Seorang wanita yang hampir 7 tahun menetap di Mekah ada berkongsi tip kepada umat Islam yang bercadang ke sana pada waktu tidak sesak.

Waktu tidak sesak dikatakan waktu yang memberi keselesaan lebih kepada keluarga yang mempunyai anak kecil untuk beribadat. Begitu juga untuk warga emas yang uzur, mereka tidak perlu bersesak-sesak dan dapat menjalani ibadat umrah dengan sempurna.

Namun tidak menjadi masalah jika anda memilih membuat umrah di sini ketika waktu sibuk. Dengan panduan dan tip ini mungkin boleh membantu anda merancang waktu umrah dengan baik mengikut pilihan masa senang anda.

Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas


Tahukah anda?

Ads

Bilakah masa Mekah dan Madinah sangat lapang tanpa sesak sehingga anda boleh berikhtikaf lama-lama di hadapan Kaabah di kawasan tawaf?

Dengan pengalaman saya yg tinggal di sini hampir 7 tahun, waktu terbaik utk bawa anak-anak kecil, ibubapa yang uzur atau sesiapa sahaja ialah pada Awal Muharram.

Ads

Pada bulan Muharram, visa umrah baru sahaja di buka oleh kerajaan Arab Saudi. Jemaah yang baru sahaja menunaikan haji pula sudah beransur pulang menjadikan Bandar Mekah dan Madinah sangat lengang. Bagaikan boleh bermain lari-lari di kawasan tawaf.

Di waktu ini karpet hijau akan dibentangkan di kawasan tawaf utk kemudahan jemaah berikhtikaf. Kanak-kanak kecil dari sekolah tadika sehingga sekolah rendah datang dengan rombongan sekolah melakukan tawaf sunat dan pelbagai pengisian rohani. Bayangkan kanak-kanak kecil ini dapat melakukan tawaf bersama-sama sahabat kecil mereka. Sambil tangan dibahu mengelilingi Kaabah. Comel sangat.

Ads

Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas

ps: Saya kongsikan pic awal Muharram tahun lepas. Adakah anda merindui Tanah Suci ini? Saya doakan anda semua diberikan peluang untuk datang lagi dan lagi, aminnn…

Bulan Muharram Waktu Terbaik Menunaikan Umrah di Mekah Bawa Anak Kecil Atau Warga Emas

Sumber: FB Anis Yohana Khalid

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI