Travel

Cafe Unik Di Bukit Tau Perlis, Syok Layan Kopi Dalam Gua

Share

Ramai yang teruja singgah cafe unik di Bukit Tau Perlis disebabkan keunikannya yang bertempat di dalam gua.

Apa yang best, anda boleh rileks dalam gua batu kapur sambil minum ‘latte’ dengan suasana yang dingin dan berangin.

Cafe Unik Di Bukit Tau Perlis

Kalau nak senang ke sini, anda boleh google map ke Kopi Kahfi atau Bukit Tau Adventure.

Bagi kaki travel yang gemarkan kelainan, Bukit Tau, Padang Lati Padang Besar di Perlis adalah pilihan terbaik untuk menghabiskan baki cuti pada hujung tahun.

Di situ, nikmatilah secawan kopi enak setanding jenama mewah antarabangsa pada harga serendah RM5 sambil meneroka keunikan gua batu kapur.

Anda juga berpeluang melakukan pelbagai sukan ekstrem bersama anak-anak.

Jangan lupa mengabadikan kenangan di Bukit Tau dengan latar belakang pemandangan sawah padi berwarna kuning keemasan.

Jangan risau, kopi yang disediakan bersama roti bakar di situ rasanya ‘sangat premium’ kerana mereka menggunakan mesin barista.

Vibes berada di situ yang sangat mahal dan sukar diperoleh di mana-mana tempat. Di situ juga ada aktiviti permotoran ATV yang menarik.

Owh ya, tempat nak solat pun ada! Jadi anda boleh mengambil wuduk dan ada ruang sembahyang yang bersih serta selesa.

Oleh
Nadia