Makan

Buka Puasa Di Tepi Tasik Dengan 120 Hidangan Berkonsepkan Rasa Santapan Desa. Macam Makan Kat Rumah Sendiri!

Share

Memang seronok kalau dapat berbuka dengan hidangan ala desa, walaupun makan di luar tapi terasa macam santapan di rumah sendiri. Lagi best bila dapat berbuka di tepian tasik dengan sajian pelbagai jenis juadah yang enak sambil mengimbau kenangan lama. Tenang je rasa.

Bertemakan Santapan Rasa Desa, bufet Ramadan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) membawakan 120 jenis hidangan termasuk pembuka selera, hidangan utama, sepuluh gerai sampingan, aneka pencuci mulut dan minuman yang pasti dapat memuaskan hati pengunjung ke sini.

Menu Wajib Kambing Bakar

Antara menu wajib di BMLR tentunya kambing bakar yang diperap dengan lebih 18 jenis herba dan rempah ratus yang kemudiannya dibakar dengan api yang perlahan untuk menghasilkan daging kambing yang lembut dan berjus.

Selain itu, terdapat pelbagai jenis lagi hidangan yang pasti menambat selera pengunjung seperti rendang ayam, daging hitam manis, gulai ikan nyok nyok, gulai kawah dan tauhu bakar.

Bahagian pencuci mulut turut menampilkan kelainan dengan sajian aneka kuih tradisi masyarakat Banjar yang popular di Daerah Kerian seperti Wadi Kepeng, Balungan Hayam, Kalkatar dan Gegatas.

Menariknya kat sini, sepuluh gerai sampingan dengan pelbagai juadah memeriahkan lagi suasana di LakePark Komer dan ini dsulami dengan dendangan lagu oleh penyanyi jemputan yang pastinya menggamit suasana berbuka puasa menjadi lebih syahdu.

Menu Bersilih Ganti Setiap Hari

Menurut Chef Eksekutif BMLR, Chef Mohd Huzaimi, sebanyak tiga set menu yang bersilih ganti mengikut hari disajikan pada tahun ini akan disediakan oleh barisan 20 orang chef berpengalaman.

Menu yang bersilih ganti pada setiap hari bertujuan meraikan kepelbagaian citarasa pengunjung di mana mereka dapat menempah pada hari tertentu yang bertepatan dengan menu kesukaan mereka sepertimana dihebahkan melalui laman sesawang bukitmerahresort.com.my serta media sosial resort seperti Facebook dan Instagram.

Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan, serendah RM55 untuk dewasa serta RM35 untuk kanak-kanak, warga emas, dan Orang Kurang Upaya (OKU), pengunjung pastinya berpuas hati.

Lagi menarik mereka juga ada menawarkan promosi satu orang makan percuma untuk setiap 9 tempahan berbayar.

Selain itu, sambil menunggu waktu berbuka puasa, pengunjung boleh melayari Tasik Bukit Merah, iaitu tasik buatan yang tertua di Malaysia dengan menaiki Ramadan Cruise pada pukul 6.00 petang atau 6.30 petang pada harga RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanakkanak.

Bagi pengunjung yang ingin menghidupkan malam di bulan Ramadan, usah bimbang kerana solat tarawih secara berjamaah juga akan didirkan di surau yang terletak tidak jauh dari lokasi bufet.

Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi boleh layari http://www.bukitmerahresort.com.my

Oleh
SAHR