Bila sebut tentang Iceland, ramai berkongsi pengalaman melihat aurora borealis yang cukup indah. Ia mungkin perkara paling kita impikan sekurangnya sekali seumur hidup untuk melihat fenomena itu.
Dikatakan waktu paling sesuai untuk melihat aurora borealis ialah pada bulan November hinggga Februari di mana langit kelihatan gelap pada ketika itu. Namun sekitar bulan Mac dan April adalah waktu terbaik kerana keadaan langitnya paling gelap.
Di sebalik tarikan menyaksikan aurora di Iceland, sebenarnya ada banyak lagi daya tarikan di negara tersebut. Antaranya ialah menyaksikan Black Sand Reynisfjara yang dikatakan cukup cantik teruatama saat bulan menyimbah bumi Iceland ini.
Terletak dua kilometer dari ibukota Reykjavik, pantai batu hitam ini terbentuk akibat letupan gunung berapi di kawasan sekitarnya. Di sekelilingnya, ada batuan volkanik malah pantai ini turut memiliki ombak yang cukup kuat selain batu-batu gunung berapi di sekitarnya.
Pada tahun 1991, National Geographic menyenaraikan pantai ini antara 10 pantai paling luar biasa biasa dan paling indah di dunia kerana pasit hitamnya. Lebih menarik, pantai ini turut menjadi penggambaran filem-filem popular dunia seperti Game OF Thrones, Noah dan Star Trek : Into Darkness.