Pulau-pulau yang ada di Mersing tak kurang hebat dan cantik. Pantai pasir putih dengan air laut yang membiru memang menenangkan bila dapat berkunjung ke salah satu pulau yang ada.
Pulau Sibu antara pulau yang menarik untuk dijadikan destinasi percutian anda dan keluarga. Agak terpencil dan hanya boleh diakses melalui jeti Tanjung Leman, AMERA ROS SOFFIAH AMER berkongsi kenapa anda harus memilih pulau ini sebagai lokasi percutian!
5 Sebab Pulau Sibu Harus Dipilih Sebagai Destinasi Percutian
Setiap destinasi yang ingin dikunjungi semasa musim percutian perlulah menepati citarasa setiap individu dalam menjamin keselesaan dan kepuasan sepanjang berada di kawasan tersebut.
Memilih pulau sebagai salah satu destinasi percutian merupakan satu pelaburan yang sangat berbaloi. Tidak dapat dinafikan lagi, Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan keindahan pulau-pulaunya yang tersendiri serta mampu menarik minat pelancong-pelancong asing untuk berkunjung ke dalam negara.
Namun begitu, adakah berbaloi sekiranya destinasi percutian yang dipilih tersebut dipenuhi dengan bilangan pengunjung yang terlalu ramai? Menerusi artikel ini, saya akan berkongsi tentang salah satu pulau yang terpencil di Malaysia serta lima sebab pulau ini harus dipilih sebagai destinasi percutian anda.
Keadaan di sekitar Pulau Sibu
Jika anda merancang untuk meluangkan masa percutian di negeri Johor, Pulau Sibu merupakan destinasi pelancongan yang perlu dinotakan sebagai salah satu tempat yang harus anda lawati. Pulau Sibu merupakan pulau terpencil yang terletak di negeri Johor, Darul Takzim.
Meskipun perjalanan ke pulau ini tidak semudah seperti perjalanan ke pulau-pulau yang lain sekitar Mersing, namun keistimewaan Pulau Sibu ini tiada tolok bandingnya. Tambahan lagi, pulau ini hanya boleh dimasuki melalui Jeti Tanjung Leman.
Perjalanan menaiki bot atau feri dari Jeti Tanjung Leman ke Pulau Sibu pula hanya mengambil masa 30 minit sahaja serta tambang sehala untuk menaiki feri dari Jeti Tanjung Leman ke Pulau Sibu adalah sebanyak RM 70 bagi orang dewasa dan RM 35 untuk kanak-kanak. Sambil menaiki feri mahupun bot, pelancong turut disajikan dengan pemandangan laut dan langit biru yang indah di sekitar mereka.
Keadaan Pulau Sibu ketika sedang bermandi-manda
Kini, tibalah masanya untuk saya berkongsi berkenaan lima sebab mengapa Pulau Sibu harus dipilih sebagai destinasi pelancongan anda.
Ads
Memiliki 4 gugusan pulau yang lain
Meskipun Pulau Sibu dikenali sebagai sebuah pulau yang terpencil, namun pulau ini memiliki empat buah pantai pada bahagian timurnya. Tidak dilupakan juga, pantai di bahagian selatannya pula merupakan tempat yang paling selamat untuk melakukan aktiviti menyelam sambil menikmati keindahan laut biru di Pulau Sibu kerana terlindung dari tiupan angin. Pengunjung turut berpeluang untuk menerokai empat gugusan pulau yang lain, terdiri daripada Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.
2. Dilengkapi dengan Pelbagai Kemudahan
Selain itu, sebab yang kedua mengapa pelancong harus berkunjung ke Pulau Sibu sebagai destinasi percutian adalah kerana pulau ini turut dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang kondusif. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap pengunjung yang hadir ke sini
dapat menikmati percutian mereka dengan selesa dan selamat. Seperti contoh, terdapat beberapa tempat peranginan yang boleh didapati sekitar Pulau Sibu. Antaranya, ‘Rimba Resort’, ‘Sea Gyspy Village’, ‘Sari Pacifica Hotel, Resort & Spa’, ‘Sibu Island Resort’, ‘Sibu Island Cabanas’, ‘Junansa Villa’, ‘Twin Beach Resort’ serta ‘Coconut Village Resort’. Tambahan lagi, tempat-tempat peranginan yang telah dinyatakan tersebut turut menguruskan segala aktiviti, tempat penginapan, makan dan minum serta pengangkutan pengunjung sepanjang berada di Pulau Sibu.
Aktiviti menyelam permukaan atau ‘Snorkelling’ bersama ahli keluarg
Kedudukan tempat peranginan yang strategik juga memainkan peranan yang penting di mana pelancong-pelancong yang bertandang dapat menikmati keindahan pemandangan di sekitar pulau tersebut sambil ditemani bunyi ombak serta laut biru yang tenang dan pokok-pokok yang rendang. Bagi peminat tumbuhan hijau, pulau ini juga merupakan kepulauan tropika yang dikelilingi oleh hutan dan sangat berbaloi untuk dilawati.
3. Pelbagai Aktiviti Menarik Boleh Dilakukan
Ads
Selain itu, Pulau Sibu harus dipilih sebagai tempat percutian anda kerana pelbagai aktiviti menarik boleh dijalankan di pulau tersebut. Seperti yang kita dapat lihat, Pulau Sibu turut terkenal dengan kehidupan marinnya yang berwarna-warni. Oleh sebab itu, pengunjung tidak seharusnya melepaskan peluang untuk menikmati keindahan kehidupan marin di
pulau ini melalui aktiviti menyelam permukaan atau lebih dikenali sebagai ‘snorkeling’, jelajah antara pulau ke pulau atau ‘Island Hopping’ dengan menaiki bot, memancing, berkanu dan lain-lain lagi. Sekiranya pelancong mempunyai sijil yang membolehkan mereka untuk melakukan aktiviti menyelam scuba atau ‘scuba diving, maka Pulau Sibu merupakan tempat yang sangat disyorkan untuk melihat pemandangan di dasar laut yang dipenuhi dengan pelbagai jenis terumbu karang serta kehidupan laut yang penuh warna-warni. Perairannya yang cukup jernih juga menjadikan Pulau Sibu antara tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh peluncur-peluncur air dari setiap pelosok dunia.
Menaiki bot untuk aktiviti jelajah antara pulau ke pulau atau ‘Island Hopping
4. Kawasan yang tidak dipenuhi dengan orang ramai
Seperti yang kita sedia maklum, Pulau Sibu merupakan sebuah pulau yang terpencil. Sepanjang dua kali saya bercuti di Pulau Sibu, saya melihat bahawa pulau ini merupakan antara tempat yang terbaik untuk dilawati terutamanya buat pelancong yang tidak gemar bercuti di tempat yang terlalu padat dengan pengunjung yang lain. Berbeza dengan Pulau Pangkor serta Pulau Langkawi yang sentiasa menerima pengunjung dari dalam dan juga luar negara, Pulau Sibu merupakan suatu tempat yang tidak memerlukan pengunjung untuk bersesak-sesak dengan orang ramai.
Tambahan lagi, pengunjung juga bebas melakukan setiap aktiviti tanpa perlu menunggu atau beratur dalam tempoh masa yang lama. Secara tidak langsung, tempoh percutian yang anda luangkan di Pulau Sibu juga adalah berkualiti dan berbaloi. Tuntasnya, setiap pengunjung dapat menikmati percutian di Pulau Sibu dengan tenang tanpa wujudnya sebarang gangguan yang lain.
Ads
5. Tempat yang strategik untuk merehatkan minda dari dunia siber
Berdasarkan pengalaman saya yang telah menetap selama empat hari dan tiga malam di tempat peranginan ‘Twin Beach Resort’, saya dapati bahawa rangkaian Internet sukar untuk diperoleh di kawasan ini. Hal ini menjadikan Pulau Sibu antara tempat yang paling relevan buat pengunjung yang ingin berehat sebentar daripada media sosial.
Kejernihan air di Pulau Sibu
Sepanjang saya berada di Pulau Sibu ini juga, lazimnya saya cuma memanfaatkan hari percutian dengan menikmati pemandangan di sekitar tempat peranginan, merakam foto, berjalan kaki di sekitar pantai serta melakukan aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihak ‘Twin Beach Resort’ seperti berkayak, menyelam permukaan dan menaiki bot.
Masa yang diluangkan bersama orang-orang tersayang juga lebih berkualiti dan dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin. Hakikatnya, berehat sebentar dari dunia siber sambil menikmati pemandangan laut biru merupakan satu pelaburan yang amat bernilai dan bermakna.
Kesimpulannya, anda haruslah mempertimbangkan untuk memilih Pulau Sibu sebagai destinasi percutian anda yang seterusnya. Terdapat pelbagai kelebihan yang dapat anda peroleh apabila bercuti di pulau yang terpencil ini.
Berdasarkan kelima-lima sebab yang telah dihuraikan di atas, saya berharap semoga bakal-bakal pengunjung di Pulau Sibu mampu menikmati dan menghayati setiap keindahan yang terdapat di sekitarnya.
Pemandangan di tepi pantai pada waktu petang
Dalam usaha memastikan kelestarian pulau ini dapat dijaga sepanjang zaman, setiap pengunjung haruslah menjaga kebersihan pulau dari semasa ke semasa. Sampah-sarap tidak sewajarnya dibuang merata-rata terutamanya di dalam laut bagi memastikan kehidupan akuatik tidak terancam dan habitat-habitatnya juga dapat dijaga.
Artikel ini disumbangkan oleh Amera Ros Soffiah Binti Amer, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
AirAsia Group melaksanakan dasar perjalanan baharu untuk penumpangnya berikutan pandemik COVID-19.
Ini termasuk memerlukan penumpang untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri sebelum, semasa dan selepas penerbangan, serta semasa mendaftar masuk dan mengambil bagasi.
Penumpang tanpa topeng muka tidak akan dibenarkan untuk menaiki pesawat, menurut kenyataan dalam laman web AirAsia.
AirAsia turut menyemak semula dasar bagasi kabin untuk memudahkan penjarakan sosial, terutamanya semasa naik dan turun pesawat, membenarkan hanya satu bagasi kabin tidak melebihi tujuh kilogram bagi setiap penumpang. Langkah itu akan membantu mengurangkan kontak yang tidak diingini antara penumpang dan bagasi penumpang yang lain dan sebaliknya.
Foto: forbes.comFoto: CNN
Terdapat juga pemeriksaan suhu di pusat pemeriksaan yang berbeza, termasuk pintu masuk. Semua kru akan dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan suhu selepas setiap syif.
Penjarakan sosial perlu dipantau dan akan terdapat penanda di lantai di kawasan untuk beratur, termasuk kaunter daftar masuk serta kiosk.
Langkah keselamatan lain ialah kaunter daftar masuk alternatif untuk memastikan jarak yang mencukupi, malah AirAsia sedang mengusahakan untuk mempunyai proses daftar masuk tanpa kontak.
Kru kabin akan dikehendaki untuk memakai peralatan perlindungan di dalam pesawat, termasuk topeng muka dan sarung tangan. Kakitangan pengeluaran akan dipantau mengikut garis panduan COVID-19 dan kru kabin yang mengendalikan item menu akan dikehendaki untuk memakai sarung tangan pakai buang.
Selain itu, kru kabin kami telah dilatih dengan prosedur untuk menguruskan pesakit atau penumpang yang disyaki tidak sihat di dalam pesawat.
Foto: newsroom.airasia.com
Meurut kenyataan tersebut lagi, keselamatan menjadi komponen paling penting dalam industri penerbangan, dan sudah pasti AirAsia akan terus berusaha untuk memastikan kesalinghubungan penting ini memenuhi semua standard kesihatan dan keselamatan yang diperlukan untuk pekerja dan penumpang.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Info, panduan ringkas dan perkongsiaan DIY Umrah bersama keluarga ini daripada sumber facebook saudari Safuan Rahim
1) PENERBANGAN TERUS
Beli penerbangan terus dan selesa. Jangan waste time transit. Kami pilih Saudia Airlines Kul – Med Jed – Kul Fullboard dan Luggage 2 x 23kg seorang.Paling cepat sampai dan mempunyai surau.Terdapat Screen LCD setiap tempat duduk dan juga khas baby coat untuk anak bawah 2 tahun.Kos untuk kami bertiga RM6020 + RM278 infant = Total RM6298.
2) E-VISA
Visa Pelancongan boleh dibeli melalui https://visa.visitsaudi.com/Login dengan harga RM520 seorang valid 90 hari bergantung kepada matawang semasa.10 minit sahaja visa boleh siap dan terus print untuk kegunaan airport dan hotel.
RM 520 x 3pax = Total 1560.
3) ETIQA TRIPCARE 360
Melindungi bil rawatan , penerbangan delay, bagasi rosak dan kematian.Boleh dibeli secara online mengikut pakej.Kami memilih silver pakej family dengan harga RM129.51 https://www.etiqa.com.my/getonline/tripcare-360…
4) MEDIC PILGRIM
Medik Piglirm berfungsi seperti klinik Panel tanpa guna duit untuk dapatkan rawatan(cashless) hanya tunjuk policy sahaja.Boleh hubungi terus saudara Afiq 013 2104870 yang beroperasi di Cheras Bandar Sri Permaisuri.Di Madinah Al Dar Hospital berhadapan dengan Masjid Quba 15 minit jarak dari Masjid Nabawi manaka Di Mekah AlBayt Medical Center jalan kaki 5 minit dalam bangunan Menara zamzam Level p11 sebelah Hotel Movenpick.
RM40 x 3pax = Total RM120
5) HOTEL
Buat perbandingan hotel dengan Trivago.kalau boleh beli melalui Agoda dan Booking.com sahaja.Hotel di madinah kebanyakan dekat dengan Masjid kalau boleh labur kan lebih sikit Hotel di Mekah yang dekat dengan Haram.
Dar Al Naeem 500m= RM238(2H1M)
Golden Tulip Al Zahibi 50m = RM1,333( 5H4M)
Makkah Tower 50m = RM912 (3H2M)
Nawazi Ayjad 600m = RM1,214 (6H5M)
Total = RM3,697
6) VAKSIN MENINGOCOCCAL
Vaksin ni bukan syarat tapi untuk kesihatan kita wajib ambil di Hospital atau klinik yang berdekatan dengan Harga RM120 boleh tahan 5 tahun kalau nk murah RM5 Klinik Kesihatan Kuala Lumpur stok terhad.RM120 x 3pax = Total 360
7) HARAMAIN RAIWAY SPEED TRAIN
Dari Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ke Raiway station 15 minit sahaja. Perjalanan Madinah ke Mekah hanya 3 jam dan pengumuman untuk bermiqat 10 minit selepas tren bergerak. Jangan lupa download applikasi uber ,careem dan umrabcab.Tiket boleh beli melalui laman web www.hhr.sa. RM150 x 2pax + (Infant free) = Total RM300
Kami memilih Keretapi Laju perjalanan dari Madinah ke Mekah dengan hanya 3 jam sahaja.Harga untuk dewasa RM150 manakala percuma untuk kanak-kanak berumur 2 tahun kebawah.Tiket boleh dibeli melalui www.hhr.sa.
Perjalanan 15 minit dari Masjid Nabawi ke Stesen Keretapi dengan menaiki Uber RM30 manakala 10 minit dari stesen Mekah ke Masjidil Haram 10 minit juga dengan menaiki Uber RM20.
Setelah tiba di Stesen Keretapi prosesnya hanya imbas tiket,pemeriksaan diri dan Bagasi.Dinasihatkan terus niat umrah apabila di dalam keretapi nanti kerana khuatir kita leka mengambil gamba pemandangan atau sebagainya.Pengumuman untuk Miqat akan dibuat setelah 10 minit keretapi mula bergerak.
Antara kemudahan yang disediakan tandas setiap gerabak , tempat cas telefon dan cafe.Sangat selesa, mudah dan cepat untuk sampai ke destinasi.Semoga bermanfaat untuk semua jemaah.
8) MUTAWWIF
Kami gunakan khidmat ustaz hud pelajar dimekah +966597172079 untuk Umrah Wajib.Ustaz hud bimbing umrah kami hingga selesai satu umrah.Ketika tawaf ustaz hud dukung anak yang memakai pampers sehingga selesai 7 pusingan bagi menjaga sah tawaf bagi elak menangung najis.
9) KURSUS UMRAH
Kursus Umrah wajib hadir.Mesti hadir sekurang kurangnya 10 kelas.Belajar dan menuntut beberapa guru.Setiap pengajar bahan cetakan atau penyampaian berbeza.Kita akan dapat pengalaman dan perkongsian yang berbeza daripada guru yang berlainan.kursus di setiap minggu ada dan tempoh nya 3 jam.
Ziarah Luar Kota Mekah
Khidmat Haji Amin +966565706070 MPV Innova dengan 200 Riyal ke tempat Masjid Aisyah Al Rajhi , Jabal thur , Jabal Rahman , Mina , Muzalifah, Jamrahtul, Nasi Unta dan Miqat di Ja’ranah untuk tunaikan umrah.
Ziarah Luar Madinah
Pas 15 riyal 3 hari boleh dibeli pada driver bas yang terletak di pintu 20 21 dan 22.Ziarah ini termasuk Masjid Quba,Masjid Qiblatain, Qhandak dan Bukit Uhud.
Semoga Panduan ini dapat membantu jemaah untuk menunaikan umrah dengan segera dan berharap ilmu mengalir serta dimanfaat selepas kematian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bergembira bersama keluarga tidak semestinya perlu membelanjakan wang yang banyak kerana masih banyak perkara boleh dilakukan untuk mengabadikan percutian itu tanpa berbelanja besar. Tahu cara, percutian pasti menyeronokkan, duit untuk belanja juga lebih jimat.
Anda sedang merancang percutian ke negeri pantai timur dengan keluarga tersayang? Nah! jadikan perkongsian daripada Hazwani Hashim ini sebagai panduan dan tambahan kepada bajet dan itinerari percutiaan kalian.
Selamat bercuti~
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin kongsikan maklumat dan pengalaman saya travel ke sekitar Kota Bharu, Kelantan bersama dua orang kakak kandung, dua kakak ipar (kesemua mereka berusia 40an ke atas dan syukur masih sihat, cergas dan riang) juga bersama seorang anak buah yang terpilih untuk trip ni. hehe.
Saya buat konsep kumpul duit macam rombongan. Jika berlebihan, akan di pulangkan. Jika tak cukup, kami akan buat penambahan.
Kos anggaran 3hari 2malam: (Untuk seorang)
Homestay : RM67.00 [all RM400.00]
Minyak : RM50.00 [all RM300.00]
Tol : RM33.00 [all RM200.00]
Makan-makan : RM150 [all RM900]
Jumlah kasar untuk seorang = RM300.00 [all RM1800]
Kami bertolak pada pukul 4 pagi Jumaat dari Serendah. Singgah solat di Kuala Lipis, Pahang. Waktu perjalanan pergi, kami menggunakan laluan Kuala Lipis – Gua Musang dan melalui Central Spine Road Gua Musang. Dapat dan merasa la tengok sekitar kampung-kampung orang lain. Selama ni kami asyik balik kampung di Utara Kedah dan Perak je. Kemudian, dah masuk Gua Musang, kami sambung ke laluan Gua Musang – Kota Bharu, merentasi Machang.
Trip selama 3 hari 2 malam yang penuh keindahan, keceriaan, kenikmatan dalam mengeratkan hubungan keluarga. Alhamdulillah dari awal hingga balik, takdir Allah mudah urusan kami. Tiba di Bandar Kota Bharu pukul 1pm (9 jam perjalanan ikut laluan kampung) saya drive slow je. Antara tempat-tempat yang kami pergi dari Jumaat hingga Sabtu malam.
Makan tengahari di *Yati Ayam Percik, Kota Bharu*.
Makan tengahari di *Warung Pak Mat Pulau Pisang*.
Makan malam di *Celoreng Cafe Wakaf Che Yeh*.
Makan malam di foodtruck dan gerai sekitar *Bangunan Mara, Kota Bharu* sambil dengar alunan lagu dari buskers.
Sarapan pagi Sabtu di *Floating Market Pengkalan Datu*
sambung bersantai minum air kelapa di *Pantai Senok*.
Asalnya salah sorang kakak ku tercinta cakap, nak gi ronda-ronda Kelantan untuk tengok tempat orang sahaja. Taknak beli apa-apa. Tapi, bila adik bongsu dorang bawak pegi Pasar Siti Khadijah (2-2 petang), dan Wakaf Che Yeh (2-2 malam). Bye-bye la rancangan asal. “Kita Serangggg!!! Shoppinggg!!Shoppinggg lagi!!! Begitulah kakak-kakak ku.
Pagi Ahad kami bertolak dari Kota Bharu 9pagi, gerak ke arah Kuala Terengganu pulop. (last minute plan). Sampai Kuala Terengganu pukul 12.30pm terus terjah:
Jambatan Angkat Kuala Terengganu di Seberang Takir.
(demi kakak-kakak ku tercinta nak tengok jambatan baru)
makan tengahari di Marang.
singgah solat di Kampung Rusila, Marang.
Dalam 2.30pm gerak balik ke arah Kuala Lumpur melalui LPT exit Bentong.
Tiba pukul 9pm. Syukur yaAllah.
*Kos sebenar* sepanjangg trip ni untuk seorang:
Homestay : RM67.00 [all RM400.00]
Minyak : RM40.00 [all RM240.00]
Tol : RM8.33 [all RM50.00]
Makan-makan : RM98.33 [all RM590]
*Jumlah sebenar* untuk seorang = RM213.66 sahaja.
Di pulangkan RM86.34 sambung shopping di Marang. beli sata. nyumm.
p/s: Dapat pergi trip antara 4-6 orang, memang sesuai untuk penjimatan kos. kami banyak habis Shopping. Dan jangan lupa bawak topeng muka, hand sanitizer ya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...