Bila ke Terengganu tak lengkap kalau tidak singgah di Jambatan Angkat yang ada di sana. Salah satu cara nak melihat sendiri jambatan tersebut adalah dengan menaiki Payang water Taxi.
Menariknya dalam bulan Ramadan ini, Penumpang bot Payang Water Taxi di sini ditawarkan dengan tarikan baharu iaitu penyediaan pakej ‘Nasi Tenong’ untuk mereka yang menggunakan perkhidmatan itu sepanjang Ramadan ini.
Cas Ligas Sdn Bhd (CLSB), anak syarikat kerajaan Terengganu yang mengendalikan perkhidmatan itu, yakin inisiatif berkenaan mampu memartabatkan tradisi lama ‘tenong’ atau mangkuk tingkat dalam kalangan orang ramai yang menelusuri Sungai Terengganu menggunakan ‘teksi air’ itu.
“Mangkuk tingkat sinonim dengan masyarakat Melayu lama… kami mahu menyemarakkan kembali penggunaan tenong yang menjadi tradisi orang dulu-dulu,” kata Pengerusi CLSB Zakaria Dagang ketika ditemui pada majlis berbuka puasa dan memperkenalkan pakej Nasi Tenong, Kelmarin.
Zakaria berkata pakej itu mengandungi hidangan istimewa seperti ikan baung masak tempoyak dan nasi Arab, namun setakat ini perkhidmatan itu dihadkan untuk 32 penumpang sehari dan mereka yang berminat perlu membuat tempahan terlebih dahulu.
Ads
Beliau berkata selain pakej Nasi Tenong, orang ramai juga boleh menikmati pengalaman berbuka puasa di atas bot dengan membawa makanan sendiri sambil melihat keindahan jambatan angkat dan beberapa mercu tanda lain negeri ketika menelusuri sungai.
“Perkhidmatan ini sebenarnya pakej river cruise biasa yang kita tawarkan pada hari biasa tetapi pada Ramadan kita benarkan pelanggan bawa makanan dan hanya kenakan caj RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak,” katanya.
Ads
Sumber: Bernama
Ads
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ada berita baik buat anda yang memiliki motosikal berkuasa tinggi atau pengusaha motorsikal jenis ini. Selepas ini kemungkinan besar anda boleh sewakan motorsikal berkuasa tinggi anda kepada pelancong luar jika tidak digunakan untuk sementara waktu.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mencadangkan kepada Kementerian Pengangkutan supaya mengeluarkan permit khas bagi pelancong asing yang ingin menyewa dan menunggang motosikal berkuasa tinggi di negara ini.
Sebelum ini timbul masalah apabila pelancong asing tidak dibenarkan menyewa dan menunggang motosikal berkuasa tinggi meskipun mereka mempunyai lesen memandu.
Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Isham Ishak akan menulis cadangan ini kepada KSU (Ketua Setiausaha) Kementerian Pengangkutan agar dipertimbangkan sebagai salah satu usaha menggalakkan lebih ramai pelancong yang gemar menunggang motorsikal berkuasa tinggi ke Malaysia.
“Mungkin dengan inisiatif yang baik ini kita dapat membantu penunggang asing datang ke Malaysia untuk menyewa motosikal dan menunggang di jalan raya di Malaysia terutamanya di jalan pantai timur dan Borneo,” katanya.
Langkah menyediakan permit khas itu akan memacu ekonomi khususnya industri pelancongan juga akan membantu pemain industri motosikal berkuasa tinggi di negara ini dari segi sewaan motosikal kerana sememangnya terdapat banyak permintaan daripada pelancong asing.
Namun begitu, langkah keselamatan dan undang-undang jalanraya perlu seiring diperkenalkan buat warga asing yang kurang biasa dengan selok belok jalan di Malaysia jika cadangan ini diguna pakai kelak.
Peranan duta pelancongan dalam perkembangan sebuah negara begitu penting. Buktinya Korea Selatan memanfaatkan kepopularan artis untuk mempromosikan industri pelancongannya. Tourism Organization (KTO) baru-baru ini memperkenalkan duta baru untuk promosi pelancongan negara tersebut.
Jika tahun lalu Song Joong Ki, kini giliran Lee Jong Suk dipilih sebagai Duta Pelancongan Korea. Lee Jong Suk merupakan seorang model dan aktor yang membintangi beberapa drama popular, antaranya ‘Pinocchio’ dan ‘I Can Hear Your Voice’. Aktor tampan yang begitu populer di Asia Tenggara hingga China ini dipilih sebagai Duta Pelancongan Korea, untuk mempromosikan pelancongan Korea di luar negeri.
KTO mengharapkan dengan pilihan Lee Jong Suk sebagai duta pelancongan, diharapkan promosi tahun ini menjadi semakin tular, dan menarik ramai pelancong asing melancong ke Korea Selatan. Lee Jong Suk juga muncul dalam iklan promosi pelancongan Korea. KTO sendiri telah membahagi promosi pelancongan Korea ke dalam beberapa segmen, dengan mengambil nilai kebangsaan dan citarasa. Promosi kali ini mengekspresikan nilai dari pelbagai jenis perjalanan ke Korea dalam lapan tema.
Lapan tema tersebut disesuaikan dengan jenis aliran filem seperti romance, adventure, triller, mystery, documentary, fantasy, signature dan trend Korea.Selain itu, lapan tema promosi ini dirancang secara komprehensif memperkenalkan kota dan wilayah di Korea, seperti Seoul, Gyeonggi, Gangwon, Jeju, Gyeongju dan lainnya.Promosi dilakukan secara digital juga konvensional. Promosi digital dilakukan hingga bulan Oktober melalui YouTube, Facebook dan media lainnya yang dapat menyasar target dengan tepat.Promosi melalui stesyen televisyen juga dilakukan di Kedelapan video iklan ini yang boleh dilihat di saluran Youtube Imagine Your Korea.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sedang melakukan persiapan akhir untuk projek yang akan membolehkan jemaah, pelawat dan penduduk Arab Saudi bergerak ke kota suci Madinah dengan menaiki unta melalui Laluan Hijrah yang digunakan oleh Nabi Muhammad, lapor akhbar harian Mekah.
Kementerian Haji dan Umrah bersetuju melancarkan inisiatif itu bersama Suruhanjaya Diraja untuk Mekah dan Tempat Suci.
Projek sepanjang Laluan Hijrah itu termasuk membangunkan 27 hentian rehat, pembinaan hotel, rumah tumpangan, muzium dan bangunan-bangunan lain.
Inisiatif itu diberi nama Jalan ke Thaniyat Al-Wada, merujuk kepada sebuah kawasan tanah tinggi dekat Madinah. Apabila siap kelak, pengunjung boleh mengambil jalan sama yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa baginda berhijrah ke dari kota suci Mekah ke Madinah.
Laluan itu akan bermula dari Ghar Thor, gua di Bukit Thor, Mekah iaitu lokasi Nabi Muhammad dan sahabat baginda, Abu Bakar bersembunyi daripada puak Quraish selama tiga hari sebelum memulakan perjalanan ke Yathrib.
Kota Yathrib bertukar nama kepada Madinah Al-Munawwarah selepas Nabi Muhammad menetap di sana.
Menurut kementerian itu, selain menaiki unta, pelawat juga boleh melakukan perjalanan ke Madinah melalui jalan sama menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan motosikal. Kementerian sama bagaimanapun tidak menyebut bila laluan sejauh 380 kilometer itu akan dilancarkan namun, ia dipercayai siap dalam sedikit masa lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!