Camping atas awan dengan suhu sejuk, dah macam kat oversea je!
Bila merancang untuk aktiviti perkhemahan biasanya, camper akan memilih lokasi campsite yang menarik dan ada x-factor. Tapi kalau tanpa dirancang, dapat campsite yang cantik tu memang bonus.
Berkongsi pengalaman camping di Rainforest Park yang terletak di Genting Sempah yang cukup menarik dengan pemandangan indah serta suhu yang sejuk, ternyata perkemahan tanpa dirancang Farhana Baharuddin bersama keluarga ke campsite tersebut pilihan yang tepat.
Dapat camping dengan pemandangan atas awan memang epik, tapak atau platform yang dipilih pula cukup strategik, saujana mata memandang.
Nak tahu apa lagi menarik di campsite ini, ikuti perkongsian gambar dan juga cerita oleh wanita ini:
Camping di atas awan carpet dan suhu sejuk
Rainforest Park at Genting Sempah
Unplanned dating camp dengan husband. Pencawang TNB problem, rumah takda elektrik then seharian tunggu takde, angkut barang booking campsite jalan terus.
View campsite kali ni masyaAllah cantik sangat dengan suhu 15-17 degrees malam. Tak salah tempat kami pilih.
Ads
Campsite ni ade 2 bahagian. Campsite 2 campercar/motorhome/tent ground dan pilihan kami campsite 1 deck/platform. Jarang2 ade dekat Malaysia dan view sangat cantik.
Platform ni siapa cepat, dia dapat yang dekat dengan parking. Tapi pilihan kami platform yang view lawa paling utama. Kene turun skit dalam 50 meter dan barang kami pun tak banyak.
Saiz platform 16 kaki x 16 kaki. Korang yang nak pakai khemah besar nnti, ukur siap2 sebelum book. Ada platform yang ade pokok di tengah2 macam platform aku.
Ads
Untuk jalan masuk pulak tak berturap tanah merah tapi sesuai utk semua jenis kenderaan.
Harga pulak utk 2 jenis campsite ni berbeza.
Tapak deck/ platform : RM200 (16ft x 16ft)
Tapak campground/campercar : RM50 per head
Electric :
Ads
Toilet : Bersih
Telco : All telco
Setiap campsite berbeza view. Dan kami stay 1 nite , selepas breakfast pagi turun balik. Pengalaman berbeza dan will repeat again..
Bagi merangsang minda kanak-kanak, aktiviti outdoor sememangnya amat digalakkan. Ini kerana anak kecil dapat meneroka banyak perkara ketika melakukan pelbagai aktviti yang mampu merangsang otak, tenaga dan pergerakan mereka meneroka perkara baru.
Sesuai dengan itu, Fanpekka yang terletak di dalam pusat membeli belah Aeon Mall Tebrau City adalah lokasi sesuai ibu bapa membawa anak-anak melakukan aktiviti mampu merangsang minda mereka.
Mempunyai keluasan seluas 27,500 kaki persegi, taman tema berkonsepkan edutainment yang direka dengan konsep dari Finland (salah satu negara yang sistem pendidikannya terbaik di dunia), ini dijadikan sebagai taman tema permainan generasi akan datang bagi ibu bapa dan anak-anak kecil.
Taman permainan Fanpekka ini dipisahkan menjadi 4 kawasan utama di mana kanak-kanak dapat belajar melalui permainan agar sesuai dengan minat dan keperibadian mereka sambil mempromosikan aktiviti fizikal, cara menyelesaikan teka-teki dan belajar melalui permainan ‘role-playing’.
Jadi tatkala mak ayah pergi bershoping, bawalah anak-anak ke sini untuk mereka mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup mereka.
Cuti sekolah hampir tiba, ini antara port healing menarik kalau anda nak bawa anak-anak berseronok main air atau buat aktiviti lain berbeza.
Tak perlu jauh pun, sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang pun banyak tempat best. Jom tengok di mana lokasinya dan anda boleh masuk dalam list siap-siap.
TRX City Park atau Taman Bandar TRX
Di Kuala Lumpur, selain menara berkembar KLCC, terdapat taman riadah baharu yang berada di tingkat tiga pusat beli-belah The Exchange TRX.
Ini antara taman awam atas bumbung terbesar di dunia. Lebih 150,000 pokok ditanam, air terjun buatan termasuk boleh melakukan aktiviti seperti berjoging dan berkelah.
Lebih menarik, dilengkapi air pancut yang cantik dan berlampu pada waktu malam.
Ada laman acara yang bakal dijadikan sebagai tempat ‘outdoor cinema’. Waktu operasi bermula 7 pagi hingga 11 malam serta masuk adalah percuma.
Bertam Resort and Water Park
Resort dan taman tema bertaraf lima bintang berkonsepkan ‘Moroccan’ ini strategik dan memberi keterujaan kepada anak-anak.
Resort ini menawarkan lebih 256 bilik 29 suite dan 19 vila dengan harga bermula RM320 ke atas.
Terdapat lebih 14 permainan disediakan di taman tema tersebut termasuk pasukan penyelamat dan pekerja terlatih.
Dibuka dari jam 10 pagi hingga 5 petang, kadar promosi pembelian tiket dalam talian sebanyak 30 peratus untuk Isnin hingga Khamis manakala 20 peratus (Sabtu, Ahad dan cuti umum).
Skyline Luge Activity Park, Gamuda Garden, Rawang
Dikelilingi suasana menghijau, port healing di Rawang, Selangor ini sesuai untuk aktiviti seisi keluarga. Pengunjung boleh menaiki kenderaan yang dibina khas dan mempunyai empat trek dengan terowong terpanjang di dunia, wow!
Setiap trek mempunyai keunikan tersendiri yang mana ia direka bentuk dengan selekoh dan turun bukit bagi memberi pengalaman mencabar kepada penunggang.
Pusat rekreasi tersebut turut mempunyai tarikan lain seperti Skyline Zipline yang dilengkapkan dengan Skyline Skyride, menawarkan perjalanan santai menikmati pemandangan menakjubkan sekitar kota Gamuda Garden dari udara.
Skyline Luge Activity Park akan dibuka kepada orang ramai pada 9 Disember ini. Waktu operasi setiap hari kecuali Rabu pada jam 10 pagi hingga 6 petang (Isnin, Selasa dan Khamis) manakala 10 pagi hingga 10 malam (Jumaat, Sabtu dan Ahad).
Harga berbeza mengikut pakej ditawarkan:
Five luge rides + skyride combo
Early bird: RM68
Online: RM76
Walk-up: RM80
Four luge rides + skyride combo
Early bird: RM59.50
Online: RM66.50
Walk-up: RM70
Three luge rides + skyride combo
Early bird: RM54
Online: RM57
Walk-up: RM60
Two luge rides + skyride combo
Early bird: RM45
Online: RM47.50
Walk-up: RM50
Child Doubling: RM25
Skyride Return: RM20
Pesta Pulau Pinang
Pesta Pulau Pinang acara tahunan yang meriah dan menjadi tumpuan pelancong. Berlangsung di Sungai Nibong, orang ramai berpeluang menikmati pelbagai permainan di fun fair, konsert dan aktiviti pempamer.
Kepada anda yang foodie, boleh juga jalan-jalan cari makan di karnival makanan.
Pesta Pulau Pinang akan berlangsung pada 28 November hingga 31 Disember ini, jangan lepaskan peluang untuk bawa famili ke sana.
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat: 6 petang – 11 malam
Waktu operasi:
Isnin hingga Jumaat: 6 petang – 11 malam
Sabtu, Ahad dan cuti umum: 5.30 petang – 12 tengah malam
Harga tiket dewasa 12 tahun ke atas: RM 5
Kanak-kanak bawah 12 : Percuma
Haaa.. banyak tempat menarik sekitar Lembah Klang dan Penang, bukan? Jadi, inilah masanya nak beli jiwa anak-anak!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Banyak bangunan bersejarah yang telah diubah suai menjadi tarikan pelancong, terutamanya hotel dan rumah penginapan.
Sembilan hotel yang senaraikan ini terkenal dengan penghuni alam ghaib yang dikatakan masih mendiami tempat-tempat tersebut. Dikatakan ramai tetamu yang menyedari hotel-hotel dan premis penginapan ini penuh dengan misteri dan kisah ‘hantu’, namun mereka tetap mahu menginap di situ kononya mencabar diri. Antaranya seperti:
Hostel Penjara Karosta, Latvia
Pada abad ke-20, Penjara Karosta digunakan sebagai penjara tentera Nazi dan Soviet, dan ribuan banduan dikatakan telah mati di penjara ini. Kini dijadikan sebuah hotel bertemakan penjara, khabarnya para pekerja sering diganggu oleh hantu wanita yang berkeliaran di koridor, mentol lampu yang dilonggarkan daripada soket dan pintu yang terbuka sendiri.
Bourbon Orleans, US
Hotel ini dikatakan mempunyai ramai penghuni alam ghaib dari pelbagai era. Pernah digunakan sebagai rumah anak-anak yatim, hantu yang agak popular ialah seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat cenderung menggolek dan mengejar sebiji bola di koridor tingkat enam. Ada juga yang pernah melihat hantu seorang penari di dewan tarian, selain roh seorang askar yang dikatakan mendiami aras tiga dan enam hotel ini.
Anchorage Hotel, US
Seorang polis bernama John J “Black Jack” Sturgus telah ditemui mati ditembak dengan pistolnya sendiri, hanya beberapa langkah dari hotel ini. Khabar angin mengatakan bahawa rohnya akan kembali ke hotel ini setiap tahun untuk menuntut keadilan atas jenayah yang tidak dapat diselesaikan itu.
Fairmont Banff Springs, Kanada
Penginap dan pekerja hotel mendakwa pernah bertemu dengan tukang angkut yang berpakaian uniform lengkap di tingkat sembilan yang akan lenyap selepas selesai membantu para tamu. Dia dipercayai ialah Sam Macauley, bekas pekerja hotel yang mati pada tahun 1967, selepas mengumumkan persaraannya.
Satu lagi roh yang berkeliaran di hotel ini ialah seorang pengantin perempuan yang mati pada hari perkahwinannya di hotel tersebut.
Hotel Langham, London
Hotel yang pernah menempatkan ramai saterawan ini dilaporkan turut didiami ramai penghuni alam ghaib. Paling kerap dilihat ialah lelaki berpakaian era Victoria di bilik 333, yang hanya muncul pada bulan Oktober. Ada juga penghuni yang ternampak hantu lelaki berpakaian tentera berdiri di tingkap. Kononnya hantu tersebut ialah seorang putera negara Jerman yang terjun dari tingkap sebelum Perang Dunia Pertama bermula. Selain itu, hantu Napoleon III turut dipercayai menghuni bilik bawah tanah hotel ini.
Hotel Russell, Australia
Bilik nombor lapan di hotel ini kononnya dihantui oleh roh seorang kelasi. Pekerja hotel juga mendakwa terdengar bunyi tapak kaki di atas lantai berderit pada waktu malam.
Menariknya, hotel ini turut menawarkan lawatan hantu bagi pengunjung yang mahu mengetahui sejarah hotel tersebut.
Hollywood Roosevelt, US
Hotel yang menjadi mercu tanda Los Angeles ini pernah diinap oleh Marilyn Monroe semasa Anugerah Academy pertama pada tahun 1929. Kini, penghuni dan pekerja hotel melaporkan ternampak seorang wanita berambut perang di dalam cermin yang ditemui di suite lama aktres tersebut.
Hantu pelakon Montgomery Clift juga dikatakan kedengaran bermain trombon di suite 928 yang pernah didiaminya.
Toftaholm Herrgard, Sweden
Tetamu yang menginap di kediaman yang dibina pada abad ke-14 ini melaporkan beberapa insiden aneh. Selain bunyi bising, tingkap dan pintu yang sengaja dibiarkan terbuka pada waktu malam telah tertutup menjelang pagi.
Kononnya, dahulu terdapat seorang pemuda yang jatuh hati kepada anak gadis pemilik kediaman ini. Namun, gadis itu telah dijodohkan dengan lelaki pilihan bapanya.
Pemuda tersebut telah menggantung dirinya di bilik 342 pada hari perkahwinan gadis tersebut.
Hotel Ballygally Castle, Ireland Utara
Tetamu hotel ini sering ditakutkan oleh Lady Isabella Shaw yang pernah menghuni istana ini pada tahun 1625. Selepas melahirkan seorang bayi lelaki, wanita tersebut dikatakan telah dikurung oleh suaminya. Dalam usahanya untuk melepaskan diri melalui tingkap, wanita tersebut terjatuh dan mati. Rohnya telah menghantui istana ini selama 400 tahun demi mencari anak yang telah dirampas oleh suaminya.
Untuk pengalaman yang berbeza, hotel ini turut membenarkan tetamu di hotel ini untuk melawat kamar Lady Isabella Shaw di tingkat paling atas.
Bagaimana? berani tak nak pergi cuba tidur semalam dua di hotel-hotel ini? Hotel jenis bangunan lama biasanya memang sedikit keras. Di mana-mana lokasi sekali pun, seperti juga di negara kita.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...