Sesekali menyambut ulang tahun perkahwinan dengan satu kelainan tentu ia meninggalkan kenangan manis untuk dikenang. Suka camping dan mencari campsite cantik membuatkan Nor Azlina Puteh membuat persediaan untuk menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-5 bersama suami dengan aktiviti yang digemari.
Memilih Black Stone Camper Park, Kuantan sebagai lokasi perkhemahan, tapak khemah tepi pantai yang mempunyai view menarik serta fasiliti yang baik melengkapkan sambutan anniversary pasangan ini.
Memasak hidangan kegemaran, sambil melayan view pantai, waktu malam pula bertemankan bulan dan bintang, cukup romantis dan tersendiri dalam menyambut hari istimewa.
Ikuti perkongsian Nor Azlina Puteh tentang campingnya kali ini:
Camping Sempena Anniversary
Bismillah.. ini pengalaman ke 5 aku dan suami camping. Kali ini, sempena anniversary kami menikah, terasa ingin membuat kelainan sedikit. Bercuti di hotel , pergi makan di tempat hipster dan keluar negara sudah menjadi terlalu cliche . Jadi, kita book Black Stone Camper Park 2 minggu sebelum kejadian. Alhamdulillah, dapat tapak betul-betul menghadap laut, toilet dekat,sink pun dekat.
Terasa ingin menulis di #FCM , mana tahu coretan ini dapat memberi idea , info untuk para pembaca di sini. Mungkin ramai seperti aku yang masih nubis atau masih belum bermula dalam era camping. Jadi, Black Stone Camper Site adalah tempat terbaik untuk anda bermula. Kenapa? Sebab semua kemudahan tip top. Toilet yang banyak pakej bersih, ada plug point pada setiap khemah(jangan lupa bawak extension panjang plak nanti ye), ada sink. Pendek kata, anda seperti berada di rumah, bezanya anda ada di khemah.
View di sini subhanallah cantiknya! Melihat langit, bulan, bintang, fajar menyinsing,pokok kelapa ditiup angin , ditemani bunyi ombak, angin dan hujan argh begitu asyik sekali. Cubalah merasainya sendiri, lagi-lagi pukul 5pagi, semua orang belum bangun, berbual lah dengan Tuhan..Masya allah #ytjt nikmatnya.
Kos untuk sewa tapak hanya rm40/night..kalau ada campervan jadi rm50/night. Jadi, kalau ada orang komen camping ni untuk orang have-have je dia bodo. Hahaha gurau-gurau jangan marah kita saling bergurau tiada salahnya kan. Harga yang cukup berpatutan untuk pengalaman yang mahal. Jadi, bolehlah cuba.
Ok sekian dulu untuk coretan kali ini. Terima kasih membaca sampai habis. Kalau baca tajuk saja, sini bukan tempatnya. Nah, aku belanja juga gambar-gambar untuk tatapan semua. Semoga bermanafaat untuk semua
Kredit: Nor Azlina Puteh