Camping Di Telipong Hill, Sejuk Macam Cameron Highlands. Sarapan Sambil Tengok Sunrise, Untung Badan Dapat View Awan Karpet Sekali!

Share

Terletak pada ketinggian 392 meter dari aras laut, Telipong Hill yang menjadi port buat kaki hiking antara campsite yang best untuk camper datang pacak khemah.

Hanya boleh diakses dengan kenderaan pacuan 4 roda atau 4×4, tak payah risau kerana pemilik campsite turut menyediakan perkhidmatan untuk korang sampai ke puncak.

Noorsuzaimi Noordin dan keluarga yang berkesempatan camping di sini berkongsi keadaan tapak perkhemahan yang menjadi buah mulut para kaki hiking di sana.

Meskipun tidak dapat melihat awan karpet namun pemandangan yang disajikan sepanjang camping di situ cukup cantik.

Paling best kat situ turut terdapat sebuah café yang menyajikan pelbagai jenis hidangan buat camper dan juga hiker. Memang layan bila dapat makan sarapan sambil menikmati pemandangan indah dari atas bukit.

Selain hiking dan camping, kat sini juga terdapat chalet untuk menginap.

Ikuti perkongsian daripada Noorsuzaimi Noordin dan isterinya Atikah Pazil:

Telipong Hill, Changlun, Kedah

Telipong Hills dengan ketinggian 392m atau 1,286ft dari aras laut. Mencari awan karpet tapi tak ada, hanya kabus tebal tetapi tetap menyajikan view yang superb.. suhu atas ni memang sejuk dan berangin.. kalau rindu Cameron Highland boleh mai sini..

Akses ke sini hanya boleh dengan 4×4 saja. Kalau tak ada 4×4 boleh sewa RM5 sehala, call owner campsite..

Port ni popular untuk kaki hiking. Perjalanan dengan 4×4 ambil masa lebih kurang 30 minit dari jalan utama, kalau hiking lebih kurang 1jam.

Atas ni ada cafe, Fighter Cafe, nama fighter sebab tepi cafe ni ada gelanggang tomoi.. signature dish dia roti telur, pancake dan nasi lemak.

Fasiliti :

  • plugpoint tak ada
  • lampu tak ada, walaupun solar. keadaan memang gelap.
  • toilet ada, tapi tak ada shower la. toilet jenis duduk.

kiranya semi wild la kat sini. Waktu malam suhu sejuk, katanya boleh drop ke 20’C.

Harga tapak RM20.00, tiada caj per kepala, tiada sempadan tapak.

Selain hiking dan camping, sini juga ada chalet. Untuk details boleh rujuk dengan owner.

Nak datang sini google map Bukit Telipong Felda Batu 8.

Owner Kak Ila 011 1533 8208.

Jom like page kami The Kamizz.

Kredit: Noorsuzaimi Noordin & Atikah Pazil

 

Oleh
SAHR