Pernah dengan nama destinasi Bung Bratak?

Bagi yang tidak tahu, Bung Bratak yang terletak di daerah Bau merupakan destinasi ideal untuk pencinta alam semula jadi untuk melakukan aktiviti riadah seperti berkelah, berkhemah atau mendaki. Dengan suasana hutannya yang asli, pemandangan dari puncak Bung Bratak amat indah. Untuk sampai ke puncak Bung Bratak ia mengambil masa setengah jam berjalan kaki dari Pusat Warisan Bung Bratak.

Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak

Selain bersantai sambil menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi pengunjung berpeluang untuk menginap di dua buah rumah panjang dan sebuah Baruk dilengkapi dengan kemudahan asas yang selesa. Pakej termasuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Puncak Bung Bratak adalah tempat khas di mana upacara tradisional diadakan oleh masyarakat Bidayuh. Penduduk tempatan turut menganggap bahawa puncak Bung Bratak yang seluas sebuah padang bola sepak adalah tempat keramat.

Ads

Ingin tahu lebih lanjut mengenai lokasi ini, baca perkongsian daripada Echa Cha

Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak

Ads

Bung Bratak Heritage Centre ini terletak di Kg. Tembawang, Bau (60 minit perjalanan dari Kuching menghala ke Lundu melalui Batu Kawa/Pekan Bau). Merupakan salah satu tapak warisan yang penuh bersejarah di Sarawak.

Secara ringkas sejarahnya, Bung Bratak merupakan antara penempatan masyarakat Jagoi Bidayuh sejak 750 tahun dahulu. Pada tahun 1838 ianya telah diserang oleh orang luar dimana rumah-rumah dibakar, dirompak manakala orang-orang dewasa telah dibunuh dan kanak-kanak diculik dan dilarikan. Semasa kejadian, Panglima Kulow bersama yang lain sedang menguruskan tanaman padi di kaki bukit. Rentetan kejadian itu, Panglima Kulow telah mendapatkan pertolongan Rajah James Brooke dan berjaya membawa kembali kanak-kanak yang diculik. Setelah itu Bung Bratak telah dibina semula dan kembali sejahtera dan harmoni. Namun dari masa ke semasa penduduk Bung Bratak telah berpindah ke tempat lain. Kini Bung Bratak merupakan salah satu pusat pelancongan di Sarawak dan Festival Bung Bratak diadakan pada 1 Mei setiap tahun bagi memperingati peristiwa ini.

Ads

Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak

  • Bayaran masuk yang dikenakan RM5/seorang sahaja. Pilihan untuk bermalam turut disediakan dengan harga RM90-140 (bergantung kepada pakej yang disediakan).
  • Puncak tertinggi direkodkan bagi Bung Bratak adalah 161 mdpl. Untuk ke Puncak, pengunjung boleh meneruskan pendakian dari belakang kafe di kawasan tersebut.
  • Untuk ke sini, boleh parking kenderaan di bawah kaki bukit dan mendaki secara santai (exercise) melalui anak-anak tangga selama 20-30 minit. Udara yang nyaman serta permandangan menghadap ke Gunung Singai dan Serapi nyata menyedapkan mata memandang dan melegakan penat pendakian. Boleh juga memandu terus ke atas jika menggunakan 4×4 atau motosikal kerana kecerunan yang tinggi.
  • Tarikan utama di sini adalah sambutan Festival Bung Bratak yang diadakan pada 1 Mei setiap tahun.

Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak Bung Bratak Heritage Centre: Lokasi Keramat Kaum Bidayuh & Tapak Warisan Sejarah Istimewa Di Sarawak

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI