Thailand, jiran berdekatan negara kita mempunyai cuaca dan suhu yang tidak banyak bezanya daripada Malaysia. Disebabkan itu rakyat Malaysia tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di Thailand jika berkunjung atau melancong ke negara tersebut.
Namun ada sedikit perubahan jika anda bercadang melancong ke Thailand pada bulan Disember dan Januari tahun hadapan. Anda perlu membawa beberapa pakaian sejuk kerana negara Thailand dijangka akan mengalami cuaca sejuk daripada biasa. Suhu diramal menurun antara 14 sehingga 16 darjah Celsius pada bulan Disember dan Januari di daerah utara dan timur laut Thailand.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Thailand berkata musim sejuk di negara mereka dijangka bermula pada pertengahan Oktober dan berakhir pertengahan Februari tahun depan.
Sumber: Bernama