Inginkan kelainan bercuti di Sabah yang terkenal dengan julukan Negeri Di Bawah Bayu, boleh cuba camping di campsite yang menawarkan pemandangan indah dan udara yang cukup segar.
Hayati Musa dan suaminya Syafiq Sukri berkongsi pengalaman mereka berkunjung ke Sabah dan camping di beberapa tempat di Kundasang dan juga Kota Belud. Siap dengan itinerari dan info untuk pengembara lain jadikan rujukan, menurut Hayati kos yang mereka spend juga tidak terlalu banyak, hanya RM350 seorang tidak termasuk tiket penerbangan.
Nak tahu apa yang menarik sepanjang camping mereka, jom ikuti perkongsian ini:
Sabah The Land Below The Wind
KL-KK-KUNDASANG-KOTA BELUD-KK-KL
RM350/pax all in exclude flight ticket
Day 1 (27/1/22)
KL-KK-KUNDASANG
Sampai Airport KLIA, isi health declaration form by online or form. https://sm.jknsabah.gov.my/HDF/hdf.php
Kalau online sistem jem, boleh isi form yang disediakan kat departure gate. Form tu nanti JKN Sabah akan mintak di arrival gate. Jangan lupa bawak pen.
Sampai airport KK, pergi cop kat kaunter immigration die bagi resit, simpan resit tu elok elok ye sebab nanti nak balik die nak balik resit tu.
Keluar arrival gate airport KK, pickup kerete sewa. Deal terus dengan agen kereta sewa nak pickup and drop kereta kat airport je.
Dari KK kami terus ke Hounon Ridge Farmstay and Camping. 2 jam perjalanan.
Trip kami full camping so sebelum start perjalanan, kami cari supermarket di KK untuk beli barang makanan & gas portable untuk masak.
Barang camping semua kami bawak sendiri, masuk cargo.
Hounon Ridge ni ada cafe, kalau malas masak, boleh order je. Masakan panas die pon sedap. Barang camping tak disediakan ye, kene bawa sendiri. Kalau taknak camping, dyeorang ada bilik juga, harga pon affordable. Facility lengkap. Tapak 1st come 1st serve.
Tiba di campsite, pacak khemah, lunch then terus gerak ronda-ronda area Kundasang.
Pekan Nabalu (singgah otw ke kundasang)
Bundu Tuhan Road
Pekan kundasang
Jalan Padang Golf, Mesilau
Myvi 1.5L RM300/3 days
Faizal https://wa.me/0195856135
Sukri https://wa.me/0168980574
Hounon Ridge campsite RM30/perhead https://wa.me/0138506463
Makanan for camping RM70/ 2 days
Petrol RM50
Day 2 (28/1/22)
KUNDASANG-KOTA BELUD
Layan sunrise (6-630am) di Campsite before packing sebab next nak camping di Kota Belud.
Selesai breakfast, checkout, terus menuju ke Pekan kundasang.
Basically, view Gunung Kinabalu ni ada dimana-mana once sampai. Tapi depends on cuaca, waktu kami sampai tu cuaca memang tak cun. So, tengok la forecast or doa la banyak banyak.
Desa Dairy Farm tu, kene prebook online ticket ye, die memang tak bagi walk in, ada dua sesion pagi dan petang. Boleh refer website for available slot. Book awal jangan last minute.
Crystal Hill tu kene pandai cari jalan masuk, sebab die tersorok sikit. Takde proper track.
sepanjang jalan tu korang singgah la mana mana tempat cantik. Sebab sepanjang jalan tu menarik.
Jalan Mesilau
Padang golf, Jalan Mesilau
Desa Dairy Farm
Sosodikon Hill (10min hike)
Crystal Hill (10min hike)
Settle ronda Kundasang, kami gerak ke next campsite, Nahandang Melangkap Homestay and campsite.
Sampai lewat petang, pacak khemah terus masak untuk dinner.
Nahandang Campsite ni ada sewakan barang camping and ada bilik jugak. So kalau taknak camping boleh checkin bilik yang disediakan. Kedai makan pon ada disini. Facility lengkap. Tapak 1st come 1st serve.
Desa Dairy Farm ticket RM5
/perhead https://farmbooking.desaplus.com/
Sosodikon Hill RM5/perhead
Nahandang Melangkap Homestay & Campsite Kota Belud RM10/perhead
Susu Dairy Farm RM 10
Day 3 (29/1/22)
KOTA BELUD-KK
Cuaca tak cantik masa sunrise, kalau ikutkan boleh nampak view gunung Kinabalu dari campsite. So kami breakfast, main sungai, packing and checkout.
Otw ke Kota Belud tu korang singgah la mana mana tempt cantik. Sebab sepanjang jalan tu menarik.
Jalan Lasau Podi
Sungai Wariu
Kampung Sangkir
Tegudon Tourism Village TTV
Selesai ronda Kota Belud, kami gerak ke KK balik. Flight KK-KL awal pagi esoknya.
Sampai KK malam, checkin di Iskandar Sinuran, berhadapan dengan Pasar Filipina.
Malam dinner di Pasar and jalan area pasar.
Tegudon village RM3/perhead
Petrol RM40
Iskandar Sinuran RM71
http://www.booking.com/Share-18nrvMe
Lunch RM20
Dinner RM30
Day 4 (30/1/22)
KK-KL
Pagi tu checkout, breakfast area hotel.
Otw ke airport, kami singgah di Tanjung Aru.
Tanjung Aru
Hanta kereta and checkin cargo
All campsite is pre book before arrive
Hotel at KK book by Booking.com
All photo capture by iPhone
TOTAL RM350 perhead
Kredit: Hayati Musa & Syafiq Sukri