Berita

Biri-Biri ‘Obesiti’ Ditemui Semula Selepas 7 Tahun Kuarantin Dalam Belukar

Share

Seekor biri-biri ‘berbadan bulat’ ditemui semula selepas tujuh tahun kelibatnya tidak dilihat dipercayai lari dari satu kebakaran di Pulau Tasmania, Australia pada Januari 2013.

Terdahulu, sekurang-kurangnya 80 kediaman terjejas akibat kebakaran besar di Tasmania yang turut mengakibatkan kehilangan haiwan dan tanaman rosak.

Menurut seorang petani, Alice Gray, biri-biri betina diberi nama Prickles itu ditemukan di kawasan tanah miliknya dalam keadaannya yang berbulu lebat dan seakan bertubuh obesiti sebelum ditangkap oleh suaminya.

Foto: metro.co
Foto: themercury.com.au

Biri-biri tersebut dilihat tidak selesa dengan keadaan bulunya itu, oleh itu petani terbabit bercadang untuk menggunakan bulu tersebut bagi membantu mereka yang dalam kesusahan berdepan pandemik COVID-19.

“Kami ada bercakap mengenai kehebatan Prickles dalam menjalani ‘kuarantin diri’ selama tujuh tahun itu dan juga memikirkan situasi kini iaitu COVID-19. Jadi, kami bercadang untuk mengadakan sebuah pertandingan meneka berat bulu Prickles dan hasil duit penyertaan akan disumbangkan kepada Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR),” lapornya kepada agensi berita BBC.

Foto: metro.co
Foto: metro.co

Kata Alice Gray, kejadian kebakaran tujuh tahun lalu itu telah menyebabkan pagar-pagar di ladangnya turut musnah. Mereka terpaksa membina semula pagar dan disebabkan itu, dia dan suaminya percaya bahawa si Prickles biri-biri tersebut mungkin terperangkap di dalam belukar tidak jauh dari kawasan ladang mereka.

Sumber: astroawani

Oleh
Husna