
Nak menjamu selera dalam bas sambil ditemani pemandangan indah sawah padi yang menghijau? Semua ni korang boleh dapat di N16 Café yang terletak di Sekichan Selangor.
Unik dan tersendiri, bas yang diletakkan di atas kontena ini merupakan café yang menawarkan pelbagai hidangan enak untuk dinikmati para pengunjung. Masuk sahaja ke dalam bas pasti hadir nostalgia menaiki bas sekolah atau bas antara bandar suatu masa dahulu.
Antara makanan yang korang boleh nikmati kat sini adalah seperti kek, pastri dan minuman menyegarkan. Sementara menunggu makanan atau selepas menikmati makanan, korang mesti teruja nak ambil gambar dari setiap sudut yang ada. Boleh bergambar di luar atau di dalam bas yang cukup Instagramable untuk bergambar dan muat naik di media sosial.
Waktu operasi
11.30am-6.00pm (tutup selasa &Rabu)
Alamat: Jalan Tali Air 4 Sekinchan Tanjung Karang, Tanjong Karang, Selangor.
Facebook: https://www.facebook.com/Buscafesekinchan
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Masuk Pulau Rawa Kena Tempah Awal. Orang Kata Ni Maldives Johor Tau

Kalau ada masa anda boleh cuba buat carian di laman sosial mengenai Pulau Rawa. Kecantikkan dan keunikan pulau ini memang tidak boleh disangkal lagi. Macam tidak percaya lokasinya hanya di negara kita sahaja.
Pulau Rawa merupakan antara pulau yang tercantik ada di Johor. Pulau Rawa sering dihebahkan dalam laman sosial atau mulut ke mulut oleh pengunjung yang pernah menjejakkan kaki ke sini ibarat Maldives kepada Johor dek kecantikan perairannya persis di negara kepulauan itu.
Tanya siapa sahaja pasti teruja melihat pasirnya yang memutih dan airnya biru menghijau bagai cermin boleh terus nampak ke dasar laut. Selain itu, aktiviti snorkeling juga amat mengujakan dengan air yang jernih. Anda pasti teruja kegirangan dapat melihat ikan-ikan kecil berwarna-warni serta batu karang yang indah.
Aktiviti yang boleh dilakukan jika bercuti ke Pulau Rawa, selain snorkeling ialah bersantai dan bersiar-siar, selam skuba, berkayak, mengelilingi pulau dan merentas hutan. Jangan lepaskan peluang untuk mendaki ke puncak bukit Pulau Rawa ini yang hanya mengambil masa pendakian kira-kira 15 minit. Dari situ anda boleh melihat keindahan matahari terbit dan pemandangan Laut Cina Selatan yang terbentang luas.
Ketika ini, hanya ada dua resort di Pulau Rawa iaitu Rawa Island Resort dan Alang’s Rawa. Menginap di kedua-dua resort ini memang menjadi idaman setiap pelancong kerana kedudukannya berhadapan dengan laut. Menariknya, Rawa Island Resort ada menyediakan gelongsor khas kepada tetamunya yang mahu berseronok dengan aktiviti air sambil mandi laut di tepi pantai.
Jika mengimpikan percutian ke Pulau Rawa, anda perlu membuat tempahan lebih awal kerana faktor lokasi penginapan yang terhad. Jangan sesekali anda berangan untuk walk-in sahaja ke sini memang tiada harapanlah untuk bercuti di Pulau Rawa nan indah ini.
Pakej yang ditawarkan di kedua-dua resort ini selalunya termasuk penginapan, perkhidmatan bot laju ulang alik, sarapan dan makan tengah hari, makan malam dan barbeku untuk sekali. Apa yang menarik resort menyediakan pelbagai aktiviti berkonsepkan free and easy yang menyeronokkan dan tidak terikat pada waktu. Ini bermaksud anda boleh menyusun sendiri jadual aktiviti mereka dan meneroka mengikut masa yang sesuai.
Cara ke Pulau Rawa:
- Jika anda dari Kuala Lumpur teruskan perjalanan ke Mersing menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, keluar di Plaza Tol Air Hitam. Teruskan ke Kluang dan ikut laluan ke Mersing.
- Setiba di Mersing, terus ke Terminal Feri Mersing dan ambil perkhidmatan bot laju terus ke Pulau Rawa.
Sumber Foto: rawaislandresort.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jamu Mata Dengan Kehijauan Sawah Padi, Wajib Ke Triangle Farm Cottage

Kalau anda suka jamu mata dengan kehijauan sawah pagi, kena lah datang Triangle Farm Cottage di Sekinchan. Mesti tenang lah bila tengok suasana di sini, nak bawa keluarga tersayang, memang sesuai sangat.
Bilik agak kecil. Tapi selesa untuk 2 orang. Triple room pun ada. Cuma kadang-kadang bila baring, terhantuk sikit di dinding sebab kedudukan katil dengan triangle shape tu dekat. Kena hati-hati di situ.
Tiada dalam bilik – TV dan air panas. Semua ni ada kat reception area. Wifi – connection ok. Sebab bilik berhampiran dengan reception. Even guna data sendiri pun kelajuan internet memuaskan.
Tandas di sini bagus. Air panas, air sejuk, wc semua berfungsi dengan baik.
Harga : RM98 (weekdays). Sarapan tidak termasuk.
Kebersihan : Bagus.
Dari segi keselamatan, cukup bagus – in house guest akan dapat access card untuk bilik dan main gate.
Kemudahan di luar: Ada aktiviti basikal, inflatable pool, ada meeting room.
Jarak untuk pergi Restaurant Abah Ikan Bakar dalam 10min. Ke restaurant Lembah Bernam dalam 6 min. Padi box 4 min dan pasar jerami ban kenal dalam 10minit.
Nak rasa puas, kena pergi sendiri ya.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Disebalik Bangunan Pencakar Langit UAE Yang Gah, Ada Sisi Lain Yang Mereka Tidak Mahu Pelancong Lihat

Siapa tiada mengenali nama United Arab Emirates (UAE), sebuah negara yang makin berkembang pesat dan moden dari hari ke hari. UAE adalah gabungan tujuh wilayah iaitu Dubai, Abu Dhabi, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaywayh, Ras Al Khaimah dan Al- Fujayrah. Pada 1971 ketujuh-tujuh pemerintah wilayah di atas bersetuju untuk membentuk sebuah negara dipanggil UAE.
Abu Dhabi ialah ibu negara UAE dan kaya dengan penghasilan minyaknya. Juga merupakan bandar pentadbiran UAE. Dubai memiliki kekayaan warisan, dengan sejarah yang berawal dari masa prasejarah. Perubahan terbesar dalam sejarah Dubai berawal dari penemuan minyak lima puluh tahun lalu.
Tetapi hari ini, sebahagian besar pendapatan wilayah itu sekarang bukan lagi daripada hasil minyak tetapi datangnya daripada industri pelancongan.
Pelbagai tarikan dilakukan agar UAE dilihat sebagai sebuah negara yang gah dengan pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit yang unik. Bahkan ada yang dikategorikan sebagai tertinggi di dunia. Menara atau bangunan tersebut kemudian menjadi tarikan kepada pelancong. Antaranya, Al Burj Khalifa, bangunan Dubai Frame, Kompleks Atlantis, Burj Al Arab dan Marina Bay Dubai.
Populasi penduduk UAE pula adalah kira-kira 9.3 juta orang. Daripada jumlah itu hanya 20 peratus rakyat UAE manakala 80 peratus lagi adalah rakyat negara luar sama ada bekerja atau berniaga di negara tersebut.
Demi memastikan kemodenan UAE membangun dengan pesat, ramai pendatang asing di bawa masuk untuk memajukan negara ini. Namun yang menjadi perbualan ramai adalah kehidupan yang menyedihkan pendatang-pendatang ini disebalik negara yang gah. Ada juga pendatang yang datang ke sini untuk berkerja tidak dibayar gaji, selain kebersihan dan kebajikan tidak dijaga dengan baik oleh majikan.
Ini beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh portal Dailymail untuk tatapan umum.
Sumber: Dailymail
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI