Digelar Jelapang Padi Selangor, Sekinchan dan Sg Besar bukan sahaja terkenal dengan sawah padi, tetapi juga kaya dengan hasil bumi lain termasuk buah-buahan, sayuran selain menjadi lokasi penting hasil laut.
Tidak hairanlah dua lokasi di daerah Sabak Bernam ini menjadi lokasi pelancong dari ibu kota untuk menenangkan fikiran terutama pada hujung minggu, selain membebaskan diri daripada hutan konkrit. Malah, ia turut menjadi pilihan pelancong asing kerana menawarkan lokasi percutian menarik dan mendamaikan.
Kepada peminat sawah padi, pantai, kulinari & fotografi, tip percutiaan ini khas untuk anda! Cuti-cuti ala PKPB di Selangor sumber Mohd Helmi
Trip 2 Hari 1 Malam :6 hingga 7 Jun 2020
Lokasi: Jajaran Pantai Barat Selangor, Sekinchan & Sg.Besar, Sabak Bernam.
Sebelum ini sudah banyak kali melalui laluan ini untuk urusan kerja/ laluan en-route ke Pangkor. Tapi itu lah kali ni berbeza sebab musim menuai padi menggamit ke Sabak Bernam untuk tujuan bercuti bersama teman. Kos serba kongsi dapat jimat sikit.
HARI 1
- Singgah makan tengahari di Warung Nasi Ayam Golek Ganu Kite di Sungai Buloh. The best of Nasi Ayam in the town. Kos hanya RM10 half chicken +RM1.50 nasi.
- OTW singgah pula di Cendol Durian Borhan Kuala Selangor. Cendol yang meresap meleleh ke rongga mulut diiringi kemanisan duriannya. Ingat nak repeat keesokan harinya tapi niat batal sebab terlalu ramai orang hari Ahad. Kos RM8.
- Tentatif utama pun bermula seawal jam 2. Baru je belok sikit je sekitar Parit 4 Sg.Burong, kami dah disajikan hamparan karpet semulajadi bernama padi. Terus teruja & berhenti kereta untuk bergambar.
- Ah Ma House: Seterusnya ke rumah kedai nenek Ah Ma untuk membeli Kuih Kapit yang berderai di mulut RM20+ Fridge Magnet RM8 Rumah ini juga dijadikan mini galleri menempatkan barang-barang antik.
- Rumah Atuk pula hanya berdepan dengan rumah nenek Ah Ma. Tak pasti kenapa rumah mereka asing-asing. Apa pun di sekitar dua buah rumah ini berlatarkan sawah padi nan hijau+kuning. Sayup mata memandang.
- Ronda-ronda sekitar pekan Sekinchan
- Check-in di Sekin Hotel And Resort, Sekinchan. Masa ni OYO buat promosi RM50/ Twin room puas hati sebab hanya beberapa langkah ke Pantai Redang. Hanya Restoran Ikan Bakar Sekinchan, Kolam mandi dan menaranya masih ditutup. Berdepan betul dengan Jeti Nelayan Sekinchan.Layan sunset pantai memang A.
- Mengakhiri makan malam di warung Ikan Bakar Abah, Sekinchan. Sedap ikan pari bakarnya.
HARI 2
- Pagi-pagi selepas subuh, kami dah ke Pantai Redang, hanya di tepi bilik hotel untuk melihat sunrise. Gagal, cuaca tak berapa bagus.
- Check out hotel sekitar jam 11 pagi.
- Faridah mentarang bakar sekinchan, ya setelah mendengar perkhabaran keenakan mentarang bakar dari sosial media, janggal sekiranya ke Sekinchan tak ke sini. Memandangkan hari minggu dan kerana viral, agak lama kena menunggu giliran masuk kedai ni. Tapi berbaloi sebab Mentarang, Pepahat dan Sembilang dia memang terbaik. Layanan owner dan pematuhan SOP di sini juga pada tahap yang tinggi. Kos makan RM30/seorang. (Termasuk nasi dan air).
- Bersiar-siar hingga ke Parit 9 kononnya nak cari Gulungan Jerami padi.Tapi tak jumpa. Mujur jumpa tepi kilang padi di Jalan Tali Air 5.
- Singgah di Mango King.
- Gallery Padi/Kilang Padi Pearl Rice Garden untuk membeli sekampit beras 5kg.RM13.Ada jenis yang tak dijual komersil di pasaran luar. Galeri ditutup sementara waktu sempena PKPB.
- Bergambar di Padi Box dan Kafe N16.
- Singgah di Mee Udang Banjir. Tunggu sejam tak sampai-sampai mee nya. Dapat air je. Mungkin udangnya berselindung di balik batu. Malas nak tunggu lagi.
Tamat percutian 2 hari 1 malam di sini.