Bila camping antara faktor yang diambil kira adalah kemudahan yang disediakan oleh pemilik tapak perkhemahan. Bila semua lengkap tambah pula ada faktor lain, pasti ramai yang suka dan pilih untuk staycation atau bercuti bersama keluarga, orang tersayang atau rakan-rakan.
Mempunyai pilihan untuk bermalam sama ada di dalam khemah, dome, dorm, kabin atau glamping, Asahan Water Theme Park yang terletak di Melaka antara destinasi percutian untuk anda dan keluarga kunjungi.
Lokasinya yang cukup strategik berada di Jasin, Melaka dan bersempadan dengan dua lagi negeri lain di Selatan iaitu Negeri Sembilan dan Johor, kunjungan anda ke sini memang berbaloi. Sekali pergi pasti ada keinginan untuk datang lagi.
Ifii Fiqa berkongsi di grup Facebook Family Camping Malaysia (FCM) tentang percutian keluarganya ke taman tema ini. menurutnya bila sampai ke sini, memang seronok sampai rasa tak nak balik.
Bagi yang ingin bermalam boleh memilih jenis penginapan yang disediakan dan bagi yang hanya datang untuk berseronok tanpa bermalam boleh membeli tiket masuk seperti biasa.
Dikelilingi alam yang mendamaikan, selain taman tema air, anda yang berada di sini juga boleh mengunjungi sungai landai yang terletak tidak jauh dari tempat ini.
Nak tahu apa lagi yang menarik di sini, ikuti perkongsian Ifii Fiqa:
Best! Dia punya best sampai kami extend lagi sehari, tak nak balik
Dekat sini, boleh merasa pergi ke Melaka, Negeri Sembilan & Johor dengan cuma selangkah kaki
Antara lain yg menarik dekat sini, ada banyak pilihan kalau nak bermalam dekat sini.
Harga berbeza starting from RM100/night
Dekat sini seronok sebab malam pun tidur dengar bunyi sungai. SEJUK! Ye, ada sungai sebelah water park ni, public area. Kena jalan kaki mendaki sikit. Sungai tu dekat Johor haha dari Gunung Ledang.
3hari dekat sini tak ada panas terik pun maybe sebab musim hujan, cuaca cantik mendung je hujan kadang-kadang. ada satu malam hujan ribut, tent depan kami habis terbang semua fly tapi kami tak kena apa-apa maybe angin tak kena belah site kami. Setiap hari memang nampak staff cuci dan maintain kolam. Good move!
Selepas 6pm, yang datang daytrip dah balik, yang bermalam boleh nak mandi kolam sampai malam pun 24jam dibenarkan tapi sejuk nau nau malam tak adalah nak celup kaki pun.
Review:
Telco Coverage
Parking
Toilet
Kedai makan
Pekan terdekat : Asahan
Harga tapak : RM25/night
Caj Kebersihan : RM30
Tiket : Rate Public Holiday & weekend –
RM15 dewasa (13 tahun keatas)
RM10 (3 tahun keatas)
RM12 warga emas.
Tiket renew daily.
Overall sini best kami suka, CO baik & staff pun rajin peramah.
Cuma sini boleh tahan nyamuk & lalat. Sentiasa pasang ubat nyamuk & pakai repellent pun masih kena gigit nyamuk & lalat pun banyak..
Toilet & tempat mandi banyak, tapi maybe boleh ditambah baik dari segi water pressure & pintu takde selak. Selain tu terbaik
Thank you again, Asahan Water Theme Park !
Kredit: Ifii Fiqa