Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah, Indonesia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menyelamatkan seekor buaya 'bertayar' di Palu. Ganjaran berkenaan diberikan ekorang tidak mempunyai sumber untuk menangkap reptilia itu.
Buaya berkenaan berdepan masalah di mana tayar motosikal tersekat pada badannya sejak beberapa tahun lalu.Buaya malang tersebut sering dilihat di kawasan perairan yang menghubungkan Sungai Palu dan Teluk Palu. Reptilia bersaiz empat meter itu pertama kali dilihat tersekat pada tayar berkenaan sekitar 2016 lagi. Sejak tahun lalu, buaya itu menjadi tarikan penduduk yang menunggu kemunculannya untuk merakamkan gambar haiwan berkenaan.
Buaya air masin tersebut perlu diselamatkan segera daripada mati tercekik. Ramai bimbang tayar itu kini secara perlahan-lahan membunuh buaya itu kerana saiz buaya terbabit semakin hari semakin membesar.
Pihak berkuasa percaya, ada individu yang zalim secara sengaja meletakkan tayar itu di leher buaya dalam cubaan membela haiwan ganas berkenaan.