musim sejuk ketinggian dinding itu dikatakan boleh mencecah sehingga 18 ke 20 meter. Masa paling sesuai untuk melihat ciptaan unik ini adalah sekitar bulan April sehingga Jun setiap tahun. Laluan jalanraya ini sentiasa perlu dibersihkan dengan jentera penyodok khas bagi memudahkan perjalanan agar lancar.
Ads
Selepas puas mengambil gambar kenangan dilaluan jalanraya paling bersalji di dunia, pengunjung boleh terus ke stesen Morudu untuk melihat pemandangan indah di kawasan setinggi kira-kira 2,450 meter dari paras laut. Di sini juga anda boleh melihat kolam Mikurigaike yang airnya hijau kebiruan.
Jika mengunjungi gunung itu, jangan melepaskan peluang ke Empangan Kurobe iaitu empangan tertinggi di Jepun yang berada pada paras 1,470 meter. Empangan setinggi 186 meter itu boleh menampung sehingga 200 juta meter padu air daripada Taman Negara Chubu Sangaku.
Di kawasan ini juga terletak perkampungan tradisional Shirakawago yang diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 1995.
Berkesempatan bercuti bersama pasangan adalah saat palng membahagiakan. Tidak perlu check-in hotel mewah sebaliknya bercuti dengan menggunakan Kelisa yang diubah suai menjadi camper menarik.
Memilih lokasi di Pantai Penarik Terengganu, pasangan suami isteri ini merasai nikmat percutían berdua sambil mendengar bunyi desiran ombak yang mendamaikan.
Seperti perkongsian wanita ini Nurrah Rahman di laman sosial Facebook melalui Grup Komuniti CamperCar Malaysia yang memberitahu keseronokan bercuti dengan suami di tepi pantai.
Dua jiwa dua citarasa berbeza..dua hobi berbeza..
Kisahnya pokcik memang suka camping dari zaman muda sampai hampir umur 50 ni. Mokcik pulak memang tak ikut pokcik pergi camping dengan alasan mesti kena tidur atas tilam.
The books.View pantai yang cantik.Our CamperCar.
Maka kemudiannya jadilah CAMPERCAR Kelisa by pokcik..untuk mengurangi perbezaan kami dan temukan titik persamaan.
Siap tilam..kipas ..bantal… Kos?Pokcik Beli Plywood rm48 ..pastu ensel pintu.. Lampu kedai eco RM2..portable kipas dari MR DiY.Barang-barang lain semua dah ada kat rumah…
Pinknyerrr kaki.Membaca itu hobi seorang mokcik yang manis macam nissang.Underneath pokok Rhu.
Tempat camping..Pantai Penarik Terengganu yang amat amat menarik dan cantik..nampak Pulau Redang..Pulau Perhentian dan Pulau Bidong.. Kebetulan ada ramai Campers Campers bercamping sama..so ada teman sehobi malam ni
InsyaAllah keselamatan terjamin..
Our lunch..nasik goreng ikan bilis cili kering..nyummmmmyyyy .Asar di tepi pantai.
Our tandas cangkung.. traditional way to throw ‘ the small water .
Malam kami berdua solat maghrib dan isyak berjemaah berbumbungkan bintang bintang di langit..sambil dengar deruan ombak..tenang sungguh… Bangun pagi pulak.. nampak matahari terbit..indahnyer ciptaan Tuhan…betul betul di depan mata…
Inilah Cara bercuti musim PKP.. Nikmati keindahan dalam negara sendiri.. Pengalaman pertama seorang mokcik 45 tahun yang manis leting macam nissang.
Bukak lampu bang.Our ‘hotel room’ for the nite.Kena makan megi rendam air panas baru feel camping kannn.Morning view.Breakfast.
Jom ramai-ramai The More The Merrier kata orang Ganu
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mimaland mula dibina dalam tahun 1971 dan beroperasi pada 1975. Lokasi Mimaland atau Malaysia In Miniature Land terletak di sebuah kawasan berbukit seluas 300 ekar di Ulu Gombak. Tahun 1994 taman tema ini telah ditutup sepenuhnya.
Pembinaan Mimaland dilakukan dalam beberapa fasa dan dibuka secara berperingkat. Fasa pertama Mimaland yang siap dalam tahun 1970-an mengandungi 24 buah motel dan 5 buah chalet serta sebuah kolam renang.
Pada 1984 Mimaland memperkenalkan pula satu lagi tarikan terbarunya iaitu kolam renang yang dikatakan terbesar di Asia Tenggara, dan semestinya papan luncur air gergasi yang sangat tinggi yang begitu digemari oleh ramai pengunjung. Selain itu Mimaland juga mempunyai beberapa lagi bahagian lain, antaranya ialah sebuah tasik untuk aktiviti bersampan dan memancing, kawasan ‘giant maze’, serta kawasan untuk merentas rimba.
Setelah bertahun-tahun Mimaland menceriakan hidup ramai orang, sesuatu yang tidak diingini berlaku juga.
Mimaland dulunya taman tema air dan rekreasi yang hebat kini terbengkalai atas faktor:
Seorang warganegara Singapura berusia 27 tahun maut dalam satu kemalangan di kawasan papan luncur air gergasi Mimaland pada Januari 1993. Ditutup sementara.
Dibuka semula, namun, satu kejadian kecil tanah runtuh telah menyebabkan berlakunya kerosakan pada dinding kolam renang yang sama pada Mei 1994. Kejadian ini menyebabkan air lumpur memasuki kolam renang tersebut menyebabkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai.
Beberapa pihak termasuk agensi kerajaan telah menyeret Mimaland ke mahkamah atas beberapa dakwaan kesalahan, antaranya kelemahan dalam kawalan keselamatan, serta menjadi punca kepada beberapa masalah. Sepanjang perbicaraan, pihak mahkamah telah menghalang Mimaland daripada beroperasi. Mimaland akhirnya terpaksa menutup terus pintunya buat selama-lamanya pada 1994.
Memang teruja kalau nampak beruang kutub yang hanya boleh dilihat di kutub utara muncul di kawasan biasa orang ramai. Namun sayu hati melihat kelibat beruang kutub itu kerana ditemui sedang merayau dalam keadaan lemah, kebuluran dan sedang makan sisa kotoran di sebuah tapak pelupusan sampah di bandar Norilsk, Rusia.
Situasi itu telah menggemparkan institusi pemuliharaan haiwan dan meresahkan golongan pemerhati sedunia khususnya pencinta haiwan serta alam sekitar. Beruang kutub ini telah meninggalkan habitatnya di Artik yang sejauh ratusan kilometer itu membuka mata ramai tentang isu pemanasan global, pencairan ais, pemusnahan habitat dan juga kerosakan besar yang dilakukan manusia.
Perubahan iklim ternyata telah memusnahkan habitat dataran ais di kutub dan itu memaksa haiwan-haiwan di situ bergerak lebih jauh untuk mencari makanan di tanah yang didiami manusia. Setakat ini masih tiada butiran terperinci tentang bagaimana beruang kutub itu sampai di Norilsk.
Beruang itu akhirnya berjaya ditempatkan di sebuah zoo di bandar Krasnoyarsk, Siberia untuk menjalani rawatan susulan.
Ketika gambar dan video beruang betina berusia dua tahun itu mula tular di Norilsk, ia dalam keadaan sangat tidak sihat dan hampir mati selepas menggeledah sampah sarap tanpa menemui sebarang sumber makanan.
Syarikat minyak Rosneft, dalam satu kenyataan berkata bahawa pihaknya turut terlibat dalam operasi memindahkan haiwan tersebut dari Nirilsk ke Krasnoyarsk. Beruang itu kini akan menerima segala rawatan dan makanan kesihatan yang sewajarnya.
Seorang pakar hidupan liar, Oleg Krashevsky, yang terserempak dengan beruang itu sewaktu di Norilsk, berkata bahawa ia berkemungkinan tersesat. Tambahnya, semasa ditemui, mata beruang itu berair, dan ia tidak dapat melihat dengan jelas. Buat masa ini beruang itu terlalu lemah untuk dihantar pulang ke habitat asalnya.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...