Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall semalam.
Biarpun hanya sehari sahaja, namun fiesta yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Menghimpunkan 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung, dalam ucapan perasmian YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ia satu usaha sangat baik kerana ia selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit.
“Negara kita menyediakan banyak dana dalam membantu golongan wanita berpotensi untuk mencapai kejayaan dari segi ekonomi dan golongan wanita boleh merebut peluang memajukan diri dalam perniagaan menerusi dana disediakan,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Ads
Dalam fiesta sehari semalam, selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka. Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Selain persembahan pentas dari Marsha, ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi di mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan dan banyak disediakan pihak penganjur.
Ads
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Ads
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemeriahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
hun ini yang tertunggu-tunggu status samada berpeluang mengerjakan haji tahun ini atau tidak. Jawapannya TIDAK. Malaysia tidak akan menghantar jemaah untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, keputusan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Berdasarkan kepada taklimat yang disampaikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH) serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 9 Jun 2020, ibadat haji untuk semua rakyat Malaysia bagi Musim Haji 1441 Hijrah adalah ditangguhkan
Selain Malaysia, antara negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah haji mereka adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei. Keputusan itu adalah bersifat menyeluruh termasuk bagi haji Furada kerana mengambil kira situasi semasa penularan wabak COVID-19 yang tidak memenuhi syarat istito’ah berikutan masih belum ada vaksin ditemui.
Ibadat haji yang merupakan Rukun Islam kelima berkait rapat dengan syarat istito’ah, iaitu berkemampuan menunaikan haji daripada aspek kesihatan, keselamatan, keizinan melakukan perjalanan ke Tanah Suci dan kewangan. Tanpa keupayaan atau kemampuan pada hal-hal yang disebutkan, maka menurut hukum syariah syarat istito’ah tidak dicapai untuk mewajibkan kita menunaikan haji.
Tabung Haji telah memutuskan mereka yang tidak dapat pergi tahun ini keseluruhannya akan dibawa ke tahun hadapan, yang tahun hadapan akan ke tahun hadapan yang lain. Ketetapan itu tidak akan menjejaskan giliran bakal jemaah haji yang telah terpilih pada tahun ini.
Namun, bagi jemaah yang telah lulus rayuan tahun ini, keputusan tersebut dianggap terbatal dan perlu membuat permohonan semula tahun hadapan.
Berikutan keputusan tidak menghantar jemaah haji tahun ini, kerajaan akan berbincang dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kuota tambahan tahun hadapan.
Penumpang yang akan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow tidak perlu lagi menunjukkan pasport di kaunter daftar masuk bermula April lalu. Ini kerana Lapangan terbang terbesar Britain itu kini menempatkan teknologi pengecaman wajah bagi mempercepatkan proses di kaunter tersebut.
Malah, pas masuk (boarding pass) juga tidak lagi diperlukan. Projek yang menelan belanja 50 juta pound itu membolehkan penumpang melalui kios automatik untuk mengimbas pasport dan gambar. Gambar itu kemudiannya akan memadankan wajah penumpang ke dokumen dan butiran perjalanan mereka.
Lapangan terbang tersebut sudah menggunakan teknologi pengecaman wajah ketika memasuki negara ini melalui e-gerbang biometrik.
Gatwick, lapangan terbang kedua terbesar di Britain juga bakal menggunakan teknologi sama dan akan menjalankan sisi ujian kedua bulan depan.
Mereka yang berlepas dari Heathrow sebelum ini dikehendaki menunjukkan pasport sekurang-kurangnya tiga kali, di kaunter daftar masuk, keselamatan dan sebelum menaiki pesawat.
Pengurusan Heathrow mengatakan bahawa sistem pengecaman wajah lebih dipercayai berbanding pemeriksaan manual. Dengan lebih daripada 78 juta penumpang di Heathrow setahun, teknologi itu bertujuan untuk mengurangkan masa penumpang.
Anda dah tengok belum gambar yang tengah viral sekarang ni di Facebook? Gambar pemandangan Kuala Lumpur berlatar belakangkan Genting Highland yang diambil pada waktu malam.
Sejak dari 5 Mei gambar itu dikongsikan sehingga saat artikel ini ditulis, gambar oleh jurufoto bernama Jun Hung ini telah mendapat perkongsian sebanyak 6.3K dan lebih daripada 12K tanda suka.
Ramai yang kagum dengan hasil yang terpampang pada gambar tersebut kerana anda boleh lihat bangunan ikonik Kuala Lumpur iaitu Menara Berkembar Petronas tersergam indah dan juga latar belakang Genting Highland dengan jelas.
Kalau di fikir secara logik, amat susah untuk mengambil gambar tersebut kerana untuk membolehkan Genting Highland jelas kelihatan memerlukan jurufoto membuka aparture dengan besar dan shutter speed lebih lama. Sekiranya begitu, gambar KLCC akan burn disebabkan setting yang sedemikian.
Jadi, ramai yang menganggap bahawa gambar tersebut palsu.
Walau bagaimanapun, Jun Hung menjelaskan bahawa gambar tersebut berjaya dirakamkan melalui hasil ‘lens compression’ dengan menggunakan peralatan khas.
Disamping itu, komposisi gambar tersebut tidak diedit dan Jun Hung hanya menggunakan perisian Adobe Lightroom dan Photoshop sahaja untuk membuat talaan asas dan penggubahsuaian warna tona.
Menurut The Rakyat Post, Jun Hung merakamkan gambar tersebut melalui lensa kamera beliau di kediaman peribadi di Bukit Jalil dengan menggunakan mod ‘time-lapse’ sambil menonton Games of Thrones.
Tan mula menjadikan fotografi sebagai hobi selepas ibu bapa beliau membelikannya sebuah kamera pada usia 15 tahun dan beliau belajar cara dan teknik fotografi melalui pakcik beliau dan juga YouTube.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!