Jika anda peminat aktiviti mendaki, bukit ini pasti menjanjikan kepuasan tersendiri. Dengan pandangan menghadap laut, Bukit Piniapat atau lebih dikenali dengan nama Piniapat Hills terletak di Kampung Dingai, Pitas, Sabah.
Keistimewaan utama bukit ini pastinya trail ke puncak bukitnya yang dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bungaan. Untuk tiba ke kawasan bukit yang cantik itu, anda peru melalui beberapa trekking terlebih dahulu yang terletak lebih kurang 100 meter dari pondok jualan tiket. Keadaan trek agak curam dan licin, namun laluan tersebut selesa digunakan kerana mempunyai ruang jarak yang luas. Selain itu kemudahan tali dan papan tanda juga disediakan sebagai panduan arah.Boleh dikatakan seluruh kawasan Bukit Piniapat ini sangat insta-worthy dan turut menjadi lokasi pilihan pengantin baru merakam gambar outdoor mereka.
Ini perkongsian daripada Aleema Shazea Washif
Bukit Piniapat terletak di kawasan Utara Sabah. Perjalanan kami bermula dari daerah Sandakan ke persimpangan Sapi Nangoh (Telupid), melalui jalan Bukit Ular, ke Paitan dan seterusnya ke Pitas. Kawasan perbukitan tepi pantai dengan rumput lalang menghijau, disulami dengan warna-warni bunga. Sangat sesuai untuk mereka yang gemarkan aktiviti easy and short hiking sambil bergambar bersama keluarga. Pemandangan di Bukit Piniapat seolah-olah berada di set penggambaran filem.
Jalan alternatif ke PITAS (Anggaran masa perjalanan tanpa henti):
INFO JALAN: 30 minit terakhir sebelum sampai di Pitas (jalan Sapi Nangoh), jalan raya dalam pembinaan, keadaan jalan asphalt + tanah dan berbatu. Pastikan anda tahu baca titik perpuluhan untuk mengelak kekeliruan dengan papan tanda unik 7.000km, 9.000km & 10.000km takut nanti memandu sampai ke Kalimantan . Beberapa tempat lain yang boleh dilawat di Pitas:
TIKET MASUK BUKIT PINIAPAT:
Maklumat lanjut boleh tengok FB Piniapat Hill, Pitas. Sesiapa yang merancang untuk datang ke Sabah bolehlah masukkan daerah PITAS dalam itinerari anda untuk dilawat!