Pernah sampai Borneo Cultures Museum di Kuching Sarawak? Mungkin ada yang tak pernah tahu dan kurang pasti ada tempat ini di Malaysia.
Okay, jom kita baca perkongsian Puan Felicia Ramzi, satu pengalaman menarik sewaktu dia berada di sana.
Jom, saya cadangkan korang datang ke sini, Borneo Cultures Museum yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg. Ada banyak aktiviti menarik boleh dilakukan di sini.
Buka setiap hari bermula jam 10:30 pagi dan ada bayaran mengikut kategori. Bawa kad pengenalan bersama untuk pengesahan semasa membeli tiket di kaunter, jangan lupa.
Muzium ini muzium kedua terbesar di Asia dan ia bersifat interaktif. Terdapat tema berbeza di setiap tingkat dan korang wajib pergi ke semua tingkat ni okay. Menarik dan informatif tentang pembangunan Sarawak dari dulu sehinggalah sekarang.
Selain itu, ada seksyen interaktif tentang sejarah Puteri Santubong & Puteri Sejinjang (kagum tengok yang ini), selain dari exhibit haiwan sebenar yang telah diawet.
Paling best, aktiviti interaktif untuk kanak-kanak turut disediakan di tingkat 2. Mainlah puas-puas di situ. Kalau dah letih, ada restoran di tingkat 1. Nak beli souvenir sebagai tanda kenangan, pun ada kedai souvenir juga di tingkat 1.
Berbaloi? Yes, worth every penny. Parking pun free. Ruang luas, selesa dan pengudaraan baik dalam bangunan.
Jadi, dah tahu nak ke mana kalau sampai Kuching, Sarawak? Nanti terus datang dan gerak ikut tempat seperti yang dinyatakan.