Seluruh dunia masih terbelenggu dengan pandemic COVID-19. Walau ada negara mula berjaya menanganinya tetapi setiap hari kes jangkitan akibat wabak ini masih berterusan. Buktinya, Malaysia antara negara yang mengenakan sekatan perjalanan daerah dan negeri bagi menangani wabak ini.
Apa pun, jangan alpa, jangan ambil mudah. Kita masih belum menang menangani COVID-19. Sentiasa mengamalkan norma baharu dalam usaha mengawal penularan wabak ini.
Lukisan mural di dinding seni pelukis tempatan Iskandar Noor Rahim dan Muhamad Razali Abd Aziz di Hospital Columbia Asia, Tebrau, Johor ini ternyata berjaya menarik perhatian ramai kerana unik dan cantik. Mural ini memaparkan tulisan #kitajagakita, #staysafe, gambar barisan hadapan yang berjuang menangani wabak ini serta lain lagi yang sangat menarik.
Ads
Ads
Lukisan mural ini diadakan sempena Program Mural sempena Pembudayaan Norma Baharu Zon Selatan sebagai kempen kesedaran COVID-19 kepada masyarakat setempat dan memberi peringatan bersama dalam mematuhi SOP yang ditetapkan.
Ads
Program ini merupakan usaha Balai Seni Negara dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta Hospital Columbia Asia, Tebrau, Johor.
Apa pun, kalau singgah di lokasi ini, jangan lupa selfie dulu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pasport Jerman, diketahui sebagai pasport paling hebat di dunia. Pasport Jerman boleh memasuki 177 negara di dunia tanpa memerlukan visa. Memiliki pasport Jerman amat membanggakan, namun nyata lebih hebat ialah menjadi pemilik passport paling ekslusif di dunia: passport Perintah Tentera Berdaulat Negara Malta.
Menurut laman Independent, perintah Katolik, yang diiktiraf kedaulatan oleh Pope Paschal pada 1113, merupakan pasport paling unik. Hanya 500 pasport dikeluarkan di seluruh dunia sehingga sekarang. Pasport diplomatik ini hanya diberi kepada Ahli Majlis Berdaulat, ketua dan ahli Misi Diplomatik (termasuk konsortium dan anak kecil) dan pelepasan khas kepada individu yang terlibat dengan misi Negara Malta.
Pasport ini hanya sah untuk 4 tahun dan berhubung secara ketat pada durasi tugas yang diberikan. Perintah Tentera Berdaulat Negara Malta mempunyai hubungan dengan 106 negara, yang bermakna kesemua negara ini menerima pasport diplomatik ini sebagai sumber pengenalan diri. Pasport ini mengandungi ciri biometrik dan patuh kepada piawaian International Civil Aviation Organization (ICAO).
Umum mengetahui, Malaysia antara negara yang masih menyekat masuk pengunjung dan pelancong luar negara.
Namun kerajaan Malaysia digesa membuka semula pintunya kepada pelancong perniagaan dari rakan dagang serantau secara berperingkat terutamanya ASEAN, China dan negara-negara Jalur dan Laluan dengan syarat keselamatan tertentu sejajar dengan usahanya untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi.
Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia Datuk Seri Chuah Poh Khiang berkata, membenarkan pelancong perniagaan yang memenuhi syarat keselamatan untuk melancong ke Malaysia penting untuk menjana semula perdagangan dan pelaburan luar negara dalam persekitaran ekonomi domestik yang lembap.
“Memandangkan situasi pandemik COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara seperti China, Thailand dan Vietnam telah stabil, serta lebih banyak langkah-langkah keselamatan yang menyeluruh dilaksanakan oleh kerajaan, tiba masanya untuk mempertimbangkan bagi memulihkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.
Walaupun warga asing masih dilarang untuk memasuki banyak negara, bagaimanapun menurut beliau berkata, terdapat negara dengan kawalan pandemik yang lebih baik telah mula melonggarkan peraturan mereka seperti Thailand membenarkan warga asing dengan permit kerja atau kebenaran untuk memasuki negara tersebut.
Katanya, dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) dan syarat keselamatan tertentu, kerajaan juga boleh membuka semula sempadannya secara berperingkat dan memberi keutamaan kepada pelancong perniagaan dari negara dan rantau yang diklasifikasikan sebagai zon hijau.
Jika menyebut tentang Negeri Sembilan, ibu negerinya adalah Seremban. Bagi anak muda, bandar Seremban ini sangat top untuk membeli belah kerana terdapat pelbagai kemudahan disediakan.
Januari tahun lalu, Seremban telah dinaik taraf sebagai sebuah bandaraya. Ia telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir selaib merasmikan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS) di Forest Heights.
Dalam pada itu, ramai berteka teki tentang asal usul Bandaraya Seremban di mana pada zaman dahulu dikenali sebagai Serembang.
Jom kongsi info bersama fb Visit Negeri Sembilan mengenai satu dari sembilan daerah yang membentuk Negeri Sembilan.
Menurut Pengerusi Persatuan Sejaran Negeri Sembilan, Dato Hj Sudin Kamari berkata terdapat beberapa cerita berkaitan asal nama Seremban diantaranya ialah:-
Pada era pemerintahan Inggeris terdapat seorang Pegawai Tertinggi Bernama Mr Remburn yang mengawal selia pemerintahan sekitar Sg Ujong pada masa itu.
Dahulu Sg Ujong terkenal dengan aktiviti pertanian tanaman kopi dan tanaman pokok. Oleh demikian, beliau mempunyai ramai pekerja-pekerja bagi menguruskan ladang-ladang tersebut.
Pada setiap pagi, para pekerjanya akan menyapa beliau dengan memanggil ' Hi Sir Remburn'. Demikian setiap hari beliau disapa oleh pekerjanya dengan Sir Remburn.
Oleh disebabkan Sg Ujong adalah jajahan sangat besar sehingga ke Kuala Linggi, lokasi tempat tinggal dan ladang yang diuruskannya tiada nama khas tempat tersebut. Oleh itu, kawasan tersebut dinamakan nama Seremban (Sirremburn) di atas nama beliau. Begitulah salah satu cerita yang dikongsikan oleh Dato' Hj Sudin Kamari di dalam Bengkel Asal-Usul Nama Seremban.
NAMA SEREMBAN ADALAH SEREMBANG
Namun demikian, didalam bengkel dilaksanakan baru-baru ini bersetuju bahawa nama Seremban adalah berasal nama Kg orang asal yang terdapat di Taman Tasik Seremban.
Menurut Kurator Galeri Di Raja, Mohd Khairil Hisham berkata – Hal ini dibuktikan didalam penulisan Isabella Birds yang merupakan ‘travel writers’ terkenal British yang mencatakan nama tempat SEREMBANG didalam pengembaraan beliau pada 24 Jan, 1 pm, 87 .Beliau sempat singgah ke Serembang/Sg Ujong selama 4 hari dan berjumpa dengan Captain Murray sebelum beliau ke Singapura.
Didalam catatan beliau, beliau sangat teruja datang ke Serembang kerana tempat yang indah dan berbeza dari tempat yang beliau pernah jelajahi.
Ahli bengkel juga menyakini bahawa nama Serembang adalah dar ipada nama pokok yang tumbuh banyak disekitar taman tasik semasa itu. Terdapat juga catatan peta yang tercatat nama Serembang yang mengukuhkan bahawa Seremban berasal dari nama Serembang.
Selain itu, disebabkan pihak British mempunyai slang english apabila berbahasa Melayu maka nama Serembang disebut menjadi Seremban. Bukti-bukti mengukuhkan bahawa Seremban bukanlah dari nama Batu Seremban yang sering diwar-warkan di dalam blog atau catatan yang lain.