Ada yang bersorak keriangan ketika Perdana Menteri mengumumkan rentas negeri dan aktiviti pelancongan dalam negeri dibenarkan beroperasi semula bermula 10 Jun 2020.
Mana tidaknya hampir 3 bulan kita tidak dibenarkan menjalani kehidupan normal biasa yang kita lakukan, demi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia termasuk Malaysia.
‘Keistimewaan’ yang diberikan ini sejak sekian lama kita menunggu lebih-lebih lagi buat kaki melancong diharap dapat kita lakukan dengan cara ‘Normal Baru’. Ini penting agar kebenaran ini berpanjangan dan tidak lagi disekat untuk tempoh waktu yang panjang. Buat anda tidak sabar untuk mula melancong kembali, ini ada tip melancong dalam Malaysia dengan selamat ketika pandemik oleh Public Health Malaysia
Kebenaran untuk merentas negeri telah diberikan, masyarakat juga telah diberi lampu hijau untuk melancong dalam negeri. Ketahuilah, bahawa kebenaran ini adalah sebahagian dari strategi untuk membantu ekonomi, BUKAN bermakna kita telah bebas dari risiko. Jika anda memilih untuk melancong, ketahui apakah sikap, tanggungjawab dan pengetahuan yang perlu anda galas sebelum memulakan perjalanan.