Meriah betul bila buat family day ke Kelantan sampai tempat sebuah bas. Maklumlah, ramai yang nak ikut sama pun.
Begitulah yang cuba dilalui oleh Puan Nur Dalilah, apabila dapat berkumpul bersama 40 ahli keluaga besarnya dengan menjayakan family day ke negeri Kelantan baru-baru ini. Apa yang lebih menarik, percutian kali ini siap booking satu bas!
Berkongsi cerita lanjut, menurut Dalilah atau lebih mesra disapa Dell, “Idea ini tercetus bila bulan Syawal yang lalu. Ketika itu makcik saya buat aqiqa cucu dan bersekali buat open house. Kiranya semua keluarga berkumpul untuk bertungkus lumus buat persiapan rewang kenduri. Jadi terus dia kata nak buat rombongan ke Kelantan naik bas,” jelasnya.
Rombongan Cek Pah Ke Kelantan
“Tidak dinafikan ketika zaman kami kecil, kami selalu buat family day. Tapi bila masing-masing dah dewasa, dah kerja dan berkeluarga, agak susah nak gather kan semua dalam satu masa.
“Jadi bila mendengar cadangan tersebut ahli keluarga ramai yang teruja, dan kalau ikutkan family kami besar. Cuma yang pergi kali ini hanya 5 keluarga, ada dalam 6/7 keluarga lagi yang tak dapat sertai.
“Nak dijadikan cerita, ketua rombongan kali ini adalah sepupu saya Eyfa Ariffin yang kitaorang panggil dia Cek Pah. Kira ni Rombongan Cek Pah Ke Kelantan. Dia yang booking bas, deal dengan homestay.
“Kami cari bas yang selesa (2 tingkat Executive Coach) untuk keselesaan sebab ahli rombongan ada warga emas dan juga bayi. Kalau nak dikira ahli rombongan, total 40 orang. Itu tak termasuk ada 1 family yang turut serta tapi naik kereta sendiri,” ceritanya lagi.
Ads
Bercuti Sambil Shopping
Perjalanan kami bermula dari 11:00 malam bertolak dari Klang menuju ke Kelantan
Kemudian kami berhenti solat subuh di Masjid Paloh Gua Musang pada jam 5:45pg.
Sambung perjalanan ke Rantau Panjang.
Berhenti breakfast di Kok Lanas, nama kedai KEDAI NASI KERTAS pelbagai menu di sediakan, terutama sekali nasi dan roti telur goyang.
Selesai sarapan kita sambung perjalanan menuju rantau panjang, sampai rantau panjang around 11am. Kami diberi masa 2 jam untuk shopping.
Selesai di Rantau Panjang, kami bergerak ke pasar Siti Khadijah..sampai sana around 2:30ptg.. dan diberi masa sejam setengah untuk shopping.
Kami bergerak ke Homestay di Wakaf Baru. Disebabkan homestay kami agak jauh ke dalam dan bas kami tak boleh masuk, jadi kami kena berhenti dijalan luar dan ada 4×4 pick up kami dan beg. Kat situ agak penatlah sebab dah seharian tapi kami tetap enjoy sebab homestay tu ada pool, anak-anak pon enjoy the momen mandi pool.
Ads
Malam tu kami makan di Restoran KST, antara restoran seafood yang famous di Kota Baharu. Selesai makan malam, kami ke Wakaf Che Yeh untuk sambung shopping dan kami kembali ke homestay pada jam 12:00 malam.
Kami berehat dan esok pagi tu kami check out dari homestay jam 8 pagi dan menuju ke Kedai Kopitiam kita.
Ini antara kedai sarapan pagi yang popular, alhamdulillah kami dapat special arrangement sebab dah booking terlebih dahulu.
Selesai sarapan jam 10pg dan kami bergerak ke Kuala Terengganu untuk melihat Draw bridge dan juga beli keropok lekor di Kelulut.
Perjalanan pulang mengambil masa lebih 12 jam sebab banyak persinggahan. Walaupun letih kami tetap enjoy sebab dapat spent time with family.
Akan Datang Ke Cameron Hinghlands Pula
Apabila ditanya mengenai kos untuk percutian kali ini, nyata tidaklah memerlukan kos yang tinggi. Apatah lagi bila adaya yang baik hati menaja bas untuk ke sana.
“Kalau nak kira kos, ikutkan setiap ahli rombongan hanya perlu bayar RM90 untuk dewasa dan RM45 untuk bayi dan kanak-kanak.
“Ini sebabnya ada yang sponsor untuk bayaran bas, yang lain-lain macam duit makan and shopping tu ikut poket sendirr. Tapi kebanyakkannya, time makan ada yang tolong bayarkan. Alhamdulillah.. kami sama-sama kongsi rezeki bersama keluarga.
Ads
“Apa yang pasti percutian keluarga sangat menyeronokkan. Next ada rancangan nak buat rombongan ke Cameron Highland pula.. tapi yang tu balik hari. Moga ibu bapa kami dan ahli keluarga kami yang lain diberi kesihatan yang baik dan boleh lah kami buat lagi aktiviti ni bersama,” ujarnya lagi.
Tempat Menarik Anda Boleh Singgah
Pulau Sri Tanjung di Tumpat ini buka setiap hari Jumaat dan Sabtu sahaja.
Nak ke sini kena naik perahu dari jeti Kok Majid dalam 5 minit ke 10 minit menyusuri sungai yang tenang.
Kalau suka makan, best la datang sini. Banyak makanan rambang mata. Atas perahu, di darat pun banyak gerai makanan.
Boleh duduk kat pulau ni dari pagi sampai petang, tenang makan nak bergambar pun banyak tempat menarik di sediakan.
Jadi kalau anda rasa nak plan buat hari keluarga, mungkin Kelantan boleh masuk list anda. Rancang awal-awal tempat mana yang best untuk disinggah. Lagi mudah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Mak ayah bawa anak ke mana musim cuti sekolah? Kalau anda ada di sekitar Putrajaya, tak perlu memandu jarak jauh nak bawa anak-anak untuk bersuka ria. Cukup sekadar jelajah ibu kota pintar seluas 49 kilometer (km) persegi tersebut.
Ada banyak tempat unik lagi menarik yang boleh buat si kecil teruja.
Berikut lima lokasi yang boleh kalian pertimbangkan untuk habiskan masa hujung minggu:
1. Kelab Tasik Putrajaya
Alamat: Kelab Tasik Putrajaya, Putrajaya
Waktu operasi: 9.30 pagi hingga 6.30 petang
Facebook: Kelab Tasik Putrajaya
– Antara lokasi terbaik untuk kalian bawa famili beriadah.
– Selain boleh beri makan ikan, anda boleh berkayak dan bermain aqua boat yang berbentuk kereta merah.
– Kalau nak belajar scuba diving, Kelab Tasik Putrajaya turut menyediakan servis tersebut.
– Jangan lepaskan peluang untuk meriahkan Pesta Tasik di sana kerana pelbagai aktiviti menarik diadakan.
2. Pantai Floria
Alamat: Sisiran Floria, Presint 4, Putrajaya
Waktu operasi: 9 pagi hingga 6.30 petang
Facebook: Rekreasi Air Sisiran Floria Putrajaya
– Satu lagi tempat untuk melakukan aktiviti berkayak, memancing atau bermain bot kawalan jauh.
– Jadi, si ayah jangan lupa bawa koleksi joran sebab koleksi ikan di sana memang besar dan puas hati kalau dapat bawa balik.
– Sesuai juga dijadikan lokasi piknik sebab anak-anak boleh bermain air.
– Lagi menarik, sempena bulan kemerdekaan ini, bagi sesiapa yang membawa bendera dan bermain di sana, dapat harga istimewa.
3. Putrajaya Steps
Alamat: Presint 1, Putrajaya
Waktu operasi: 24 jam
Tiket masuk: Percuma
– Inilah masanya untuk anda uji ketahanan diri. Sebanyak 248 anak tangga perlu didaki!
– Ia dibina di atas cerun menuju ke Taman Putra Perdana setinggi 30 meter dan jarak sejauh 200 meter.
– Jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenangan bersama signatur ikonik Tangga Putrajaya yang dibina sempena sambutan Jubli Perak Putrajaya.
4. Taman Wetland Putrajaya
Alamat: Presint 13, Putrajaya
Waktu operasi: 7 pagi hingga 7 malam
Tiket masuk: Percuma
– Satu hari memang tak cukup kalau mahu ronda kawasan seluas 3.35km persegi.
– Taman Wetland pula mempunyai lebih 59 spesies burung penghijrah dan 200 spesies burung tempatan, lebih 24 spesies ikan air tawar serta haiwan akuatik.
– Sudah penat berjalan, apa kata singgah ke Wetland Studios yang penuh dengan kejutan. Pasti anak-anak suka!
5. Taman Cabaran Putrajaya
Alamat: Jalan P5, Presint 5, Putrajaya
Waktu operasi: 10 pagi hingga 7 malam
Tiket masuk: RM6 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak)
– Sesuai untuk mereka yang sukakan aktiviti ektrem seperti berbasikal bukit, wall climbing dan skateboard.
– Kompleks sukan mendaki tersebut mempunyai tembok dinding setinggi 20 meter dan terbahagi kepada lima zon.
– Jadi jangan risau, anda boleh pilih zon yang sesuai dengan stamina diri.
Putrajaya memang memiliki pelbagai kemudahan rekreasi mengujakan tanpa perlu mengeluarkan kos yang banyak.
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lupa bawa joran untuk aktiviti air di sana.
Selamat berhujung minggu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sesekali nak berdamai dengan alam, boleh hala ke Kuak Hill Resort, Lenggong, Perak. Lokasi percutian ini berdekatan dengan Gerik, Empangan Temenggor dan Tasik Banding.
Kuak Hill Resort sesuai untuk anda yang ingin bercuti dalam suasana ketenangan dan di kelilingi alam semula jadi. Anda dapat melihat keindahan pemandangan Tasik Raban dari atas bukit di Kampung Lata Papan, Kuak.
Kuak Hill Resort Di Lenggong, Tempat Berdamai Dengan Alam Semula Jadi
Melalui perkongsian seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Ameera, dia memilih Kuak Hill Resort, Lenggong kerana lokasinya yang dekat tetapi menyeronokkan.
“Nah inilah tempatnya, sangat tenang, sejuk dan mendamaikan. Jauh dari kesibukan kota, terletak di atas bukit perkampungan Melayu di Lenggong. Alhamdullillah dapat juga menikmati keindahan di atas sini, sebab sebelum ini hanya tengok sahaja,” kata Ameera.
Bagi anda yang inginkan percutian yang tenang, tiada gangguan, lokasi ini menjanjikan kepuasan buat anda dan keluarga. Hanya bunyi kicauan burung dan bunyi alunan air bukit yang mengalir kedengaran. Bilik perlu ditempah lebih awal kerana tempat ini sentiasa sahaja penuh.
Ini catatan pengalaman Ameera sepanjang bercuti di Kuak Hill Resort, Lenggong.
1. Dari perkarangan tempat letak kereta, kita perlu naik ke atas. Perjalanan mengambil masa selama 15 minit. Kereta perlu diletakkan di bawah memandangkan lokasi agak tinggi.
2.Apabila sudah sampai ke atas, kita akan disajikan dengan keindahan alam ciptaan Allah yang tidak terkata cantiknya.
3.Tersedia juga kafe di sini. Hati-hati ketika berjalan kerana laluan utama untuk naik dan turun agak curam. Tidak terasa penat berjalan bila melihat suasana hijau dan menyegarkan.
4. Ada zoo kecil juga di sini. Anak-anak pasti suka. Bagi ibu bapa pula jangan lepaskan peluang untuk bergambar di sini kerana banyak tempat menarik untuk merakamkan kenangan percutian.
5.Tersedia juga kenderaan pacuan empat roda untuk kemudahan bergerak ke sana sini.
6. Buat penggemar kopi, boleh minum kopi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
7. Wajib bila ke mana-mana bawa pulang cenderamata. Di sini juga ada disediakan pelbagai pilihan cenderamata yang terletak berhampiran meja pendaftaran.
8. Bilik untuk keluarga pun besar dan selesa.
9. Boleh mandi-manda di kolam mandi yang turut tersedia di sini. Air dari kolam mandi datangnya dari air bukit. Sejuknya sampai ketulang.
10. Di luar bilik boleh lepak santai sambil minum kopi cicah biskut.
11. Pada waktu malam pula boleh buat barbeku bersama keluarga.
Lokasi percutian ini bukan sahaja sesuai untuk keluarga tetapi juga untuk pasangan yang sedang berbulan madu.
Pada waktu pagi pula, cuaca sejuk dan kabus tebal. Pasti rasa malas meninggalkan tempat tidur.
Port Dickson sering menjadi pilihan sebagai destinasi percutian kerana terletak tidak jauh dari Lembah Klang dan juga negeri-negeri lain di Selatan Semenanjung Malaysia. Kat sana juga banyak pilihan penginapan mengikut kesesuaian dan keselesaan serta bajet korang sendiri.
Eagle Ranch Resort yang terletak di Port Dickson antara resort yang boleh dijadikan pilihan penginapan kerana mempunyai banyak aktiviti dan juga kemudahan yang terbaik untuk para pengunjung.
7 Jenis Penginapan
Di resort ini terdapat 7 jenis penginapan untuk korang pilih. Mempunyai lebih kurang 123 bilik, ini jenis bilik yang ada di sini:
Teepee
Bandwagon
Log cabin
Kampung house
Eagle terrace
Paddock chalet
Dorm
Fasiliti terbaik
Bagi yang berkeluarga, fasiliti seperti kolam renang menjadi keutamaan. Di Eagle Ranch Resort, korang boleh dapat semua itu, malah mereka mempunyai kolam renang yang besar dan luas.
Kalau menginap kat sini juga korang tak perlu risau tentang makanan kerana terdapat restaurant dan café yang menyediakan pelbagai jenis hidangan dari makanan tempatan sehinggalah makanan barat.
Sesuai untuk Family Gathering & Team Building
Mempunyai keluasan 19 ekar, tempat ini juga sangat sesuai untuk dijadikan lokasi family gathering atau mengadakan team building. Kawasan yang luas membolehkan korang mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang turut disediakan di sini.
Antara aktiviti yang boleh korang buat kat sini adalah:
Paintball
Berakit
Memanah
Go kart
Flying fox
Paddock ride
Taman arnab
Berbasikal
Bola sepak bubble
VR game
Ping pong
Bola tampar
Bola keranjang
Futsal
Dirt buggy
Sukan air
Pendek kata kalau nak bonding dengan keluarga sambil buat aktiviti best, kat sinilah tempatnya!
Alamat: Lot 544, Batu 14, jalan Pantai, PD, Negeri Sembilan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!