Perbezaan Ramadan kali ini buat umat Islam di dunia sangat dirasai, apabila kita berdepan cabaran dengan penularan pandemik Covid-19.
Namun ia bukan halangan untuk menunaikan ibadah puasa dan menjalani amalan sunat seperti Tarawih. Ada pelbagai perbezaan dan situasi yang perlu kita harungi walau di mana sahaja kita berada.
Ini perkongsian ‘suasana berpuasa di Tanah Haram’ disiarkan dengan kebenaran Puan Masnira Ramli, rakyat Malaysia yang kini menetap di tanah suci bersama keluarganya ketika dunia sedang bergelut dengan wabak koronavirus.
Sunyi sepi…
Ini lah bulan Ramadan kami yang paling sunyi.. Err.. maksud saya di luar rumah.. yang di dalam rumah tidak tercerita kekecohannya..
Sebelum ini saya pernah cerita bahawa di Saudi ni setiap kawasan perumahan ada 2,3 buah masjid kerana orang Saudi berpegang kepada wajib untuk orang lelaki mereka solat jemaah di masjid. Setiap kawasan perumahan biasanya akan mempunyai masjid yang walking distance sahaja jaraknya..
Oleh itu, setiap kali bulan Ramadan suasana semua masjid menjadi lebih ‘hidup’.
Bunyi bacaan alunan Al Quran berkumandang dapat didengari sehingga ke dalam rumah.. Azan Isyak biasanya akan di lambatkan sedikit supaya masa berbuka akan menjadi lebih panjang.. tidak lah kelam kabut mengejar waktu. Dari azan Isyak ke solat jemaah pun ada lebih kurang 20 minit..
Dengar sahaja azan Isyak, masing-masing keluar dari rumah dan menuju ke masjid. Ada yang menaiki kereta. Ada juga yang hanya berjalan kaki..
Jika tidak ke Masjidilharam, kami akan memilih masjid-masjid lain di sekitar Makkah untuk solat isyak dan terawih. Kadangkala sengaja kami bertukar masjid kerana ingin merasa suasana yang berlainan..
Ada masjid yang friendly kanak-kanak.. ada juga yang tidak. Siap sedia pengawal masjid untuk mengawal kanak-kanak supaya tidak keterlaluan bisingnya..
Masjid yang paling friendly kanak-kanak di mana? Mestilah di Masjidilharam! Mungkin terlalu ramai jemaah di situ.. dan kawasannya yang sangat luas.. hinggakan perihal kanak-kanak tidak akan dikategorikan sebagai gangguan.. malah kanak-kanak akan diraikan dengan pelbagai pemberian.. mereka tidak akan terasa seperti dilayan sebagai seorang pesalah.
Allahu.. tidak tergambar kelainannya Ramadan kali ini.. tidak ada suara alunan Al quran terdengar kuat di pembesar suara masjid bersahut-sahutan.. dari solat Isyak sehinggalah selesai solat sunat witir..
Namun, suara alunan ayat-ayat Alquran didengari dari rumah-rumah hamba-hambaNya yang tetap menghidupkan bulan ini dengan penuh kekusyukkan..
Biarpun tidak mampu di dengari oleh rumah sebelah menyebelah.. apatah lagi di dalam kawasan kejiranan., cahaya dari rumah-rumah orang-orang yang memanfaatkan bulan Ramadan dengan baik pasti menerangi di dalam kesunyian ini.. bersinar-sinar dalam kegelapan setiap malam Ramadan..
Bersyukurlah.. walau bagaimana pun keadaannya.., kita hidupkan suasana Ramadan di kediaman sendiri bersama yang tersayang.. moga terang cahaya yang akan menerangi kita menjadi peneman sehingga ke negeri abadi..
Gambar ketika solat terawih di Masjidilharam.. mereka yang sedang berada di situ.. kita panggil hamba-hambaNya yang bertuah..
Sumber: Masnira Ramli