Mungkin anda sudah biasa ke Pulau Pinang untuk bercuti. Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara untuk makan-makan, beriadah dan berhibur. Setiap kali ke Pulau Mutiara ini, itinerari percutian anda mungkin berulang dan hanya berkunjung lokasi yang sama. Kali ini cuba kreatif sikit. Jika anda merancang hanya bercuti di Pulau Pinang, ini lokasi wajib singgah. Paling best dapat ambil gambar cantik-cantik!
Dikongsi oleh : Cik Cahaya
Setiap tahun kami bertiga akan bercuti ikut bulan birthday girls. Tak rancang pun sekali sis tanya bff sis jom ke Penang nak. Sume onzz.So apa je ada di Pulau Pinang ni? Best sangat ke? Untuk hari pertama hanya jalan-jalan cari makan & penang street. Penginapan pula kami menetap di Hard Rock Hotel Penang, 1 hari sempena besday girl Farah Elissa Amir.
Kami bertiga menginap di Jerejak Island Resort rate harga rm149 semlm.. Macam-macam aktiviti boleh buat memancing,joging,ootd,hiking pun bole tapi ramai tak tahu (we all tak sempat) dekat pulau tu ada juga disediakan free bicycle ride & battery scooter. Malam pula ada pertunjukan api! Overall, Pulau Jerejak ni memang recommended sangat utk mereka mereka yg suka oOOTD tu! Make sure masuk list korang tau kalau mai Penang.
Kemudian, kami berkesempatan ke Kg Agong Penaga Penang. Banyak lagi tmpt menarik OOTD disebabkan kejar masa then we will repeat again soon! Tiket masuk 3 org RM28.
Jom cuti-cuti Malaysia~