Terengganu antara destinasi pilihan bercuti rakyat Malaysia. Ramai sukakan makanan enaknya seperti keropok lekor, nasi dagang dan banyak lagi. Bukan itu saja, banyak tempat-tempat menarik boleh dilawati seperti Jambatan Angkat / Drawbridge Kuala Terengganu, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), pulau-pulaunya yang indah selain produk pelancongan batik dan songket yang boleh dijadikan cenderamata kalau bercuti ke negeri ini.
Bahkan ada banyak penginapan tepi pantai yang boleh dijadikan pilihan kalau bercuti ke Terengganu.
Bagi korang yang bakal ke Pantai Timur, dikongsi dari page Cuti-Cuti Terengganu, ada satu resort yang menjadi pilihan ramai kalau datang ke sini. Dikongsikan oleh Nazeera Edora, dirinya berkongsi pengalaman menginap di Chalet Anees yang betul-betul mengadap laut. Lebih best, sewaaanya cukup murah iaitu RM100 semalam sahaja. Jadi kalau ke sini, masukkan chalet ini sebagai pilihan menginap.
Baca perkongsiannya :-
Saya bukan owner tapi saya customer yang sangat puas hati dengan chalet ni. Kali ni memang saya mencari chalet betul-betul tepi laut. Cuma RM 100/malam untuk satu unit chalet.
Tak perlu payment untuk deposit. Cuma hubungi chalet dan bagi nama, nombor telefon. Pihak chalet akan “lockkan” untuk kita dan datang terus. Tak perlu pun security deposit ke apa. Bayar terus dan dapat kunci! Baik betul owner chalet ni.
Dan disebabkan berderet rakyat jelata, bawak tilam angin kerana chalet ni cuma ada bilik berserta katil king/queen/ 2 single. Jangan risau, ruang solat berserta sejadah disediakan.
Electric kettle dan cawan, towel dua helai dan sabun buku disediakan. BBQ set pun ada tau.
Di tangga chalet ada paip untuk bilas kaki. Bagus disediakan sebab kita balik dari pantai mesti kaki berpasirkan. Best sangat! Buka pintu nampak laut. Parking kereta pun sebelah chalet.
Chaletnya pun dekat dengan Lapangan Terbang Terengganu, dekat dengan warung-warung celup tepung. Dalam chalet pun ada gerai tau. Malam-malam lapar boleh tapau makan.
Sebelah chalet pun ada jual burger kalau lapar malam-malam.
Cuma diingatkan pantainya dalam. Tak sesuai untuk mandi. Celup kaki pun jangan. Sebaiknya bawak joran sebab memang port best untuk memancing.
Lokasi :-Chalet Anees, Kg Tanjung Gelam Mengabang Telipot 21030 Kuala Terengganu, Terengganu.