Negeri Perlis memang terkenal dengan kawasan sawah padinya yang luas. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di kawasan sawah padi ini atau lebih dikenali dengan panggilan ‘bendang’ bagi penduduk tempatan.
Kalau ingin tahu, setiap kali musim menuai padi antara akhir bulan Ogos hingga Oktober, ramai penduduk Perlis, tanpa mengira umur, bangsa dan pangkat, tidak akan melepaskan peluang untuk memancing ikan puyu di sawah.
Ramai mula keluar memancing sekitar pukul 4 petang hingga 7 malam, dan antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah sawah padi sekitar Kampung Mengkuang Layar, Kampung Wang Ulu, Titi Chai dan Seriab. Memancing ikan selepas musim menuai padi amat menyeronokan kerana jumlah tangkapan adalah lebih banyak berbanding hari biasa.
Info Musim Pancing Puyu
‘Letak angkat, letak angkat, itulah yang menjadi kepuasan dan keseronokan memancing ikan di sawah pada musim ini, ikan mudah makan umpan tidak seperti memancing di sungai atau tasik.
Image via google | Sumber : Bernama