Gua Tempurung merupakan gua kapur terletak di Gopeng, Perak mengambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa.
Lokasi ini menjanjikan keunikan dan cabaran yang tersendiri berikutan struktur dalamannya yang berbeza membolehkan ekspedisi meneroka gua semakin mendapat tempat dalam kalangan peminat aktiviti lasak mahupun pencinta alam semula jadi.
Bermula daripada laluan sempit hanya memuatkan seorang individu dalam satu masa kemudian beralih kepada ruang gua lebih besar membuatkan rasa gelisah mula berganti teruja. Setiap detik pengalaman di gua ini amat bermakna. Daripada mendaki hinggalah meranduk serta merangkak dalam anak sungai membuat pengunjung berasa saat itu begitu menyeronokkan. Paling menarik, pengunjung juga perlu menggelungsur daripada ketinggian lebih empat meter.
Gua Tempurung mempunyai lima kubah besar pada siling yang menyerupai tempurung kelapa dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Di pertengahan gua ini terdapat stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.
Anda yang berminat ke sini dinasihatkan memasuki gua dengan jurupandu berpengalaman yang menerangkan peraturan dan ciri keselamatan ketika menjelajah gua. Khidmat jurupandu gua adalah perkara terpenting dalam meneroka gua bagi menjamin semua aktiviti yang dilakukan berjalan lancar dan selamat. Maka tidak salah kalau membelanjakan sedikit duit untuk memastikan aktiviti rekreasi diikuti lebih selamat.
Info Menarik!
Paparan objek mirip manusia dan haiwan di dinding gua berusia jutaan tahun ini mempunyai tarikan tersendiri. Sebagai contoh, potret wajah Monalisa pada dinding Gua Tempurung antara bakal memberi kejutan kepada pengunjung yang memasuki gua ini. Sama ada mahu percaya atau tidak, anda perlu menjejakkan kaki ke gua ini kerana lukisan yang terbentuk daripada hakisan batu kapur itu dianggap cukup terkenal sehingga diberi jolokan Potret Monalisa Malaysia.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lokasi Tasik Paling Layan Nak Lakukan Aktiviti Memancing. View Superb!
Terdapat banyak lokasi tasik di negara kita yang boleh dikunjungi anda yang merancang bercuti sambil melepaskan gian memancing bersama keluarga mahupun teman-teman. Memancing di kawasan tasik lebih ‘thrill’ berbanding memancing di kolam.
Berikut beberapa lokasi percutian untuk yang gemar aktiviti memancing.
Tasik Bera, Pahang
Tasik semulajadi yang terbesar di Malaysia ini merupakan syurga buat kaki pancing. Tasik Bera menawarkan perkhidmatan bermain perahu, berkayak, memancing dan merentas hutan. Bulan-bulan hujan yang lembab dari April hingga Mei dan dari September hingga Januari menawarkan penggemar-penggemar memancing masa yang terbaik untuk menebarkan joran-joran pancing anda. Anda boleh dapat banyak ikan selepas hujan lebat.
Tasik Chini, Pahang
Di antara bulan Ogos dan September, bunga teratai berwarna merah jambu dan putih akan memenuhi tasik ini sehingga membuatkan pemandangan yang cukup sempurna dan destinasi percutian pengembaraan yang menarik. Memandangkan ada sebanyak 144 spesis ikan air tawar yang ada didapati di tasik ini, ramai pelancong yang mahu memancing sambil menikmati keindahan flora yang jarang ditemui akan memilih tasik ini sebagai percutian yang tidak boleh dilupakan. Namun, tidak semua kawasan di sini anda boleh terus datang untuk memancing. Untuk info, boleh rujuk pegawai yang bertugas di sekitar kawasan itu terlebih dahulu.
Tasik Kenyir, Terengganu
Tasik ini merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia. Lokasi ini merupakan kediaman kepada pelbagai spesis ikan air tawar dan kehidupan liar eksotik sehingga membuatkannya terkenal sebagai ‘port’ untuk kaki pancing. Jika anda minat memancing tetapi datang sehelai sepinggang, usah risau kerana peralatan untuk memancing, berenang, berkayak, berlayar dan merentas hutan ada disediakan di kebanyakan resort berdekatan tasik ini. Tasik ini dinilai sebagai antara tarikan pelancong yang terbaik buat pencinta alam semulajadi, penggemar memancing dan juga jurugambar.
Tasik Temenggor, Perak
Tasik buatan manusia terbesar di Perak ini merupakan lokasi sesuai untuk pencinta alam sekitar kerana dikelilingi keindahan flora dan fauna. Jika anda mahu memancing ikan air tawar seperti baung, tenggalan dan kelah, sinilah lokasi yang patut ditujukan sepanjang percutian nanti. Pulau Cendana adalah sebuah pulau yang terdapat di tasik ini.
Tasik Beris, Kedah
Tasik buatan yang terletak di utara Malaysia ini terhasil dari pembinaan empangan Beris pada bulan Ogos 2010. Persekitaran yang berbukit, pemandangan yang cantik dan udara yang segar membuatkan suasana tenang. Untuk mengelilingi di sekitar tasik, bot sewa ada disediakan untuk pengunjung. Tasik ini merupakan pilihan kaki pancing kerana terdapat beberapa kehidupan air tawar seperti lampam, baung dan tilapia.
All image via google image
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terokai Sisi Kesenian & Kreativiti Di Tujuh Pusat Kraftangan Terbaik Selangor!
Kira-kira empat bulan lagi kita akan menginjak ke tahun 2022. Walaupun tahun ini cukup penuh dengan cabaran dan dugaan akibat pandemik namun kita harus bersyukur kerana masih lagi berjaya mengharunginya dengan baik.
Malah kita juga bakal memasuki era baharu pandemik ini di mana ia akan diangaak sebagai endemik. Dengan kadar vaksinasi yang semakin baik, kita berada di landasan yang tepat untuk kembali kepada kehidupan yang lebih baik.
Kali ini LIBUR ingin kognsikan sebanyak 7 lokasi di sekitar Selangor dari sumber Selagor.Travel yang kaya dengan budaya, kreativiti dan keseniaan.
1) Sewing World Gallery, Subang Jaya
Terletak di One City, Subang Jaya, Sewing World Gallery telah mula ditubuhkan sejak tahun 1989. Organisasi ini telah mengendalikan banyak bengkel menjahit sejak mula beroperasi untuk memastikan tradisi dan seni menjahit ini diturunkan ke generasi baharu.
Ia juga menyediakan landasan untuk artis yang mempunyai kemahiran untuk menjual hasil seni mereka di sini. “Tunku Azizah Handmade Market” yang dimulakan pada tahun 2010 adalah salah satu saluran untuk pelajar organisasi ini menjual hasil seni jahitan mereka ke pelbagai tempat dari pasar malam ke bazar dan juga Pusat Beli-belah.
Organisasi yang telah memperoleh pelbagai anugerah dari tahun 2009 ini juga menawarkan bengkel kraftangan dan pembelian produk buatan tangan secara atas talian melalui laman sesawang rasmi mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://sewingworld.com.my/ atau hubungi 03 – 5022 3023
2) The Artsy Craftsy, Shah Alam
The Artsy and Craftsy adalah sebuah organisasi seni yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Mula beroperasi pada tahun 2008, organisasi ini membantu anda untuk menerokai bakat seni yang terpendam dalam diri anda dan membantu anda menjadi kreatif melalui pembuatan seni dan kraf.
Organisasi ini juga menyediakan bengkel seni dan kraf seperti mengecat kanvas dan tote-bag, binaan tanah liat kering, seni lukisan coretan (doodle) dan banyak lagi. Organisasi ini mengendalikan bengkel mereka di studio yang dihias dengan suasana tenang dan selesa bagi mengekalkan inspirasi buat pengkarya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.theartsycraftsy.com/
3) Clay Expression, Subang Jaya
Seperti namanya, Clay Expression adalah sebuah organisasi yang menawarkan bengkel seni tanah liat. Organisasi ini mengendalikan bengkel-bengkel untuk seni tanah liat yang kemudian dibentukkan menjadi tembikar atau pottery yang cantik mengikut kreativiti anda.
Selain daripada mengendalikan bengkel, organisasi ini juga menawarkan kelas-kelas untuk seni tanah liat. Kelas-kelas terdiri daripada kelas untuk pelajar baharu (beginner), sedia-ada (intermediate) dan mahir (advanced).
Clay Expression terletak di Subang Jaya ini juga ada menawarkan bengkel secara peribadi berkumpulan dengan minimum 6 peserta dalam sesi 1 jam, jika anda mahukan sesi pembelajaran yang lebih bertumpu.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://clayexpression.com/ atau hubungi +6018 299 9054
4) Sew Fabby, Shah Alam
Pemilik Sew Fabby yang dikenali sebagai Puan Azzah, mula menjahit dari usia kecil hasil didikan dari ibunya. Kemudian, beliau menyambung hobi ini pada tahun 2008 dengan mula menjahit beg tote (tote-bag) untuk kenalan dan rakan-rakan rapat.
Mendapat sambutan hangat, Puan Azzah mula mengambil pesanan jahitan di laman Facebook. Sew Fabby telah berjaya menganjurkan bengkel pertama pada tahun 2012 bertempat di Art 2 Publika. Kini, organisasi ini aktif menjual hasil-hasil jahitan termasuk patung plushie, tuala bersulam, bekas pensil bersulam, key chain yang dihasilkan dengan idea sendiri, dan macam-macam lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 016-395 9386
5) Fabu Cafe, Subang
Fabu Cafe yang terletak di Bandar Sunway adalah terdiri daripada komuniti sekumpulan peminat teknologi dan peminat kraf yang bersemangat dalam berkarya. Fabu Cafe juga menyediakan ruang komuniti dan pelbagai alat fabrikasi digital seperti laser, pencetak 3-dimensi dan mesin sulaman digital untuk pengguna dan pengkarya mendapatkan pengalaman karya seni yang terbaik.
Selaras dengan namanya, Fabu Cafe juga menarik perhatian pelanggan dengan menawarkan menu lempeng bercetak di mana lempeng dihasilkan mengikut bentuk dan hasil seni pelanggan. Fabu Cafe juga menawarkan khidmat bengkel untuk memupuk semangat senibina dan kesenian dalam kalangan pelajar.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.fabu.com.my/ atau hubungi 03-5611 7355
6) Laman Kraftani, Kuala Langat
Puan Esiah dari Laman Kraftani, Kuala Langat telah menghasilkan seni bunga tekap sejak tahun 1999 lagi, yang telah berjaya menembusi pasaran tempatan dan antarabangsa. Penggunaan bunga dalam hasil seni Puan Esiah semuanya ditanam di rumah kampungnya yang penuh dengan bunga hijau yang subur dan pokok buah-buahan.
Puan Esiah juga telah banyak sertai pameran seni dibawah tajaan Agensi Persekutuan. Para pengunjung boleh singgah ke Laman Kraf Tani ini yang terletak di Kampung Sungai Lang Tengah, Kuala Langat dan belajar beberapa teknik untuk menghasilkan seni bunga tekap yang menarik.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-3181 7052
7) Ramadas Pottery, Kuala Selangor
Ramadas Pottery di Kuala Selangor ada salah satu lokasi unik yang tersembunyi di Kuala Selangor. Ramadas Pottery yang dimilliki oleh keluarga Ramadas mula aktif dalam industri ini pada tahun 1976.
Tuan Ramadas yang lahir pada tahun 1951 telah berjaya memperoleh anugerah Adiguru Kraf Tembikar pada tahun 2012 kerana kemahiran dan pencapaian beliau dalam seni kraf tembikar. Produk-produk tembikar dari Tuan Ramadas Pottery termasuk periuk, pembakar kemenyan, periuk tanah liat, hiasan untuk rumah dan macam-macam lagi.
Anda boleh lawati Ramadas Pottery untuk belajar cara membentuk tembikar menggunakan tanah liat asli menggunakan tangan dan mesin khusus untuk pembentukan tembikar.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 0126671373
Melalui karya seni, anda tentunya boleh ekspresikan diri anda. Kelas atau bengkel dengan suasana yang tenang dan santai juga mampu memberikan fokus bagi anda menghasilkan karya seni yang bermutu tinggi. Justeru, serlahkan kreativiti dan bakat terpendam dalam diri anda di 7 lokasi di Negeri Selangor yang tersenarai di atas!
Untuk terus membendung penularan wabak Covid-19, anda sentiasa diingatkan untuk terus ikuti SOP yang telah ditentukan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) di mana sahaja anda pergi. Pastikan anda mengikuti peraturan termasuklah seperti memakai topeng muka setiap masa, memastikan penjarakan sosial dan menggunakan cecair pembersih tangan.
Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor, www.selangor.travel untuk terus mendapatkan inspirasi dalam merancang perjalanan anda ke Negeri Selangor pada masa hadapan, atau anda juga boleh mengikuti hantaran atau posting pihak Tourism Selangor di laman media sosial rasmi Instagram, Facebook, Twitter, TikTok dan saluran YouTube untuk kekal berinspirasi! #ImagineNowExperienceSoon.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
TASIK LINGGIU: MILIK JOHOR, SINGAPURA SEWA 100 TAHUN
Empangan Tasik Linggiu mula dibina 1988 dan siap pada 1994. Ia adalah empangan Sungai Johor yang terletak berhampiran dengan Linggiu, Felda Linggiu dan lain-lain lokasi berhampiran di Johor, selatan Malaysia. Empangan ini terletak di hulu Sungai Linggiu , iaitu anak Sungai Johor. Sungai Johor secara umumnya mengalir dari arah Utara ke Selatan iaitu dari Gunung Gemuruh mengalir ke Selat Johor sepanjang 122.7 km.
Kawasan tasik ini dikelilingi 4 gunung, 55 bukit dan kawasan hutan simpan. Jumlah kawasan tadahan air ialah 21,600 hektar. Kapasiti kubik simpanan air ialah 763 juta.
Video pemandangan udara Tasik Linggiu
Terdapat dua Perjanjian Air Johor-Singapura iaitu Perjanjian Air 1961 yang telah tamat pada 31 Ogos 2011 dan Perjanjian Air 1962 yang akan tamat pada 2061.
Perjanjian Air 1961
Empat kawasan yang pernah diuruskan PUB Singapura iaitu Empangan Pontian Kechil, Rumah Pam Tebrau, Loji Air Gunung Pulai, Loji Air Sungai Skudai, telah dikembalikan kepada Johor berikutan kontrak bekalan air Johor-Singapura selama 50 tahun tamat.
Perjanjian Air 1962
- Empangan Tasik Linggiu milik Kerajaan Negeri Johor, dikendali Public Utilities Board of Singapore / Lembaga Perbekalan Awam Singapura (PUB)
- Singapura menanggung kos pembinaan serta semua kos operasinya . Ini adalah tambahan kepada RM320 juta bayaran pampasan yang dibayar Singapura kepada Johor pada 1990.
- Singapura masih terus menguruskan operasi Empangan Linggiu sehingga tahun 2061 kerana Perjanjian Air 1962 sah untuk tempoh 100 tahun.
- Mengikut perjanjian, PUB dibenar guna sehingga 250 juta gelen air sehari dari Sungai Johor. Sebagai balasan, Johor menerima air yang sudah dirawat sekitar 5 juta gelen dari jumlah penggunaan air harian Singapura. Rawatan air ini dilakukan di Loji Rawatan Air Sungai Johor juga diuruskan PUB mengikut perjanjian.
- Johor kini mengurus 43 dari 44 loji rawatan air.
Kawasan ini difahamkan bukan kawasan pelancongan meskipun ada potensi. Juga dikatakan dilarang masuk, namun ada sahaja gambar mereka yang pernah masuk berkhemah dan memancing di sini. Harap ada penjelasan lanjut.Menara aras empangan. Foto: Chan Cheow Pong
Lokasi
Papan tanda pertama yang menunjukkan lokasi kawasan takungan itu ditemui selepas kira-kira 40km di jalan utama Kota Tinggi-Kluang. Ia terletak berhampiran pekan kecil Tenggara. Dari sana, terdapat jalan ke kawasan skim Felda Linggiu dan di situ kelihatan papan tanda kedua. Kawasan takungan itu terletak 11 kilomter dari jalan masuk ke kawasan Felda tersebut.
Terdapat papan tanda melarang orang luar memasuki kawasan takungan tersebut.
Sumber air Singapura
1-takungan air sendiri 10%
2-air import (dari Johor) 60%
3-NEWater (air kitar semula) 30%
4-Loji tapis garam air laut 25%
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI