Bukit Bendera Bakal Terima Pengiktirafan UNESCO. Ini 9 Aktiviti Best Wajib Buat Di Penang Hill

Share

Perbadanan Bukit Bendera (PHC) menjangkakan yang Bukit Bendera dan kawasan sekitarannya akan mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai Rizab Biosfera dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengiktirafan UNESCO itu akan memberi manfaat kepada semua penduduk Pulau Pinang dan akan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Bukit Bendera. Seperti Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, ia telah meningkatkan sektor pelancongan dan menarik lebih ramai kedatangan pelancong luar sebelum terjadinya pandemik COVID-19.

Pada awal September, Kabinet telah meluluskan kertas kerja Bukit Bendra yang akan dihantarkan kepada UNESCO, di mana ia mungkin akan mengambil masa dua tahun untuk dinilai. Rizab Biosfera Bukit Bendera akan merangkumi Bukit Bendera sebagai taman utama, Taman Negara Teluk Bahang dan Taman Laut, dengan kawasan seluas lebih 12 ribu hektar. Bukit Bendera yang terdiri daripada hutan simpan semula jadi yang belum terusik itu, didapati mempunyai 85 spesies bunga orkid, lebih 100 spesies burung, tiga spesies monyet ikonik selain beberapa tumbuhan, semut dan pelbagai spesis labah-labah.


Tidak lengkap percutian ke Pulau Pinang tidak ke Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit. Bukit Bendera atau dikenali sebagai Penang Hill adalah bukit peranginan yang paling tua di Malaysia.

  • Bukit Bendera terletak di seberang pulau dan boleh dikunjungi dengan menggunakan keretapi Bukit Bendera. Dari puncak Bukit Bendera, anda akan dapat melihat seluruh negeri ini serta bangunan tertinggi di Pulau Pinang iaitu Komtar. Bukit Bendera, destinasi tumpuan pelancong untuk menikmati pemandangan yang indah dari atas bukit.
  • Selami keajaiban alam semulajadi di Bukit Bendera dengan bangunan-bangunan bergaya arkitektur kolonial lama. Setiap pengunjung dapat merasai aktiviti dan pengalaman menarik dengan daya tarikan unik di Bukit Bendera.
  • Terbaru, tular di media sosial sebuah kafe unik buat penggemar kopi di Bukit Bendera iaitu Kopi Hutan. Untuk ke sini, pelanggan boleh menaiki buggy atau kereta yang berada di Dataran Bukit Bendera secara percuma untuk ke kafe ini. Kewujudan Kopi Hutan sangat menarik kerana terletak di atas bukit yang tinggi dan dikelilingi dengan alam semulajadi pasti buat anda rasa tenang. Kiranya lokasi yang ‘perfect’ untuk bersantai sambil minum kopi Arabica atau teh.

  

Jangan lupa untuk singgah ke:

  • Little Village
  • Earthquake & Typhoon Pavillion
  • Love Lock
  • Dinosaur & Aviary Garden
  • Owl Museum
  • Henna & Spa


image via google | Bernama

Oleh
Husna