Bercuti ke pulau-pulau yang ada di Terengganu memang menyeronokkan, salah satunya adalah Pulau Redang. Lagi best bila bawa anak-anak yang masih kecil, seronok tengok mereka enjoy habiskan hampir setiap masa dalam air yang bagaikan kolam renang semulajadi yang luas dan tenang.
Perkongsian Jannah Zul tentang percutiaannya bersama keluarga kecilnya ke Pulau Redang memang syok. Mengambil pakej siap dengan 4 kali makan, Jannah sempat juga singgah di beberapa tempat lain yang popular di Terengganu untuk melengkapkan lagi percutian mereka sekeluarga ke sana.
Ikuti perkongsian Jannah selain beberapa tip yang dikongsi untuk anda yang merancang untuk bercuti ke Pulau Redang.
PERCUTIAN KE PULAU REDANG
Salam semua..sebab ramai yang pm dan bertanya mengenai pulau redang nih, so hari nih baru ada masa jan nak bercerita serba sikit la
Day 1(Khamis)
Jan bertolak pagi dalam pukul 10 ke terengganu, perjalanan 4jam setengah lalu highway LPT..sampai sana dalam jam 2pm check in chalet mampu milik, SIBLING COTTAGE.. Rm85 sje, memang dekat, 5minit je dengan Jeti Merang ..rehat sembahyang terus keluar jalan2 cari makan untuk yang nk berjimat, boleh bertolak malam, smpai awal pagi berhenti masjid dan terus ke jeti..tapi sebab jan ada anak2 kecik, tak nak diorg penat so kita chill2 sampai sana awal n berehat..
Day 2(Jumaat)
Awal pagi dah siap2 terus checkout dan cari makan pagi dulu..kat terengganu mestilah banyak nasi berlauk dan yang famous, nasi dagang gulai ikan ayo la sampai jeti jam 8.30am, sebab jan dah ambil pakej, jadi staf dah siap2 tunggu kita untuk naik bot..kereta jangan risau, ada car park disediakan, bayaran rm10/day..so rm30 utk 3 hari, insyallah selamat sbb 24jam ada orang jaga
Sampai Mutiara Redang, terus anak2 melompat dan excited tengok pantai..kat sana, beg2 staf bwak dari jeti ke kaunter check in..de welcome drink kat kafe, bleh minum2 dulu sementara nak dapat kunci bilik..proses check in pun senang, bagi nama dan terus dapat kunci bilik..ohh, bilik jan ambil, sea view tau..memang betol mengadap laut..jadi kalau korang nak yang mengadap laut, pastikan mention nak “SEAVIEW” harga bilik dia lain sikit la, cuma add Rm100 utk seaview
Rehat sekejap, tengahari ke kafe untuk lunch..lepas zohor jam 2ptg, slot snorkeling yang pertama hingga jam 4..balik snorkeling ke kafe lagi tea time, ada kuih dan bubur..sambung ke aktiviti bebas anak2 main pasir dan pantai..
Ads
Malam ada dinner disediakan, 1malam de BBQ gak..lepas makan bersambung la main lagi
Day 3(sabtu)
Pagi breakfast kat kafe, slot snorkeling ke 2 jam 9am sampai 11am..balik makan lunch, rehat dan boleh aktiviti bebas..
Petang snorkeling lagi jam 2pm-4pm..sama macam semalam gak, ada tea time dan dinner..overall bab makan nih memang jan puas hati sangat2..pakej jan ambil include makan 4kali sehari..breakfast, lunch, teatime n dinner..buffet tau, so memang x sempat rasa lapar pun, thump up untuk chef di mutiara redang nih, masakan dia semua sedap2 jimat duit sebab kat tak perlu berbelanja untuk makan
Malam anak2 sambung main, ada la bola pantai nak main..kat sini malam memang tenang, tak bising, tak de aktiviti pun, buat hal sendiri..seronok bunyi ombak, menikmati keindahan alam, jauh dari kesibukan kerja dan jem dari KL
Day 4(ahad)
Ads
Bangun breakfast, siap2 nak checkout..jan naik bot awal jam 9.30am, sebab nak berjalan ke bandar Kuala Terengganu..walaupun rumah atok kat terengganu, itu la first time jan sampai downbridge kuala terengganu hahahah semestinya kena makan celup2 tepung dan tapau keropok lekor tau
Staf2 kat sana semua baik2, rajin kerja, layanan smua elok, 1sesi snorkeling tuh, anak bongsu jan tidur, tinggal je atas bot mereka tolong tengokkan Jan pergi ke sana ambil pakej, 2dewasa dan 3kanak2..harga berbeza ikot tarikh kita nak pergi..so jan pergi baru nih peak season, cuti sekolah dan cuti public holiday agong, harga
Dewasa Rm460
Kanak2 Rm260
Fia dan maira Rm80(umur 1-4tahun)
Cas seaview Rm100
So total kerugian Rm1440
Ads
Untuk duit minyak dan tol pergi balik dari KL ke Terengganu spend la bajet Rm300
Tips:
Jangan silap jeti tau, jeti merang ke pulau redang, jeti marang ke kuala kapas..nama dekat2 pastikan tak silap, nati tak sampai korg ke destinasi
Bawa sunscreen banyak2, memang akan burn teruk bawa topi, mainan pasir anak2, beli kedai eco rm2.40 je..sana kalau de pun mahal
Bekal makanan tambahan siap2..jan memang bawak 1beg, sebab tau anak2 jenis kelaparan lepas main sana ada kedai runcit tapi biasa la, harga 2 kali ganda dari darat..contoh air kotak dutchlady kecil tu rm3, megi cup rm4, keropok super ring rm4
Bawa botol air dan bekas makanan..anak2 bermain diorg tak ingat lapar, jadi masa makan tapau je untuk diorg..air masak dan air panas selalu je disediakan kat kafe
Seeloknya ke sana bulan april hingga sept, cuaca insyallah elok bulan nov-feb semua pulau2 tutup ye, musim tengkujuh
Sekian coretan, moga bermanfaat
-Jannah Zul-
Baju swimming comel untuk anak, pakai ni time bercuti kat pulau!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ketika merancang untuk melancong, ramai akan cuba membuat pelan lebih awal agar teratur dan percutian pun berjalan dengan lancar. Selalunya pelan atau perancangan akan dibuat beberapa minggu atau bulan sebelumnya kerana beberapa perkara perlu ditempah dan dikaji.
Namun begitu tidak semua dapat merancang lebih awal percutian idaman dek faktor cuti atau komitmen diri. Tetapi ia tidak bermakna anda tiada peluang untuk bercuti dan melancong ke luar negara. Ada pelbagai cara pasti membantu percutian saat akhir atau percutian tidak dirancang berjalan lancar.
Ikuti percutian gadis manis ini ke Jepun tanpa ada sebarang perancangan rapi. Semuanya ‘last minute’ tetapi percutiannya begitu menyeronokkan.
Pengalaman ke Japan ?? (July 2019)
Fukuoka & Osaka
Hai, salam semua.. haritu rmai yang pm leena tnya berapa budget p jepun. Okay, leena nak share dengan hmpa budget & itinerary p jepun .
Actually bercuti ni x plan langsung, semua nya last minute je.. bercuti ala backpacker (7 orang) , main redah je.
Total RM703/ person (tak termasuk tiket flight, makan & shopping)
___________________________________________
Exchange rate? 100 yen = Rm3.82
Tiket flight AA = Rm688/ person return inc meal (KUL-FUK-KUL) *beli time promo AirAsia ✈️
Fukuoka – Hotel Treasure Beer RM620/ night (harga 2 bilik) * agoda.com
Fukuoka- Guest House Yasuragi RM180/ night * expedia.com
Osaka – A Style Matsu RM236/ night * Airbnb.com
Bus Willer Express (Fuk-Osaka-Fuk) RM495/ person
Public transport Rm60++
Itinerary Hari pertama
• KLIA 2 – Fukuoka Airport (00.25 am) ✈️
• Fukuoka Airport (07.40 am)
**Sampai je dekat airport kami trus p surau prayer room (level 4F). Rehat jap pstu dalam jam 9:30 kami naik bus airport pergi ke domestic airport (free). Domestic airport ada subway so senang nak gerak p hotel, sebab harga taxi utk ke hotel bole tahan mahal Rm80++ so kami guna subway je laa.
• Hotel Treasure Beer
**check in pukul 3pm, so kami letak bag dan trus pegi lawat beberapa tempat sementara tunggu sampai pkul 3
• Tempat yang dilawati:
– Fukuoka Tower
– Momochi Seaside Park
Hari ke-2
• Check-out jam 10am terus ke Hakata Station simpan bag, tiket ke osaka pukul 8:30pm. Sementara tunggu kami ke beberapa tempat:
– Fukuoka Castle
– Fukuoka museum
– JR Hakata City Mall
•Bus ke Osaka 8:30pm
Hari ke-3
•Tiba di Osaka 6:40am, terus ke 7E. 7E sini best, free wifi, ada toilet. Bole kata serba serbi ada laa..
•Check-in A.style Matsu room, guesthouse ni best sbb bole check in bila2 masa je, kebanyakkn hotel/ guesthouse kt jepun ni check-in 3pm. Tpi guesthouse yg leena dapat ni dia bg check in awal.
•Sampai kt guesthouse jam11:30 sbb sesat cari x jmpa ?, dalam pkl 2 kami pusing ke bandar osaka.
– Namba Street
– Namba HIPS
– Dotonbori Canal
Hari ke-4
•Check-out 10am, terus ke :
– Osaka Museum
– Osaka Castle
– Universal Studio Osaka
– Umeda Sky Building
•Bus ke Fukuoka pkul 10:30pm
** actually nak stay dkat Osaka 2 malam, tapi terpaksa balik ke fukuoka sbb tiket bus untuk next day dah sold out.
Hari ke-5
•Tiba di Hakata Station 7am, booking guesthouse Yasuragi dekat expedia.com then terus ke sana. Jarak dekat je, 5 minit jalan kaki untuk ke guesthouse. Mcm biasa check in pkul 3 jgk, so kami just letak bag je.
•Sambung jalan2 :
– Tenjin Underground Shopping Mall
– Canal City Shopping Mall
Hari ke-6
•Check-out 5.00 am – naik 1st train ke domestic airport, pastu naik bus airport ke international airport. 6.00 am – check in luggage
• 07.55 am – flight ke KUL ✈️
Total RM703/ person (tak termasuk tiket flight, makan & shopping)
**untuk makan, kami masak sendiri. Sebab makan dekat sini agak susah nak cari dan mahal. Tapi dekat family mart, 7E, lawson ada ja makanan halal (roti, onigiri dll)
**dekat station bus ada bilik mandi dan ruang rehat, so sementara tggu nak check-in bole mandi or rehat dlu.
**majority orang jepun x berapa faham bhs English, so better guna google translate utk communicate dgn mereka.
Bulan madu menjadi momen yang sangat diimpikan bagi setiap pasangan yang baru berkahwin. Tempat-tempat indah nan eksotik menjadikan momen malam pertama ada yang sukar dilupakan.
Kyoto
Menikmati bulan madu di Kyoto rasanya tidak lengkap jika tidak menjelajahi bangunan-bangunan bersejarah di sekitarnya. Sebut saja Kinkaku-ji atau kuil paviliun emas, Ginkaku-ji atau kuil paviliun perak, kuil Ryoan-ji, kawasan studio filem di Toei Kyoto Studio Park.
Selain itu, jangan lupa untuk kunjungi bangunan lama tempatnya geisha di distrik Gion. Di Gion juga ada En, tempat minum teh tradisional. Buat yang menyukai komik, Kyoto International Manga Museum wajib dikunjungi kerana memiliki ratusan ribu koleksi komik
Cappadocia
Cappadocia ialah wilayah bersejarah yang ada di Turki dan menjadi destinasi popular bagi para pengembara di seluruh dunia.
Anda akan menemui bentuk batu-batu yang indah serta unik. Indahnya di sini anda boleh menaiki belon udara untuk melihat pemandangan di sekeliling Cappadocia.
Kota-kota lain yang wajib dikunjungi di Cappadocia ialah Urgup, Goreme, Ihlara Valley, Selime, Guzelyurt, Uchisar, Avanos dan Zelve.
Machu Picchu, Peru
Machu Picchu berdiri 2430 meter di atas paras laut di tengah-tengah hutan gunung tropika dalam suasana indah yang sungguh luar biasa. Ia mungkin penciptaan bandar purba yang paling menakjubkan pada zaman empayar Inca di zaman kemuncaknya.
Machu Picchu telah diisytiharkan sebagai Peruvian Historical Sanctuary pada tahun 1981 dan Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1983. Panoramanya yang menarik menjadi pilihan buat mereka yang ingin berbulan madu.
Sri Lanka
Tidak ramai yang memilih Sri Lanka sebagai destinasi bulan madu mereka. Padahal negara yang terletak di utara Maladewa ini memiliki iklim dan panorama yang tak kalah indahnya dengan Maladewa.
Sri Lanka memiliki beberapa pantai dan resort yang indah. Ada banyak perkara yang boleh diterokai dari negara ini. Mulai dari kota-kotanya, pelbagai makanan halal, pasar-pasar tradisional juga masyarakatnya yang ramai Muslim.
Maldives
Vila apung di atas laut dan pemandangan alam yang indah ialah sebuah paduan bulan madu yang sempurna. Maka tak hairanlah jika Maldives yang terletak di Lautan Hindi, menjadi salah satu destinasi bulan madu pasangan dari seluruh dunia. Ada banyak resort yang boleh menjadi pilihan, semuanya mempesonakan anda dengan interior menawan yang selesa untuk mengabadikan kisah kasih bersama pasangan.
Dubai
Sebagai salah satu destinasi dunia yang paling menyenangkan, mewah dan menakjubkan, Dubai memiliki pelbagai pilihan terbaik untuk bulan madu. Di sini anda boleh bersantai, memanjakan diri dan menikmati kebahagiaan pengantin baru. Dari kamar-kamar spa mewah hingga safari padang pasir kelas atas, berbagai resort dan aktiviti ini merupakan yang terbaik untuk bulan madu yang tidak boleh dilupakan di Dubai.
Marrakech, Maroko
Marrakech yang identik dengan rempah-rempah berhasil menarik banyak pasangan yang baru berkahwin untuk menghabiskan bualn madu di sana. Kota ini memberikan kesempurnaan untuk berlibur dan menawarkan pelbagai masakan lazat. Jika anda pencinta teh, jangan ketinggalan memesan mint tea.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pernah tidak anda terfikir untuk bercuti di sebuah rumah hantu. Percutian seperti ini pastinya memberi pengalaman berbeza yang tidak pernah anda alami sebelum ini.
Jika berminat anda boleh pergi menginap di Rumah Agnes Keith, sebuah rumah lama di Sandakan Sabah.
Rumah ini yang pernah diduduki seorang penulis dari Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith menyimpan banyak memori lama dan kisah misteri belum terungkai sehingga kini.
Tersergam indah di atas bukit di Jalan Istana, Sandakan, rumah setingkat diperbuat daripada kayu itu juga popular dengan kisah seram pernah dilalui dan diceritakan sendiri oleh penghuninya, termasuk Agnes, lebih separuh abad lalu.
Antara catatannya, Agnes pernah menceritakan sering ternampak lembaga wanita tinggi lampai bersama seorang bayi sepanjang tinggal di rumah berkenaan dari tahun 1934 hingga 1952.
Kisah seram itu juga diceritakan oleh penghuni selepas Agnes termasuk seorang pembantu rumah yang mengatakan pernah terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga ketika tinggal di rumah itu pada 1967 hingga 1968.
Benar atau tidak, hanya penghuni yang pernah tinggal di rumah, kini dijaga Jabatan Muzium Sabah sahaja yang tahu mengenai kisah menyeramkan di sebalik keindahan seni bina dan reka bentuk era kolonial rumah berkenaan.
Malah, ada mengatakan kisah misteri dan seram itu masih berlaku hingga ke hari ini dan ia menjadi antara tarikan pengunjung untuk melawat ke Rumah Agnes Keith sejak dibuka pada 2004.
Menyedari potensi itu, Jabatan Muzium Sabah merancang mewujudkan pakej pelancongan seram atau `dark tourism’ khusus untuk peminat kisah misteri dan cerita seram.
Tawaran itu dijangka dibuka selepas aktiviti pelancongan dibenarkan semula apabila pandemik COVID-19 semakin pulih, terbuka kepada sesiapa berani dan teringin merasai pengalaman seram.
Ketika mengumumkan perkara itu baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata Jabatan Muzium Sabah akan membangunkan program e-Seram dengan membenarkan pengunjung bermalam di Rumah Agnes Keith.
“Ia akan memberi peluang kepada pengunjung bermalam di rumah terbabit bagi merasai sendiri kehidupan Agnes Newton Keith bersama suaminya, Harry Keith dan anak mereka, George pernah tinggal di rumah itu.
“Ketika ini, program itu ditangguhkan berikutan pandemik sejak tahun lalu,” katanya.
Berdasarkan catatan Jabatan Muzium Sabah, rumah itu sudah ada apabila Agnes mengikuti suaminya bertugas sebagai Pegawai Konservasi Hutan di Sandakan pada 1934 dan mereka adalah penghuni kedua di rumah berkenaan sehingga tercetus Perang Dunia Kedua pada 1942.
Rumah berkenaan dikatakan rosak ketika perang tetapi dibina semula pada 1946 sebelum diduduki semula oleh Agnes bersama suami dan seorang anak mereka, sekembalinya dari Amerika Syarikat ke Sandakan selepas perang tamat.
Agnes menamakan rumah yang dibina semula itu sebagai Newlands dan mereka tinggal di sana hingga 1952 sebelum digantikan Pegawai Konservasi Hutan lain dengan yang terakhir Tom Bayles, pada 1968.
Bagi peminat kisah seram atau aktiviti paranormal, peluang untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah itu, terletak satu kilometer dari pusat bandar Sandakan.
Malah, inisiatif Jabatan Muzium Sabah itu mungkin dapat merungkai misteri di sebalik kisah itu, sama ada benar-benar berlaku hingga ke hari ini atau hanya khayalan dan rekaan semata-mata.