Travel

Bukan Lagi Percuma, Bayar RM128 Untuk Melawat Hagia Sophia di Istanbul

Share

Hagia Sophia yang terletak di Istanbul berada dalam senarai tempat-tempat yang ingin dilawati setiap kali pelancong masuk ke Turkiye.

Hagia Sophia di Istanbul

Terkenal sebagai masjid yang menjadi simbol ikonik kerana penuh dengan sejarah, Hagia Sophia sebelum ini percuma untuk dilawati para pelancong. Namun, bermula 15 Januari lepas, ada bayaran kemasukan yang dikenakan untuk pelawat.

Berdasarkan laporan dari Hurriyet Daily, Hagia Sophia mengenakan bayaran sebanyak €25 (RM128) untuk seorang pelawat.

Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Turkiye telah mengusahakan satu cara untuk memisahkan pintu masuk jemaah dan pengunjung budaya ke Masjid Hagia Sophia. Pelancong kini akan memasuki pintu masuk sisi untuk mengunjungi masjid tanpa mengganggu persekitaran tempat ibadat.

Pintu masuk utama pula hanya dikhaskan untuk warga Turkiye. Pembelian tiket masuk akan membolehkan pelawat mengakses ke galeri tingkat atas dan muzium di tapak Warisan Dunia UNESCO, yang menjadi tarikan pelancong.

5 Tempat Wajib Ziarah di Turki

1. CAPPADOCIA
Bandar ini terletak di tengah Anatolia, merupakan syurga untuk ahli geologi (dan manusia awam macam kita) kerana struktur batu ‘outcrop’ yang begitu unik! Rupa bebatu seolah-olah kita di alam fantasi kisah dongeng. Tak hairanlah diberi julukan ‘fairy chimneys’. Di sini lah tempat pelancong naik belon udara panas. Kita juga boleh menginap di hotel dalam gua batu!

2. ISTANBUL
Lebih baik anda baca buku disenaraikan untuk lebih menghargai tempat-tempat bersejarah di Istanbul. Pasti perasaan bila ziarah Aya Sophia/Hagia Sophia tu bercampur-baur. Jika berkelana dengan ilmu berbanding berkelana saja-saja tanpa niat hala tuju, berbeza hasilnya. Secara amnya, di Istanbul pelancong akan ziarah Aya Sophia, Masjid Biru, Galata Tower, Grand Bazaar, Topkapi Palace Museum, Masjid Suleymaniye, Dolmabahce Palace, Basilica Cistern, menaiki cruise di selat Bosphorus dan meneroka cafe dan ‘art scene’ di kawasan seperti Balat.

3. EPHESUS
Merupakan bandar purba yang diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage. Apa yang istimewanya? Di seluruh Eropah, Ephesus dikira antara tinggalan kota purba paling lengkap. Kita boleh lihat bagaimana orang zaman dahulu kala hidup. Tinggalan berkurun dari kesan empayar Rome & Greek masih kekal hingga kini. Boleh ziarah dan ambil pengajaran.

4. PAMMUKALE
Pammukale bandar yang mana terletaknya kolam air panas semulajadi bertingkat-tingkat warna turqoise. Dengan mineral semulajadi yang kaya-raya, tidak hairanlah Pammukale sinonim dengan aktiviti mandi manda. Anda boleh cuba Turkish hammam (bathhouse) juga. Selain itu, di Pammukale kita boleh teroka Cleopatra Antique Pools, naik belon udara panas, teater purba Hierapolis atau melawat muzium.

5. OLUDENIZ/FETHIYE
Ramai di antara kita bila fikir Turki, lansung tak bayangkan ‘beach holiday’. Tapi Turki sebenarnya ada banyak persisiran pantai yang luar biasa exotic. Vibe Eropah. Contohnya Blue Lagoon di Oludeniz dan Butterfly Valley di Fethiye. Awas, kena pergi musim panas ya. Pergi musim lain nanti tak boleh mandi laut.

Sumber: Hurriyet Daily & The Vocket

Oleh
Nadia