Boulder Valley Glamping di Teluk Bahang, Penang, menawarkan gabungan unik antara glamor dan berkemah. Bayangkan dikelilingi hutan hujan yang subur sambil menikmati kemewahan moden.
Berikut adalah beberapa butiran penting tentang tempat tersembunyi ini:
Lokasi:
Boulder Valley Glamping terletak di tengah hutan hujan di Teluk Bahang, Penang. Lokasinya yang strategik memastikan setiap bilik mendapat cahaya matahari dan udara segar secara langsung.
Ads
Penginapan:
Tapak glamping ini mempunyai khemah yang telah dipasang, membolehkan anda merasai keindahan alam tanpa mengorbankan keselesaan.
Anda akan menemui vila khemah berhampiran kolam renang, dengan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan. Penyaman udara memastikan keselesaan anda, dan ada juga teres untuk menikmati pemandangan sekitar.
Ads
Kemudahan:
Nikmati tempat letak kereta percuma, internet berkelajuan tinggi, dan kolam renang. Restoran di tapak menyajikan hidangan lazat, dan keluarga boleh menerokai aktiviti untuk kanak-kanak. Tempat ini adalah pelarian sempurna dari kesibukan bandar.
Ads
Tarikan Berhampiran:
Sementara anda menginap di Boulder Valley Glamping, pertimbangkan untuk melawat tarikan seperti Escape Penang (taman tema), The Habitat Penang Hill (untuk pencinta alam), dan Kuil Kek Lok Si (keajaiban seni bina).
Sama ada anda mencari ketenangan atau pengembaraan, Boulder Valley Glamping menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan di tengah-tengah alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Palembang, daerah yang tidak asing bagi pelancong terletak di Sumatera Selatan, Indonesia. Kota ini padat dengan 1001 kisah sejarah. Kalau masyarakat Malaysia, kita mengenali Palembang bermula dengan sejarah Parameswara, yang asalnya dari Kota Palembang, kemudian berkelana ke tanah Melayu dan membuka Melaka. Palembang menyimpan pelbagai cerita dan destinasi menarik yang boleh diteroka.
Antara lokasi unik yang ada di Palembang adalah sebuah pasar harian yang dikenali Pasar Pocong. Dengar nama pasar pun sudah seram ini kan untuk singgah di lokasinya betul-betul berada di kawasan tanah perkuburan.
Pasar Pocong terletak di Jalan Telaga Swidak, 14 Ului, Kecamatan Seberang Ulu I, Palembang dan sangat terkenal dalam kalangan masyarakat Kota Palembang. Beroperasi dari awal pagi hingga tengah hari, Pasar Pocong ini sudah wujud hampir 17 tahun.
Dahulu, nama asal bagi Pasar Pocong ini dikenali sebagai Pasar Pagi Naga Swidak. Namun dek kerana ditempat di tengah kawasan tanah perkuburan, orang ramai mula menggelarkan ‘Pasar Pocong’ yang sinonim dengan kisah masyarakat di sana jika ada kawasan perkuburan pasti ada pocong (sejenis hantu).
Sejak itu Pasar Pocong sangat terkenal bukan sahaja buat penduduk tempatan malah penduduk luar dari daerah lain serta pelancong asing. Rata-rata berpendapat, selain namanya yang unik dan seram, sebab lain mereka datang berbelanja di sini kerana harga yang ditawarkan cukup murah berbanding pasar lain.
Tidak lari daripada perkara mistik, peniaga di sini juga seringkali dikatakan diganggu dengan kemunculan susuk lembaga yang menyeramkan. Namun belum pernah lagi terjadi perkara yang lebih buruk. Menurut ahli jawatankuasa yang menjaga kawasan tersebut, ini mungkin disebabkan niat peniaga yang menumpang ditempat tersebut hanya untuk mencari rezeki dan tidak lebih daripada itu.
Setiap minggu juga, setelah selesai urusan jualan, semua peniaga akan bersama-sama bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar agar lebih bersih dan kemas. Berbeza dengan sebelum ini, kawasan tanah perkuburan ini dibiarkan dengan semak dan lalang yang tinggi akibat tidak mempunyai peruntukan untuk kerja-kerja pembersihan.
Jika anda bercadang bercuti ke Eropah dengan bajet yang ‘terhad’, anda boleh memilih untuk ke Poland. Matawang negara Poland dikatakan agak rendah dan lebih kurang sahaja dengan matawang Ringgit Malaysia. Berbaloi juga bukan?
Info dan panduan menarik mengenai negara Poland ini dikongsikan oleh saudara Hilmi Mazlan
Poland merupakan sebuah kota metropolitan bagi masyarakat Polish. Pernah keluar di satu artikel di page travel Malaysia yang mengatakan bahawa Poland antara negara yang hampir sama dengan matawang Ringgit Malaysia.
Memang hampir sama tetapi belanja disini agak tinggi kerana negara ini terletak di Eropah. Dengan Ringgit Malaysia yang kurang stabil membuatkan matawang Poland lebih tinggi berbanding Malaysia sedikit. Contoh disini, baru sebentar tadi ke tandas awam di stesen bas di Warsaw yang dikenakan caj sebanyak 2.50 zt (lebih kurang Rm2.70) lebih kurang dengan penggunaan tandas di negara Eropah lain sebanyak €0.50 . Tandas awam di eropah tidak percuma, walaupun anda mahu guna di tandas di Mcdonald pon kena bayar.
Untuk dua hari saya tinggal di hostel, paling murah saya boleh dapat serendah RM 15 semalam, jika ikut rate untuk Eropah kira murah sangat dah itu kerana di London antara yang murah pun sekitar £10 semalam.
Masyarakat Poland ini ramai yang berhijrah ke negara Eropah kaya yang lain di barat. Ramai orang Poland yang saya jumpa di Kota London yang berkerja dalam sektor kerja buruh serta housekeeper di hotel-hotel besar London senang cerita kerja yang orang british tak mahu buat akan diisi oleh orang Poland atau Romania.
Bila sampai ke Warsaw, boleh tahan juga bagus ibu kota mereka. Jika ikut gaya bandar Poland lebih mirip dengan bandar-bandar di Jerman. Banyak tram digunakan, jika di London anda boleh naik tram juga di selatan kota London. Orang Polish ini lebih kurang dengan orang Romania, apabila anda sudah lama berada di Eropah anda boleh tahu bagaimana rupa orang Eropah ini mengikut warna kulit mereka.
Jika anda sudah biasa dengan fasiliti pengangkutan awam di kota-kota Jerman lebih mudah anda untuk memahirkan diri di Warsaw ini. Disini pun mereka guna konsep trust (kepercayaan). Anda boleh beli tiket sebelum menggunakan perkhidmatannya. Pernah sekali kena tertangkap di Kota Berlin tahun lepas, sekali kena bayar denda dekat €60. Denda itu akan ada selagi anda tak bayar dan boleh buat rayuan. Kebiasaannya polis atau pegawai mereka menyamar dan mereka akan keluarkan kad kuasa mereka.
Di kota lama Warsaw, ada satu restoran Indonesia namanya Sambal, saya jumpa setelah taip restoran halal di peta google. Agak mahal juga sepinggan Nasi Goreng di sini boleh capai sehingga RM30. Ahaha, dah berapa hari tak jumpa nasi. Pemilik restoran merupakan seorang lelaki dari Indonesia bernama Sahnil Arif.
Boleh saya katakan Poland ini adalah negara yang murah di Eropah untuk dilawati berbanding negara eropah yang lain. Disini komunikasi agak terbatas, tadi di tandas kena marah dengan makcik yang jaga tandas manalah kita tahu cakap Polish makcik wey..last-last saya ngomel dalam bahasa kelantan kepada makcik tersebut, ambo oyak ambo dok tahu wey mokcik…makcik tu marah kerana lambat sangat nak bayar . Iyalah nak mencari syiling yang mana ingatkan 25 sen rupa-rupanyanya 2.50 zt.
Mungkin dari pemerhatian saya amat jarang hendak jumpa imigran daripada Asia di sini berbanding kota lain di Eropah. Seingat saya Malaysia ada membeli kereta kebal daripada Poland. Ingat poland ingatlah kereta kebal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Di luar negara, ikan salmon pulang ke hulu sungai untuk bertelur, di Gerik ikan loma dari Tasik Chenderoh pula pulang ke hulu Sungai Kuala Rui dalam kuantiti yang sangat besar untuk bertelur.
Dari September hingga Disember; bulan yang ditunggu penduduk kampung, malah orang Ipoh,Baling, Kelantan turut datang berkongsi rezeki alam dengan mencandat, menagguk, menyauk dan menjala ikan loma. Hasil tangkapan paling tinggi mampu cecah 100kg sehari kalau tepat kena masanya!
Satu kawasan yang dikenali sebagai Dataran Ikan Loma dibina di sini dengan kos RM80,000 bagi memudahkan orang ramai menyauk ikan loma. Sini jadi pesta orang ramai menaikkan ikan loma.
Ikan loma sedap digoreng rangup dengan cili kering dan bawang serta dibuat pekasam. Paling lazat ialah telurnya.
Terliur aih masak pekasam macam ni!
Ikan Loma atau ikan Lomah merupakan ikan air tawar. Nama sainsnya Thynnichthys thynnoides.
Ikan Loma selalunya bergerak dalam kumpulan yang besar dan terdapat tasik-tasik dan lombong. Diet utamanya adalah plankton dan tumbuh-tumbuhan air.
Bentuk ikan ini seperti ikan Tongsan atau ikan Temelian malah dipanggil ikan Tongsan Loma. Saiznya boleh menjadi panjang, sehingga 0.6 meter.
Foto: Kenderong Pahat
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!