
Merupakan kali kelima berkhemah dan juga camping pertama buat tahun 2023, Sheila Marzuki memilih Stellar GoldenHill yang terletak di Cameron Highlands sebagai tapak perkhemahan dia dan keluarga.
Port baru yang bukan sahaja mempunyai tapak perkhemahan, malah anda juga boleh memilih untuk glamping atau bermalam di dalam caravan kat sini. Cuaca sejuk membuatkan Sheila dan keluarga cukup selesa di sini ditambah pula dengan pemandangan indah bukit- bukau yang cantik.
Biasanya kalau nak setup khemah pasti memerlukan tenaga dan mengeluarkan peluh tapi menurut Sheila camping di Stellar GoldenHill sedikitpun dia tidak mengeluarkan peluh. Malah cuaca ketika mereka camping sekitar Februari yang lalu juga baik.
Ikuti pengalaman Sheila dan keluarganya camping di sana:
Camping Pertama 2023 di Stellar GoldenHill, Cameron Highlands
Assalammualaikum
This is our 5th camping and first for 2023
Lokasi: Stellar Goldenhill, Cameron Highlands.
Date: 23-25 Feb 2023
Rate: RM 60/head/night
Tent: Family Village L 2.0 by Payung.camp
Alhamdulilah, cuaca selama 3 hari kami di sini sangat cantik. Siang suhu paling low 22°, malam 17°, tengah malam hingga pagi mencecah 13°. First time pacak khemah tak berpeluh. Santai-santai saja kawanku, pergi mana laju-laju (nyanyi ke)
- Tempat bersih comes with water heater
- Toilet 4
- Tapak berbatu kecik2 (kwsn tent jd bersih)
- Kawasan berpagar dan security
- Plug Point di toilet saja
- Surau tak ada
- Sink dkt area tapak
- Digi & Celcom terbaik
Pesanan: Yang tak tahan sejuk, tolong la bawa baju, stokin tebal, selimut tebal ya. Berasap-asap mulut sejuk dia
Overall kami 2 keluarga sangat puas hati InshaAllah, will be back again soon
Kredit: Sheila Marzuki
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tarikan Pulau Cebu Dapat Berenang Bersama ‘Whale Shark’ Yang Jinak

Isi Kandungan
ToggleFilipina negara yang terkenal dengan panorama alam semula jadi yang indah. Antara lokasi yang menjadi tumpuan ramai ialah Pulau Cebu.
Keindahan lautan dan panorama pulaunya begitu menawan. Kunjungan ke Pulau Cebu pasti tidak mengecewakan boleh disifatkan satu percutian lasak buat penggemar aktiviti luar.
Lakukan Aktiviti Lasak Di Alegria
Alegria terletak di selatan Cebu dengan keluasan kira-kira 89.5 kilometer persegi dan mempunyai sembilan daerah pentadbiran kecil dipanggil Barangay. Menarik mengenai destinasi ini ialah kisah keindahan pemandangan ngarainya (canyoneering) terutama sekali air terjun yang sering dikongsi dalam media sosial.
Di Alegria, air terjun menjadi kawasan paling popular dan sering menerima kunjungan pelancong. Melihat air yang mengalir kebiru-biruan menjadi satu kepuasan sesiapa yang dapat menjejakkan kaki di sini.
Melihat Matahari Terbit Puncak Osmena
Jangan lupa singgah di puncak Osmena untuk merakam pemandangan matahari terbit. Lokasi ini cukup ideal buat peminat berswafoto apabila boleh merakam pemandangan sekitar kawasan.
Matahari Terbenam Di Tops Lookout
Tops Lookout membolehkan pengunjung melihat pemandangan indah terutama panorama Bandar Cebu yang memukau ketika matahari terbenam. Terdapat kemudahan teropong untuk melihat keseluruhan kawasan, dan kafe kecil untuk bersantai bersama yang tersayang.
Berenang Bersama Whale Shark Di Oslob
Oslob adalah lokasi tumpuan ramai pengunjung untuk melihat whale shark selain itu boleh juga lakukan aktiviti snorkel, berenang dan juga island hoping ke Pulau Sumilon.
Elak datang pada cuti hujung minggu, kerana ramai pelancong akan berasak-asak menunggu giliran untuk menaiki bot.
Pengusaha bot atau operator pusat pelancongan akan mengumpan mamalia terbabit dengan memberi makan agar ikan paus itu timbul menonjolkan diri. Operasi ini hanya berjalan pada waktu pagi sahaja dan berakhir sebelum 10 pagi. Anda perlu merancang jadual perjalanan anda dengan baik jika ingin melihat whale shark di Oslob.
Selam Skuba Di Pulau Pescador
Ia lokasi wajib untuk aktiviti ‘diving’ kerana keindahan taman laut yang mampu menggamit penyelam dari seluruh dunia untuk datang serta meneroka khazanah alamnya. Antara aktiviti lain boleh pengunjung lakukan ialah snokerling atau berkayak.
Sumber Foto: Google Image
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Intinerari Trip ‘Honeymoon’ Bali-Nusa Penida. Ini Cadangan Supir Best Untuk Anda

Tidak rugi memilih Bali, pulau popular di Indonesia yang merupakan destinasi percutian idaman. Bagi yang baru hidup berumahtangga dan sedang mencari tempat sesuai untuk berbulan madu, memilih Bali bakal menjadi kenangan manis anda dan pasanga di pulau dewata itu.
Ini ada cadangan itinerari sesuai buat anda yang ingin berbulan madu ke Bali. Perkongsian trip ini daripada Noona Seyra
Itinerary 5 Days 4 Night in Bali
Hi semua, ada yang bertanya trip Syira di Bali last week, Sharing is caring, so here you go.
Harap semua ini membantu untuk korang yang belum pernah ke Bali macam I first time. Banyak yang I survey and I rasa package supirbali.com yang murah sikit compare to others, and why I ambik package because before nak pergi ada jugak buat calculation sendiri, and plus minus lebih kurang je harga dia. So I decide ambik je la package tak pening fikir nak makan mana, and kalau korang ada iti sendiri boleh je deal, diorang akan atur, tak semetinya ikut package yang diorang bagi. So kalau ada sesiapa yang ada plan nak ke Bali tahun 2020 nie, I highly recommend supirbali.com harga utk per pax RM880/IDR 2.950.000 package all in tak termasuk flight ya. RM880 because include with Nusa Penida, and if you visit to Bali Nusa Penida is a must!! Kalau tak ke Nusa Penida and utk 5 hari bukan harga nie if not mistaken.
- Day 1 (Jumaat, 10 Jan 2020)
– 09.50am : boarding from KUL to DPS
– 1.30pm : touch down Bali
– 2.30pm: Airport Pickup Supir (Alfian) dah get ready tunggu kami di Gate Arrivals
– 3.00pm : Minta Supir bawak pergi lunch dulu sbb dah lapar, so dia bawak ke “Nasi Tempong bu Indra” (Sedap, sambal dia pedes amat)
– 4.30pm : Check in Hotel. Lepas check in rehat2 dulu kejap
– 5.30pm : Ambik grab ke La Plancha beach, dekat area sini memang banyak kedai utk lepak minum and tengok sunset (more to santai santai ya)
– 7:30pm : Ambik grab terus ke Starbucks Dewata (Kata supir Starbucks sini yg paling terbesar di Asia Tenggara) and kalau ke sini Dewata Ice Latte is highly recommended, especially coffee lover macam I
– 10.00pm : Gerak balik hotel jalan kaki sbb sebelah dgn hotel je
- Day 2 (Sabtu, 11 Jan 2020)
– 8.30am : breakfast di hotel
– 9.00am : Supir datang pick up
– 10.30am : Bali Bidadari Batik (kat sini korang boleh tgk mcm mana batik painting and boleh beli souvenirs jugak)
– 11.30am : Coffee Luwak di Alas Harum (kat sini dia akan cerita macam mana proses coffee luwak, and bagi korang try coffee and tea, I think yg nie termasuk dgn package tapi kalau nak try coffee luwak kena bayar asing ya)
– 12.20pm : Rice terrace field at Tegallalang Village (sini view cantik sgt, boleh naik swing and harga lain2 ikut ketinggian if im not mistaken) kalau nak yang paling murah IDR 100k
– 2.00pm : Lunch at Kintamani (while enjoying the view of Gunung Batur)
– 3.30pm : Ubud market (Kat sini banyak barang macam bag rottan bali, pakaian and souvenirs. Korang kena pandai tawar menawar ya.)
– 5.00pm : Tegunungan Waterfall (tapi tak turun sampai ke bawah, ambik gambar dari jauh je sbb dah letih naik turun di Rice Terrace awal2 tadi)
– 5.30pm : Gerak balik hotel
– 8.00pm : Candle Light Dinner di hotel (Yang ini Supir punya suprise I guess)
- Day 3 (Ahad, 12 Jan 2020)
Okay utk Day 3 Itinerary bertukar sbb masa tu tak brapa nak sihat, entah la makan apa yg silap so I get diarrhea
Supposedly ini itinerary kami hari tu
*DAY 3 (NUSA DUA-ULUWATU-JIMBARAN TOUR)
- 09.00 : Leave the hotel
- 10.00 : Water Sport Activities Nusa Dua area
- 13.00 : Lunch at Nusa dua area
- 14.00 : Pandawa beach
- 15.30 : Padang-padang beach
- 16.30 : Uluwatu temple
- 17.30 : Kecak & Fire dance and sunset
- 19.30 : Jimbaran beach Dinner fresh Grilled Seafood
- 20.30 : Back to hotel*
Tapi disebabkan kesihatan tak mengizinkan so I deal dgn Supir last minute tukar plan, Alfian okay and setuju terus bawak kami ke tempat lain. So nie iti utk day 3
– 8.30am : breakfast di hotel
– 9.00am : Check out, Supir datang pick up, drop by farmasi dulu beli ubat
– 10.30am : Gerak ke Handara Gate, yg nie perjalanan agak jauh ye, 2 hours plus tak silap sbb I tido je dlm kereta
– 12.30pm : Lunch (Lupa nak tnya nama kedai)
– 1.50pm : Sampai di Handara Gate (kena beratur okay nak ambik gambar kat sini and kena bayar tapi semua dah all in dlm package and please bawak payung kalau nak datang sini sbb beratur tak ada bumbung ye, nasib Supir sediakan payung jugak)
– 2.35pm : baru dapat bergambar (every ticket per person cuma 5 minit sahaja, Alfian jugak yg tlg jadi photographer) Haha
– 2.50pm : Wanagiri Hidden Hill (the perfect spot in Bali, yang pandai posing boleh la datang sini)
– 3.30pm : Gerak je Jimbaran
– 6.15pm : Dinner at Blue Ocean Seafood (sambil tgk view sunset)
– 8.00pm : Hard Rock Bali (Kat sini Rock Shop Hotel and Rock Shop Cafe kedai lain lain ye)
– 9.00pm : Check in 2nd Hotel and rest
- Day 4 (Isnin, 13 Jan 2020) Nusa Penida
– 6.30am : breakfast di hotel
– 7.00am : Supir datang pick up
– 7.45am : Sampai Jetty untuk ke Nusa Penida
– 8.15am : Naik fastboat
– 9.00am : Arrived Nusa Penida (Turun boat dah nampak nama kita Supir dah siap tunggu)
– 10.30am : Diamond Beach (Timur Nusa Penida) kat sini korang boleh turun, kat bawah pun ada swing 200k kata Supir tapi kami tak turun, sbb mcm tinggi sgt (Siapa yg kuat boleh la turun sbb laut cantik)
– 12.15pm : Lunch (termasuk package jugak)
– 1.30pm : Kelingking beach (Barat Nusa Penida)
– 2.40pm : Broken beach & Angel Billabong (tempat nie dekat2 je, tapi korang kena hiking sikit nak tgk view yg superb! Cantik sgt Hilang penat hiking lepas tgk view. Haha
– 3.30pm : Gerak ke Jetty nak balik dah
– 4.10pm : Sampai Jetty (Boleh la lepak2 minum dulu sementara tunggu boat)
– 5.00pm : Naik fastboat
– 6.00pm : Sampai Jetty Sanur (Supir Alfian dah siap tggu)
– 7.00pm : Dinner di Wong Solo
– 8.15pm : Balik hotel (settle down)
– 9.30pm : Ambik grab lepak Starbucks Dewata before balik Malaysia
– 11.00pm : Balik hotel tidur
- Day 5 (Selasa, 14 Jan 2020)
– 9.00am : Breakfast hotel
– 12.00pm : Check out (Supir dah tggu kat bawah)
– 12.30pm : Krisna Ole ole Bali (kat sini boleh shopping souvenir, macam2 barang ada sini)
– 1.15pm : Kuta street (cari souvenir lagi)
– 2.00pm : Shopping dekat Outlet (Lupa nama tempat, tapi kat sini ada mcm2 brand surfing)
– 3.30pm : Lunch di Ayam tulang lunak Malioboro
– 4.40pm : Minta Supir hantar ke Airport
– 5.00pm : Sampai airport masa nie sedih pulak dah nak balik. Hahah. Lepak Airport sampai boarding, Airport pun ada Hard Rock Cafe and Rock Shop ya.
– 7.15pm : Boarding flight DPS-KUL
– 11.00pm : Touch down KLIA2
Korang tak payah risau, supir akan ikut kemana saja korang pergi, and diorang boleh tolong ambikkan gambar kita. Haha. Supir kami memang best Alfian namanya, Senang nak bawak bincang even tukar plan last minute, ajak kemana pun dia okay je.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Dibenarkan Rentas Negeri Hujung Minggu Hingga Lepas Aidilfitri, Kecuali Untuk 3 Sebab Utama Saja

Nampaknya tahun ini sekali lagi warga kota terpaksa menyambut Syawal di perantauan.
Ini berikutan pengumuman dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang memberitahu hanya akan meluluskan pergerakan rentas pada Isnin hingga Khamis dengan enam alasan yang dipertimbangkan.
Alasan itu melibatkan membabitkan tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian ahli keluarga terdekat, perubatan, pendidikan serta menemui pasangan jarak jauh.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, langkah mengetatkan syarat permohonan itu diambil susulan peningkatan kes baharu positif Covid-19 sejak lima hari lalu.
Katanya, permohonan untuk pergerakan pada hujung minggu tidak akan diluluskan selain hal kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh (PJJ).
“Hanya enam alasan dipertimbangkan untuk diberi kelulusan dan pemohon hanya boleh merentas negeri pada Isnin hingga Khamis sahaja.
“Permohonan pergerakan rentas negeri bagi tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan apa-apa jenis majlis atau jamuan dilarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Acryl Sani, ia berterusan sehingga selepas Aidilfitri dan mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.
“Semua ketua polis daerah (KPD) dan pasukan pemantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) akan digerakkan ke lapangan bagi menangani isu ketidakpatuhan SOP masyarakat di bazar Ramadan dan pasar malam.
“Sekiranya didapati SOP tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya aktiviti perniagaan di kawasan terbabit dihentikan,” katanya lagi.
jadi kepada semua warga kota, bolehlah plan bercuti dalam daerah sahaja tetapi perlu dingat perlu mengamalkan SOP kendiri bagi memutuskan rantaian jaringan virus ini.
Artikel Berkaitan:
Port Steamboat Sedap, D’Friend Steamboat & BBQ Sentiasa Dipenuhi Pengunjung Setiap Masa
Hanya 40 Minit Dari KL, Rumah Konsep Tradisional Jadi Tarikan Di Teratak Sofea Telok Panglima Garang
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI