
Rupanya Eco Spring Labs di Johor pun cantik tempatnya dan sesuai sangat kalau anda jenis suka bergambar. Warna bangunannya, menarik sangat!
Setiap port yang ada memang ngam sangat untuk posing! Inilah yang best dan buat kita rasa nak singgah. Okay sekarang jom, tengok apa yang best di sini!
Apa Yang Menarik Di Eco Spring Labs?
Kalau datang ke Johor, tempat ini memang wajib singgah sebab outdoor yang memang sesuai untuk bergambar atau photoshoot.
Dekat Eco Spring Labs, bangunannya sangat cantik dan aesthetic. Banyak tempat yang sedap dipandang untuk photoshoot dan yang penting percuma sahaja nak ke sini.
Agak rasa nak minum-minum, jangan risau ada banyak cafe aesthetic yang boleh dicuba. Ada juga kedai macam 7eleven dan restoran di sini.
Baca pun dah best, apa lagi kalau sampai dan diri sendiri nampak depan mata suasana di sini. Tunggu apa lagi?
Hah, cepat masukkan dalam senarai dan ajak member atau keluarga tersayang bercuti ke Johor!
Kredit: Hanis
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Teringin Main Pasir Ala ‘Lancelin Sand Dunes, Australia’? Korang Pergi Je Pantai Mek Mas, Kelantan

Pantai Mek Mas, Kelantan agak terpinggir daripada pembangunan namun pantainya indah dan belum terusik, menjadi tarikan pelancongan.
Walaupun berdepan dengan isu hakisan tanah pantai sebelum ini, namun hari ini Pantai Mek Mas menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung luar untuk merasai pemandangan kawasan ala padang pasir yang luas. Selain itu, pengalaman yang tidak harus dilepaskan sekiranya berpeluang berkunjung ke sini adalah meluncur di atas bukit pasir atau gumuk. Jika teringin ingin mencuba aktiviti seakan di Lancelin Sand Dunes, Australia, anda boleh singgah sahaja ke Pantai Mek Mas.
Ada apa lagi yang menarik di pantai ini? Baca perkongsian daripada saudari Hidayati Saad
Pantai yang sesuai untuk ootd di Kelantan : Pantai Mek Mas!
Selain panorama dan aktiviti di pasirnya, pengunjung juga boleh ambik peluang untuk menjamu selera. Ada banyak gerai menjual makanan disekitar ini.
Jalan ke sini menghala ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) Sebelum sampai ke PCB ada lorong ke Kedai Buloh dan lorong yang sama untuk ke kedai popular warung Pak Mat Pulau Pisang. Berdekatan juga dengan kedai popular Selera Signal. Ada beberapa kedai menjual keropok lekor. Boleh la cuba rasa keropok lekor Kelantan. Tapi, tak sesedap Terangganu ya.
Di Selera Signal boleh cuba makanan
- Maggi telur Sotong
- Teh Beng
- Teh Dangdut
Warung Selera Signal kecil sahaja tapi selalu ramai orang. Sila rancang perjalanan anda jika ingin ke sini ya. Menu yang dicadangkan mungkin tak kena pada tekak orang lain. Bagi saya sedap dan berbaloi untuk cuba. Sila tepuk dada tanya selera.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gayakan Pakaian Tradisi Korea (Hanbok) di K-Style Hub Secara Percuma

Andai Korea Selatan menjadi destinasi percutian anda, jangan ketinggalan ke K-Style Hub yang menjadi lokasi tepat untuk mengetahui segalanya tentang negara ini. Ia merupakan pusat sehenti yang menyediakan informasi yang diperlukan oleh kebanyakan pelancong. Selain menjadi pusat informasi pelancong, terdapat pelbagai kegiatan yang dibahagikan kepada lima aras berbeza.
Terletak di tengah bandaraya Seoul,berhampiran Cheonggyecheon River. Jika anda pertama kali tiba di Seoul, Korea, ambil kesempatan untuk ke K-Style Hub kerana di sini pelbagai info yang sangat membantu sepanjang berada di negara ini. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini dan dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga jam 8.00 malam untuk bahagian Tourist Information Center di Tingkat 2.
Di K-Style Hub anda dapat menjelajah, mencuba dan merasakan serba sedikit pengalaman tentang Korea. Selain itu, pengunjung boleh memahami budaya masakannya, memasak dan mencuba makanannya serta menikmati indahnya Korea.
Berada di tingkat dua, bau aroma kopi dari kafe yang berada di sebelah kanan mengajak anda untuk singgah menikmati kopi. Di sebelah kiri ada layar besar yang menunjukkan pemandangan 360 darjah dari tempat-tempat pelancongan terkenal di Korea.
Maju ke kiri, anda dapat melihat pelbagai risalah pelancongan di Korea , pengunjung juga dapat mencuba pengalaman VR melihat lokasi-lokasi menakjubkan. Anda juga boleh berfoto bersama replika patung kertas BIGBANG dan foto virtual bersama artis K-Pop
Istimewanya pelancong Muslim boleh menjalankan solat di surau kecil yang telah disediakan di bahagian belakang tingkat dua ini. Ruangan solat untuk lelaki dan wanita diasingkan dan masing-masing dalamnya terdapat ruang untuk berwuduk. Selain itu terdapat ruangan mengenai kesihatan dan kecantikan. Anda boleh cuba mengukur usia kulit.
Pintu masuk ke Korean Food Exhibition Hall pada tingkat 3 begitu menarik perhatian. Tempat ini dihiasi dengan suasana tradisional Korea yang autentik, di mana jendela panjang dengan panel kayu tersusun sebaris. Kelihatan 24 panel kayu mempamerkan makanan musim di Korea. Pengunjung juga dapat melihat pelbagai biji-bijian dan perencah tradisional Korea yang telah mengalami proses fermentasi iaitu Kimchi. Lauk pauk didapati dari kombinasi warna, jenis, rasa dan bentuk. Ini merujuk pada musim, kesihatan dan keindahan.
Jengah pula ke tingkat empat, pengunjung boleh mencuba memasak makanan tradisional. Pendaftaran diperlukan bagi yang ingin mengikuti kelas memasak . Anda dapat memilih untuk membuat pelbagai macam makanan Korea di ‘Korean Food Learning Center’, mencuba makanan Korea di ‘Korean Food Experience Zone’, atau mendapatkan resepi makanan Korea yang berharga di ‘Korean Food Sarangbang’.
Mencuba Hanbok
Art Market Hall adalah tempat terakhir sebelum meninggalkan K-Style Hub. Pengunjung dapat melihat dan mencuba pakaian tradisional Korea (Hanbok) dan meja makan kecil yang digunakan oleh masyarakat di Korea serta produk kreatif. Karya seni dihasilkan penuh artistik dan boleh dijadikan sebagai cenderahati buat keluarga mahupun teman-teman. Sesungguhnya penjelajahan ke K-Style Hub memberi pengalaman berharga buat pengunjung untuk mengetahui tentang budaya dan makanan di Korea.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gemilang Candy Resort, Port Menarik Santai Dengan Anak-anak Di Merbok

Isi Kandungan
ToggleGemilang Candy Resort, sebuah resort menarik dan meriah di waktu malam siap dengan kolam renang yang terletak di Merbok, Kedah.
Menurut perkongsian saudara Hafiz Hazwan, kalau anda berkunjung ke Sungai Petani dan memerlukan penginapan yang sesuai bersama keluarga dan anak-anak, kena datang sini!
Apa Yang Menarik di Gemilang Candy Resort
Bilik/Chalet Depan Kolam Renang A
Cukup selesa sesuai untuk 3 orang dewasa (1 katil Queen &1 katil Single). Kalau bawa anak-anak boleh sahaja muat sehingga 3 orang anak kecil.
Setiap bilik di lengkapi dengan pendingin hawa (Aircond), kipas, peti ais, pemanas air & TV. Bilik sangat bersih & kemas. Terdapat 12 buah bilik semuanya di sini.
Kolam Mandi Depan Bilik
Kolam mempunyai dua zon, sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Kolam kelihatan cantik berhadapan dengan bilik. Keluar bilik terus boleh lompat masuk kolam.
Parking
Parking cukup untuk semua kenderaan bagi mereka yang menginap di sini.
Dekorasi Menarik
Suasana malam sangat meriah dengan lampu berwarna – warni di sekitar bahagian bilik. Tak takut sebab cerah. Siap ada ‘mini garden’ lagi ala-ala I-City.
Cafe Coffee Bar
Cafe berdekatan kawasan resort di buka dari jam 9 pagi – 8 malam. Meja dan kerusi disediakan kawasan cafe sambil menikmati & healing?
Harga
RM160 Weekday (hari biasa)
RM180 Weekend (hujung minggu)
Deposit: RM100
Kalau satu bilik boleh duduk 3 orang dewasa, kos dalam RM60 sahaja seorang.
Secara keseluruhan tempat ini sangat direkomendasikan bagi mereka yang cari homestay, hotel atau bermalam di Sungai Petani. Tak jauh pun dari Sungai Petani nak ke Merbok ni.
Jadi sesuai untuk anda yang nak bawa anak-anak ‘bertenang’di kawasan kampung yang tenang dan damai jauh, kesibukan kota. Nak buat famili day pun boleh di sini.
Lokasi:
Gemilang Candy Resort & Coffe House,
Merbok, Kedah Darulaman.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI