Ada yang bersorak keriangan ketika Perdana Menteri mengumumkan rentas negeri dan aktiviti pelancongan dalam negeri dibenarkan beroperasi semula bermula 10 Jun 2020.
Mana tidaknya hampir 3 bulan kita tidak dibenarkan menjalani kehidupan normal biasa yang kita lakukan, demi mengekang penularan wabak pandemik COVID-19 yang menyerang seluruh dunia termasuk Malaysia.
‘Keistimewaan’ yang diberikan ini sejak sekian lama kita menunggu lebih-lebih lagi buat kaki melancong diharap dapat kita lakukan dengan cara ‘Normal Baru’. Ini penting agar kebenaran ini berpanjangan dan tidak lagi disekat untuk tempoh waktu yang panjang. Buat anda tidak sabar untuk mula melancong kembali, ini ada tip melancong dalam Malaysia dengan selamat ketika pandemik oleh Public Health Malaysia
Kebenaran untuk merentas negeri telah diberikan, masyarakat juga telah diberi lampu hijau untuk melancong dalam negeri. Ketahuilah, bahawa kebenaran ini adalah sebahagian dari strategi untuk membantu ekonomi, BUKAN bermakna kita telah bebas dari risiko. Jika anda memilih untuk melancong, ketahui apakah sikap, tanggungjawab dan pengetahuan yang perlu anda galas sebelum memulakan perjalanan.
- Lokasi dan aktiviti memainkan peranan penting. Jika anda nampak suatu lokasi kelihatan padat dan sesak, SKIP dan elakkan. Tempat tertutup seperti pusat membeli belah bukan pilihan yang baik untuk anda meluangkan waktu bercuti.
- Pilihlah lokasi yang tenang, tidak padat, mempunyai banyak tempat terbuka, jauh dari orang ramai dan berunsur alam semula jadi. Luangkan masa untuk berehat di bilik/ homestay bersama keluarga adalah lebih baik sepanjang tempoh bercuti.
- Anak anak adalah tanggungjawab anda sepenuhnya. Anda boleh biarkan mereka berlari dengan gembira di padang lapang, tepi pantai yang tidak sesak, taman rekreasi yang tidak sesak BUKAN di tempat padat dan tertutup seperti pasaraya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI