Negeri Perlis memang terkenal dengan kawasan sawah padinya yang luas. Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di kawasan sawah padi ini atau lebih dikenali dengan panggilan ‘bendang’ bagi penduduk tempatan.

Bulan Oktober, Perlis Meriah Dengan Musim Pancing Ikan Puyu Di Sawah Bendang. Syiok!

Kalau ingin tahu, setiap kali musim menuai padi antara akhir bulan Ogos hingga Oktober, ramai penduduk Perlis, tanpa mengira umur, bangsa dan pangkat, tidak akan melepaskan peluang untuk memancing ikan puyu di sawah.

Ramai mula keluar memancing sekitar pukul 4 petang hingga 7 malam, dan antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah sawah padi sekitar Kampung Mengkuang Layar, Kampung Wang Ulu, Titi Chai dan Seriab. Memancing ikan selepas musim menuai padi amat menyeronokan kerana jumlah tangkapan adalah lebih banyak berbanding hari biasa.

Ads

Info Musim Pancing Puyu

Bulan Oktober, Perlis Meriah Dengan Musim Pancing Ikan Puyu Di Sawah Bendang. Syiok! Bulan Oktober, Perlis Meriah Dengan Musim Pancing Ikan Puyu Di Sawah Bendang. Syiok!

Ads

‘Letak angkat, letak angkat, itulah yang menjadi kepuasan dan keseronokan memancing ikan di sawah pada musim ini, ikan mudah makan umpan tidak seperti memancing di sungai atau tasik.

Ads
  • Setiap hari boleh dapat antara 40 ke 60 ekor ikan puyu selain beberapa ekor ikan lain antaranya keli, haruan dan sepat dalam masa sejam ke dua jam sahaja dengan hanya menggunakan umpan cengkerik.
  • Jika bukan musim menuai padi, agak sukar untuk mendapat ikan kerana pada ketika itu air dari petak sawah dilepaskan ke tali air. Ikan turut masuk ke tali air, pada ketika itu susah ikan makan umpan.
  • Rasa ikan puyu ‘padang’ (sawah) amat sedap kerana isinya lebih manis berbanding ikan puyu yang dijual di pasar, dan selain untuk dijadikan lauk buat keluarga, hasil tangkapan mereka di sana juga boleh dijadikan ikan pekasam dan dijual secara kecil-kecilan.

Bulan Oktober, Perlis Meriah Dengan Musim Pancing Ikan Puyu Di Sawah Bendang. Syiok!

  • Ikan puyu juga sedap jika dibuat masak gulai, asam pedas atau pekasam, lagi sedap jika di makan dengan nasi panas.

Bulan Oktober, Perlis Meriah Dengan Musim Pancing Ikan Puyu Di Sawah Bendang. Syiok!

Image via google | Sumber : Bernama

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI