Bila camping antara faktor yang diambil kira adalah kemudahan yang disediakan oleh pemilik tapak perkhemahan. Bila semua lengkap tambah pula ada faktor lain, pasti ramai yang suka dan pilih untuk staycation atau bercuti bersama keluarga, orang tersayang atau rakan-rakan.
Mempunyai pilihan untuk bermalam sama ada di dalam khemah, dome, dorm, kabin atau glamping, Asahan Water Theme Park yang terletak di Melaka antara destinasi percutian untuk anda dan keluarga kunjungi.
Lokasinya yang cukup strategik berada di Jasin, Melaka dan bersempadan dengan dua lagi negeri lain di Selatan iaitu Negeri Sembilan dan Johor, kunjungan anda ke sini memang berbaloi. Sekali pergi pasti ada keinginan untuk datang lagi.
Ifii Fiqa berkongsi di grup Facebook Family Camping Malaysia (FCM) tentang percutian keluarganya ke taman tema ini. menurutnya bila sampai ke sini, memang seronok sampai rasa tak nak balik.
Bagi yang ingin bermalam boleh memilih jenis penginapan yang disediakan dan bagi yang hanya datang untuk berseronok tanpa bermalam boleh membeli tiket masuk seperti biasa.
Dikelilingi alam yang mendamaikan, selain taman tema air, anda yang berada di sini juga boleh mengunjungi sungai landai yang terletak tidak jauh dari tempat ini.
Nak tahu apa lagi yang menarik di sini, ikuti perkongsian Ifii Fiqa:
Best! Dia punya best sampai kami extend lagi sehari, tak nak balik
Dekat sini, boleh merasa pergi ke Melaka, Negeri Sembilan & Johor dengan cuma selangkah kaki
Antara lain yg menarik dekat sini, ada banyak pilihan kalau nak bermalam dekat sini.
Ads
Dome
Dorm
Cabin
Glamping
Tent
Harga berbeza starting from RM100/night
Dekat sini seronok sebab malam pun tidur dengar bunyi sungai. SEJUK! Ye, ada sungai sebelah water park ni, public area. Kena jalan kaki mendaki sikit. Sungai tu dekat Johor haha dari Gunung Ledang.
3hari dekat sini tak ada panas terik pun maybe sebab musim hujan, cuaca cantik mendung je hujan kadang-kadang. ada satu malam hujan ribut, tent depan kami habis terbang semua fly tapi kami tak kena apa-apa maybe angin tak kena belah site kami. Setiap hari memang nampak staff cuci dan maintain kolam. Good move!
Selepas 6pm, yang datang daytrip dah balik, yang bermalam boleh nak mandi kolam sampai malam pun 24jam dibenarkan tapi sejuk nau nau malam tak adalah nak celup kaki pun.
Review:
Telco Coverage
Parking
Ads
Toilet
Kedai makan
Pekan terdekat : Asahan
Harga tapak : RM25/night
Caj Kebersihan : RM30
Tiket : Rate Public Holiday & weekend –
RM15 dewasa (13 tahun keatas)
Ads
RM10 (3 tahun keatas)
RM12 warga emas.
Tiket renew daily.
Overall sini best kami suka, CO baik & staff pun rajin peramah.
Cuma sini boleh tahan nyamuk & lalat. Sentiasa pasang ubat nyamuk & pakai repellent pun masih kena gigit nyamuk & lalat pun banyak..
Toilet & tempat mandi banyak, tapi maybe boleh ditambah baik dari segi water pressure & pintu takde selak. Selain tu terbaik
Dek kerana bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi di Malaysia sepanjang bulan puasa tahun ini, rata-rata negeri mengambil inisiatif untuk mewujudkan bazar dalam talian.
Ini untuk membantu peniaga makanan untuk terus mendapat sumber kewangan selain memberi kelebihan kepada pembeli menikmati pelbagai juadah ketika berbuka puasa. Namun buat penduduk di Negeri Perlis, peniaga dan pembeli dibenarkan untuk melakukan urusan jual beli makanan secara terus.
Kerajaan negeri Perlis membenarkan peniaga makanan berniaga di rumah dan di bahu jalan pada bulan Ramadan ini berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai langkah alternatif berikutan bazar Ramadan tidak dibenarkan.
Peniaga perlu mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh PKP iaitu menjual makanan yang dibungkus atau menggunakan khidmat penghantaran ke rumah.
Peniaga dan pembeli perlu mematuhi arahan jarakan sosial dan tidak berkumpul.
Pulau Kapas terletak kira-kira enam kilometer dari jeti Marang mempunyai keindahan tersendiri hingga mampu memukau setiap pengunjung.
Terletak di Laut China Selatan dengan keluasan 21.33 kilometer persegi, pulau yang merujuk kepada pokok kapas itu menjadi destinasi pelancongan wajib singgah di Terengganu.
Kenapa Perlu Pilih Pulau Kapas?
Tempoh perjalanan ke pulau itu hanya mengambil masa antara 15 hingga 20 minit dari jeti Marang. Lokasinya tidak jauh dari daratan menjadikan perjalanan ke Pulau Kapas adalah sesuatu yang singkat.
Sesuai untuk percutiaan keluarga samada membawa warga emas dan anak kecil kerana jarak perjalanan menaiki bot tidak begitu lama berbanding ke pulau sekitar yang lain.
Walaupun Pulau Kapas terletak begitu dekat dengan tanah besar, tidak bermakna air laut yang berada di sini tidak jernih dan menarik. Anda pasti teruja melihat kejernihan air laut.
Aktiviti selam snorkel sangat digalakkan untuk dilakukan di Pulau Kapas. Tidak perlu naik bot untuk pergi jauh-jauh, selam snorkel di kawasan pesisir pantai sudah memadai untuk melihat ikan-ikan comel berenang.
Boleh dikatakan penginapan di Pulau Kapas semuanya merupakan resort atau chalet bajet. Maka ia membantu menjimatkan lebih wang poket anda.
Tarikan utama yang ada di Pulau Kapas adalah mendaki Bukit Singa dan Batu Berakit. Pengalaman berada di puncak tertinggi di bukit ini tidak harus dilepaskan oleh pengujung Pulau Kapas.
Jom masuk pulau!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.
‘Sumandak Takes Borneo’ merupakan rancangan eksplorasi yang membawa penonton menyusuri keunikan Sabah menerusi perspektif tiga wanita muda yang penuh semangat.
Diterbitkan secara eksklusif oleh NU Ideaktiv, program ini menampilkan kisah asimilasi budaya, sejarah, dan cabaran dalam bentuk dokumentari pengembaraan yang mengujakan.
Menyingkap Keindahan Borneo dari Mata Sumandak
Rancangan ini mengetengahkan perjalanan tiga wanita hebat – Tracie Sinidol, Dina Allysha, dan Auni Yusri dalam meneroka pelbagai destinasi tersembunyi atau hidden gems di Sabah. Dari lokasi bersejarah hingga ke perkampungan tradisional, mereka mendalami kehidupan masyarakat tempatan dan menyertai aktiviti budaya yang unik.
Sepanjang penjelajahan, penonton dibawa menyaksikan keindahan alam semula jadi Sabah yang masih terpelihara serta menyelami adat dan tradisi masyarakat setempat. Setiap episod memperlihatkan interaksi mesra mereka dengan penduduk tempatan sambil merasai pengalaman budaya seperti menari tarian tradisional, memasak hidangan warisan nenek moyang, serta menyertai sukan rakyat.
Selain itu, aspek pemeliharaan alam turut menjadi fokus utama rancangan ini. Sumandak Takes Borneo memaparkan bagaimana masyarakat tempatan berusaha menjaga flora dan fauna eksklusif Sabah, serta peranan pelancong dalam memastikan kelestarian ekosistem di Borneo.
Lebih Dari Sekadar Pengembaraan
Diarah oleh Faiz Munir dan diterbitkan oleh Rizal Risman, Sumandak Takes Borneo sudah menemui penonton bermula 4 Mac lalu sehingga 27 Mei 2025 ini secara eksklusif di TVS. Bersiaran setiap Selasa jam 10.30 malam dengan keseluruhan 13 episod yang menyelami keunikan budaya dan kehidupan masyarakat Borneo.
Sumandak Takes Borneo bukan sekadar rancangan dokumentari biasa, tetapi sebuah penghormatan kepada warisan Sabah yang kaya dengan budaya dan tradisi.
Selain menghiburkan, program ini juga bersifat edukatif, memaparkan kisah inspirasi mengenai komuniti setempat yang gigih mengekalkan identiti budaya mereka.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti pengembaraan menarik ini! Saksikan bagaimana Tracie, Dina, dan Auni yang juga alumni Dewi Remaja 2022 menjelajahi keindahan Sabah dengan penuh semangat dan keunikan tersendiri. Sumandak Takes Borneo – sebuah eksplorasi budaya yang wajib ditonton!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...