Bila sebut tentang Iceland, ramai berkongsi pengalaman melihat aurora borealis yang cukup indah. Ia mungkin perkara paling kita impikan sekurangnya sekali seumur hidup untuk melihat fenomena itu.
Dikatakan waktu paling sesuai untuk melihat aurora borealis ialah pada bulan November hinggga Februari di mana langit kelihatan gelap pada ketika itu. Namun sekitar bulan Mac dan April adalah waktu terbaik kerana keadaan langitnya paling gelap.
Di sebalik tarikan menyaksikan aurora di Iceland, sebenarnya ada banyak lagi daya tarikan di negara tersebut. Antaranya ialah menyaksikan Black Sand Reynisfjara yang dikatakan cukup cantik teruatama saat bulan menyimbah bumi Iceland ini.
Terletak dua kilometer dari ibukota Reykjavik, pantai batu hitam ini terbentuk akibat letupan gunung berapi di kawasan sekitarnya. Di sekelilingnya, ada batuan volkanik malah pantai ini turut memiliki ombak yang cukup kuat selain batu-batu gunung berapi di sekitarnya.
Pada tahun 1991, National Geographic menyenaraikan pantai ini antara 10 pantai paling luar biasa biasa dan paling indah di dunia kerana pasit hitamnya. Lebih menarik, pantai ini turut menjadi penggambaran filem-filem popular dunia seperti Game OF Thrones, Noah dan Star Trek : Into Darkness.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
RAWANG BYPASS: LALUAN TINGGI ATAS POKOK GIAM KANCHING
Projek Rawang Bypass antara Serendah ke Rawang sepanjang 23km ini direka arkitek tempatan; Tuan Haji Radzali Mokhtar.
Ini antara projek lebuhraya hebat dan komplikated di Malaysia. Di antara laluan projek ini, kita akan berada separas puncak pokok atau lebih tinggi bergantung pada kawasan. Kita juga akan melaui bawah talian kabel pencawang elektrik.
Laluan ini merentasi Taman Warisan Selangor, yang padat dengan hutan. Ia unik kerana ditiang sehingga 60m tinggi dan dibina tidak lurus bagi meminimakan impak kerosakan terhadap ekosistem Taman Warisan Negeri Selangor.
Pokok ini hanya terdapat di kawasan ini sahaja di Malaysia dan dalam kelompok yang kecil. Tidak ada di negara lain pun.
Laluan ini penting dan dijangka memendek waktu perjalanan di waktu puncak ke KL dari 2 jam kepada 30 minit sahaja. Ia juga bakal menaik pembangunan di Serendah, Batang Kali dan Tanjung Malim.
Video ringkas Rawang Bypass oleh JKR Malaysia
JALAN PINTAS RAWANG (RAWANG BYPASS)
JALAN PINTAS RAWANG (RAWANG BYPASS)Rakaman drone dan fakta menarik Rawang ByPass. Story penuh http://stg.libur.com.my/rawangbypass/? Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )#libur #rawangbypass
Posted by Majalah Libur on Monday, 2 October 2017
Sejarah projek
Pembinaan Rawang Bypass di Bandar Rawang sebenarnya tertunda 2,132 hari; hampir enam tahun atas sebab posedur kerja dan proses pihak ketiga yang diluar kuasa JKR.
Auditor-Jeneral Tan Sri Dr Madinah Mohamad berkata projek ini diluluskan di bawah Plan Malaysia ke-9 (RMK9) bertujuan mengurang kesesakan teruk di Bandar Rawang dan memajukan lagi sistem jalan ke Kuala Lumpur.
“Projek ini melibatkan penambahbaikan 10.72km jalan sedia ada dan pembinaan empat lorong dua hala untuk 12.58km bermula 16 Julai 2005 dan dijangka siap 12 Januari 2008 dengan kos anggaran RM203.47 juta.
“Namun beberapa Perjanjian Tambahan dimetrai termasuklah peruntukan khas bagi kos kerja kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik, pembinaan jalan alternatif sepanjang 3.3km melalui Taman Warisan Negeri Selangor,penambahbaikan 1.57km lebuhraya persekutuan, dan memanjangkan projek dari 15 Disember 2011 hingga 17 April 2015 dengan kos tambahan RM390 juta’, menurut laporan.
Apabila audit dilakukan pada Oktober dan Disember 2016, mengesahkan projek ini diurus baik, maka Auditor-Jeneral Tan Sri Dr Madinah Mohamad menegaskan lanjutan masa 2,132 hari dibenarkan dengan tarikh siap dijangka pada 16 Mac 2017.
Sebagai tambahan, repot juga menunjukkan perubahan rekabentuk di laluan bertindih antara struktur tinggi dengan Lebuhraya Latar yang melibatkan kos tambahan RM34.2 juta.
Sumber rujukan: http://www.thesundaily.my/news/2017/07/31/ags-report-rawang-bypass-construction-delayed-2132-days
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Traveloka Lantik Diana Danielle Sebagai Duta Jenamanya Di Malaysia
Traveloka melantik Diana Danielle sebagai duta jenama untuk Malaysia sempena ulang tahun ke-10nya di Asia Tenggara. Superapp pengembaraan ini akan bekerjasama dengan penyanyi-pelakon tercinta ini untuk menggiatkan industri pelancongan tempatan, menggalakkan perjalanan selamat untuk seisi keluarga dan memulihkan keyakinan rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan tanah air tercinta ini ketika negara sedang membangkitkan semula industri pelancongan.
“Diana Danielle mempunyai ciri-ciri serasi dengan jenama Traveloka kerana kecenderungannya untuk memilih aktiviti pelancongan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaannya. Dia juga menunjukkan semangat keluarga-Malaysia dengan mengutamakan orang tersayang dan memastikan keselamatan mereka terjamin.
“Semangat inilah yang akan membantu negara pulih daripada wabak COVID-19. Bersama-sama dengan Diana, kami akan berusaha untuk meningkatkan minat pelancong tempatan dan asing jatuh untuk meneroka Malaysia semula,” kata Angelica Chan, Pengurus Besar, Traveloka Malaysia.
Diana Danielle, yang juga ibu kepada dua orang anak telah menjadi penyokong kuat industri seni dan pelancongan tempatan. Beliau baru-baru ini dianugerahkan dengan Anugerah Pilihan Rakyat – Selebriti Terbaik Tahun Ini, di Top 100 Talent Awards dan Malaysia Fashion, Modelling and Pageant Awards 2021.
“Saya benar-benar berbesar hati dengan pelantikan ini. Aktiviti pelancongan merupakan salah satu cara untuk saya dan keluarga saya mencipta kenangan dan telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan keluarga kami. Industri pelancongan adalah antara industri yang paling terjejas semasa sorotan wabak Covid-19 dan saya tidak sabar untuk memainkan peranan saya dalam membantu Malaysia membina semula industri pelancongan melalui Traveloka,” kata Diana Danielle, Duta Jenama untuk Traveloka.
Bagi merangsang keinginan para pengguna aplikasi untuk mengembara semula, Traveloka akan terus memenuhi aspirasi gaya hidup pengguna melalui tawaran luar biasa, pada harga yang sangat lumayan daripada rakan kongsi platform yang merangkumi syarikat penerbangan, tarikan, hotel, serta segmen spa dan kecantikan.
“Kami komited untuk terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan di peringkat kerajaan persekutuan dan negeri serta rakan-rakan kongsi kami, dan memainkan peranan yang lebih besar sebagai saluran untuk memacu aktiviti pelancongan tempatan,” tambah Chan.
Beliau juga mendedahkan bahawa usaha promosi Traveloka melalui promosi bulanan dua digitnya (cth 10.10, 11.11) dan jualan akhir tahun, superapp pengembaraan yang direka untuk memperkasakan pengguna di Asia Tenggara ini yang beraspirasi untuk menikmati pengalaman baharu serta meneroka tempat-tempat di sekeliling mereka ini berjaya mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 60 peratus pada 2021, berbanding tempoh yang sama pada 2019.
Mengulas mengenai semangat baharu superapp penggembaraan ini dalam memainkan peranan yang lebih besar dalam dunia pelancongan tempatan, ketua pengarah Tourism Malaysia Dato’ Haji Zainuddin Abdul Wahab berkata, “Kami mengalu-alukan inisiatif Traveloka untuk sentiasa tangkas dalam usaha mereka dalam mendigitalkan pengalaman perjalanan dan menjadikannya sebahagian daripada kehidupan setiap rakyat Malaysia lebih-lebih lagi ketika kami bersiap sedia untuk menggiatkan semula ekonomi negara. Usaha Traveloka merupakan permulaan yang baik kepada dekad baharu ini.”
Untuk memulakan sambutan dan memperkaya pengalaman perjalanan dan gaya hidup rakyat Malaysia, serta untuk menyatakan rasa terima kasih atas sokongan mereka sepanjang tahun, superapp pengambaraan ini telah mencipta permainan Augmented Reality (AR) yang inovatif untuk ulang tahun ke-10nya. Permainan ini dinamakan Cut A Cake, dan pengguna akan dapat memenangi kupon bernilai sehingga RM10,000 apabila mereka memotong 10 kek untuk Traveloka. Kupon-kupon tersebut sah untuk sitebus antara 21 Februari dan 6 Mac 2022.
“Traveloka baru sahaja melancarkan permainan AR khas. Mereka mencipta permainan ini untuk menunjukkan rasa terima kasih dan memberi ganjaran kepada pengguna Malaysia. Sertai saya untuk bermain dan menangi beberapa hadiah perjalanan percutian yang menarik,” kata Danielle.
“Traveloka baru sahaja melancarkan permainan AR khas. Mereka mencipta permainan ini untuk menunjukkan rasa terima kasih dan memberi ganjaran kepada pengguna Malaysia. Sertai saya untuk bermain dan menangi beberapa hadiah perjalanan percutian yang menarik,” kata Danielle.
Superapp pengembaraan ini juga akan bekerjasama dengan influencer Instagram tempatan seperti Jovyn, SoniqWebs dan Myra Natasya untuk melancarkan live strim Instagram tujuh hari, antara 28 Februari dan 6 Mac 2022 di mana para penonton berpeluang memenangi hadiah-hadiah dari Traveloka.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands Selamat Kepada Pengguna. Foto Tular Tidak Benar!
Ramai yang sudah merancang ke Cameron Highlands dalam masa terdekat bimbang untuk meneruskan percutian mereka ke tanah tinggi tersebut ekoran tularnya beberapa keping foto yang mengundang keselamatan penggunjung.
Jangan risau, anda boleh teruskan plan percutian ke Cameron Highlands dengan hati yang tenang setelah kerajaan Perak memberi jaminan bahawa Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands yang dikatakan berlaku runtuhan cerun, selamat untuk dilalui oleh pengguna jalan raya.
Kerajaan negeri melalui agensi teknikal seperti JKR akan terus memantau secara mendalam berkenaan keadaan cerun tersebut dan mereka sempat meninjau kawasan tersebut selepas melihat gambar-gambar yang ditularkan. Dalam satu kenyataan, kerajaan negeri Perak juga berharap rakyat untuk lebih bertanggungjawab, serta tidak menular gambar-gambar atau berita tidak benar yang akan menimbulkan keresahan yang tidak sepatutnya.
Walau bagaimanapun merekat turut mengakui terdapat runtuhan kecil yang berpunca daripada hakisan air hujan dan bentuk muka bumi yang berbukit, tetapi keadaan tersebut tidak seteruk seperti yang ditularkan. Kerja-kerja penambahbaikan cerun sudahpun dijalankan iaitu membabitkan kerja-kerja ‘tie back wall’ dan ‘micropile slab’ sejak beberapa tahun lalu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI