Bercuti ke pulau-pulau yang ada di Terengganu memang menyeronokkan, salah satunya adalah Pulau Redang. Lagi best bila bawa anak-anak yang masih kecil, seronok tengok mereka enjoy habiskan hampir setiap masa dalam air yang bagaikan kolam renang semulajadi yang luas dan tenang.
Perkongsian Jannah Zul tentang percutiaannya bersama keluarga kecilnya ke Pulau Redang memang syok. Mengambil pakej siap dengan 4 kali makan, Jannah sempat juga singgah di beberapa tempat lain yang popular di Terengganu untuk melengkapkan lagi percutian mereka sekeluarga ke sana.
Ikuti perkongsian Jannah selain beberapa tip yang dikongsi untuk anda yang merancang untuk bercuti ke Pulau Redang.
PERCUTIAN KE PULAU REDANG
Salam semua..sebab ramai yang pm dan bertanya mengenai pulau redang nih, so hari nih baru ada masa jan nak bercerita serba sikit la
Day 1(Khamis)
Jan bertolak pagi dalam pukul 10 ke terengganu, perjalanan 4jam setengah lalu highway LPT..sampai sana dalam jam 2pm check in chalet mampu milik, SIBLING COTTAGE.. Rm85 sje, memang dekat, 5minit je dengan Jeti Merang ..rehat sembahyang terus keluar jalan2 cari makan untuk yang nk berjimat, boleh bertolak malam, smpai awal pagi berhenti masjid dan terus ke jeti..tapi sebab jan ada anak2 kecik, tak nak diorg penat so kita chill2 sampai sana awal n berehat..
Day 2(Jumaat)
Awal pagi dah siap2 terus checkout dan cari makan pagi dulu..kat terengganu mestilah banyak nasi berlauk dan yang famous, nasi dagang gulai ikan ayo la sampai jeti jam 8.30am, sebab jan dah ambil pakej, jadi staf dah siap2 tunggu kita untuk naik bot..kereta jangan risau, ada car park disediakan, bayaran rm10/day..so rm30 utk 3 hari, insyallah selamat sbb 24jam ada orang jaga
Sampai Mutiara Redang, terus anak2 melompat dan excited tengok pantai..kat sana, beg2 staf bwak dari jeti ke kaunter check in..de welcome drink kat kafe, bleh minum2 dulu sementara nak dapat kunci bilik..proses check in pun senang, bagi nama dan terus dapat kunci bilik..ohh, bilik jan ambil, sea view tau..memang betol mengadap laut..jadi kalau korang nak yang mengadap laut, pastikan mention nak “SEAVIEW” harga bilik dia lain sikit la, cuma add Rm100 utk seaview
Rehat sekejap, tengahari ke kafe untuk lunch..lepas zohor jam 2ptg, slot snorkeling yang pertama hingga jam 4..balik snorkeling ke kafe lagi tea time, ada kuih dan bubur..sambung ke aktiviti bebas anak2 main pasir dan pantai..
Malam ada dinner disediakan, 1malam de BBQ gak..lepas makan bersambung la main lagi
Day 3(sabtu)
Pagi breakfast kat kafe, slot snorkeling ke 2 jam 9am sampai 11am..balik makan lunch, rehat dan boleh aktiviti bebas..
Petang snorkeling lagi jam 2pm-4pm..sama macam semalam gak, ada tea time dan dinner..overall bab makan nih memang jan puas hati sangat2..pakej jan ambil include makan 4kali sehari..breakfast, lunch, teatime n dinner..buffet tau, so memang x sempat rasa lapar pun, thump up untuk chef di mutiara redang nih, masakan dia semua sedap2 jimat duit sebab kat tak perlu berbelanja untuk makan
Malam anak2 sambung main, ada la bola pantai nak main..kat sini malam memang tenang, tak bising, tak de aktiviti pun, buat hal sendiri..seronok bunyi ombak, menikmati keindahan alam, jauh dari kesibukan kerja dan jem dari KL
Day 4(ahad)
Bangun breakfast, siap2 nak checkout..jan naik bot awal jam 9.30am, sebab nak berjalan ke bandar Kuala Terengganu..walaupun rumah atok kat terengganu, itu la first time jan sampai downbridge kuala terengganu hahahah semestinya kena makan celup2 tepung dan tapau keropok lekor tau
Staf2 kat sana semua baik2, rajin kerja, layanan smua elok, 1sesi snorkeling tuh, anak bongsu jan tidur, tinggal je atas bot mereka tolong tengokkan Jan pergi ke sana ambil pakej, 2dewasa dan 3kanak2..harga berbeza ikot tarikh kita nak pergi..so jan pergi baru nih peak season, cuti sekolah dan cuti public holiday agong, harga
Dewasa Rm460
Kanak2 Rm260
Fia dan maira Rm80(umur 1-4tahun)
Cas seaview Rm100
So total kerugian Rm1440
Untuk duit minyak dan tol pergi balik dari KL ke Terengganu spend la bajet Rm300
Tips:
Sekian coretan, moga bermanfaat
-Jannah Zul-
Baju swimming comel untuk anak, pakai ni time bercuti kat pulau!