Ada empat masa yang terbaik untuk anda melancong ke Brunei Darussalam, iaitu:
15 Julai Hari Keputeraan Sultan Brunei
Pada hari keputeraan Sultan Brunei, anda berpeluang untuk masuk ke dalam istana Sultan dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda mencipta momen dan kenangan dalam masa cuti anda. Tapi pastikan anda berpakaian menutup aurat tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan (perempuan wajib bertudung). Jika tidak, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam istana. Menurut rakyat tempatan Brunei, anda berpeluang untuk melihat koleksi kereta Sultan Brunai yang ada di dalam istana tersebut.
Hari Raya Aidiladha
Bagi yang tidak menyambut perayaan aidiladha, anda boleh melancong ke Brunei pada masa ini. Ada banyak sambutan yang boleh dilakukan di sana malah anda berpeluang untuk bertemu dengan Sultan dan Permaisuri.
Sambutan Hari Kebangsaan
Sekiranya anda seseorang yang sukakan bunga api, bercuti ke Brunei pada masa sambutan Hari Kebangsaan adalah masa yang sesuai. Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam diadakan setiap 23 Februari.
Pesta Menuai
Setiap 1 Jun, Brunei akan menyambut pesta menuai dan waktu ini akan mengejutkan anda bahawa sebenarnya ramai non-muslim yang tinggal di Brunei. Satu daripada kumpulan etnik terbesar yang tinggal di Brunei adalah Iban. Etnik Iban mempunyai budaya dan perkampungannya yang tersendiri di daerah Temburong. Jadi rangka lawatan anda untuk merasai pesta menuai ke kawasan Bangar.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tiada ‘Ruang Khas Merokok’ Di Premis Makanan Dibenarkan Wujud- Timbalan Menteri Kesihatan
Denda larangan merokok di premis makanan telah berkuatkuasa awal tahun baru lalu. Ramai dalam kalangan perokok meminta agar sedikit kelonggaran diberikan dengan menyediakan kawasan khas untuk merokok di premis makanan.
Namun permintaan tersebut tidak akan terjadi dalam masa terdekat ini. Premis makanan tidak dibenarkan menyediakan ruang khas untuk merokok buat pelanggan di dalam kawasan operasi perniagaan mereka.
Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata peraturan itu termasuk dalam arahan yang menetapkan tiga meter atau 10 kaki dari kedai makan dan restoran terbuka sebagai jarak kawasan larangan merokok.
Sekiranya kedai makan menyediakan ruang khas merokok di luar kawasan (lingkungan tiga meter), ia bukan berada di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan tetapi pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Kami telah mengadakan perbincangan dengan PBT. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mungkin akan mempertimbangkan premis makanan untuk menyediakan tempat pembuangan puntung rokok (dan bukannya ruang khas untuk merokok),” katanya.
- Setiap premis makanan perlu mengikut lesen beroperasi restoran yang dikeluarkan pihak PBT dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya peraturan tidak dipatuhi.
- Bermula 1 Jan 2019, peraturan larangan merokok dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka, namun perokok masih dibenarkan merokok pada jarak tiga meter dari luar restoran terbabit.
- Pada 1 Jan 2020, Kementerian Kesihatan melaksanakan penguatkuasaan penuh larangan merokok di tempat makan dengan kompaun maksimum sehingga RM350.
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Keseluruhan Kos Cuma RM3444, Lelaki Kongsi Itenari Lengkap 10 Hari Ke Turki Termasuk Dapat Naik Belon Udara
Bila sebut tentang trip ke luar negara, ramai merasakan kos belanja yang perlu dikeluarkan untuk melancong mesti tinggi. Tidak hanya tambangnya tapi makan minum, hotel penginapan, pengangkutan dan lain-lain dimasukkan dan jumlahnya bukan sikit-sikit.
Tapi sebelum kita fikir melancong ke luar negara memerlukan duit yang baik, boleh baca perkongsian dari Amri Baik yang baru pulang dari Turki, 16-26 Januari lalu. Apa yang membuat ramai teruja, kos keseluruhan bagi seorang ke negara itu hanyalah RM3444 termasuk tiket kapal terbang, makan minum, naik belon udara dan kos travelnya ini banyak menggunakan penggunaan pengangkutan awam.
Baca perkongsian darinya yang dikongsi di page fb Backpackers Buddies Malaysia.
Itinerary trip Turkiye
16-26 Januari 2022
KL-Istanbul-Sanliurfa-Cappadocia-Ankara-Bozuyuk-Sogut-Bozuyuk-Bursa-Istanbul-KL
Transport :-
flight KL-Istanbul-KL by Emirates RM1.7k
flight Istanbul Airport-Sanliurfa airport by Turkish Airlines RM150
bas dr Sanliurfa Airport-Urfa by Havabus RM5
public taxi dr Urfa-Urfaevi Otel RM9
public bus no.24 dr hotel-Eyyube RM1
public taxi dr Eyyube-Hotel RM9
public taxi dr Hotel-Sanliurfa Otogar RM6
bas Mardin Seyahat dr Sanliurfa Otogar – Nevsehir Otogar RM60
public taxi dr Nevsehir Otogar – Goreme RM17
mini bus dr Cappadocia – Kayseri Otogar RM21
Kahramanmaras bus dr Kayseri Otogar – Ankara RM46
dr Ankara Otogar – AKM Otel (free org Turki belanja)
Public taxi dr AKM Otel – Ankara Otogar RM2
bas Metro dr Ankara Otogar – Bozuyuk Otogar RM50
dr Bozuyuk Otogar – Sogut – Bozuyuk Otogar RM65
bas dr Bozuyuk Otogar – Bursa Otogar RM13
public taxi dr Bursa Otogar – Malkoc Otel RM6
public taxi dr Fetih Muzesi – Bursa Otogar RM7
bas Metro dr Bursa Otogar – Barampasa Otogar RM45
public taxi dr Barampasa – Sultanahmet Inn RM12
public taxi dr Agora Boutique – Istanbul Airport RM40
Total : RM2,264/pax
Accommodation :-
Urfaevi Otel, Sanliurfa = RM50
Chelibi Cave Hotel, Cappadocia = RM145 (2malam)
AKM Otel, Ankara = RM70
Malkoc Otel, Bursa = RM45
Sultanahmet Inn, Istanbul = RM120
Agora Boutique Hotel, Istanbul = RM60
Total : RM490/pax
Attraction :-
Sanliurfa :-
-Archeologi Muzesi : RM15
-Makam Nabi Ayub a.s : Free
-Masjid Halillurrahman (Tempat lahir Nabi Ibrahim a.s) : Free
-Balikligol(Tempat Nabi Ibrahim a.s dibakar) : free
-Urfa Bazaar : Free
.
Cappadocia :-
-Red & Green tour : RM255
-Hot Balloon : RM180
Sogut :-
Ertugrul Turbesi : Free
Bursa :-
-Ulu Camii : Free
-Tophane (Makam Osman Gazi & Orhan Gazi) : Free
-Fetih Muzesi : Free
Istanbul :-
-Hagia Sophia : Free
-Blue Mosque : Free
Total : 455
AIG insurans : RM235/pax
RM2,264 + RM490 + RM455 + RM235 = RM3,444/pax
p/s : –
*Nak booking flight domestic Turki perlu hes code. So jgn berangan nak booking awal2 selagi belum apply hes code. Hes code boleh apply 72 jam sebelum departure. apply kat https://register.health.gov.tr/
*Semua tiket bas beli secara walk in kat station bas.
*Semua hotel booking masa on the way ke lokasi kecuali Agora Boutique Hotel sebab nak apply hes code perlu ada address masa kita kat Turkiye.
*Semua hotel yg dibooking 90% walking distance ke tempat-tempat menarik sekitar kawasan tersebut dan included breakfast.
*semua harga yang tertera adalah harga untuk seorang.
#MrSerulingKakiTravel
#Trip2022after2yearsmereputdiMsia
#JauhPerjalananLuasPengalaman
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cuti Umum Nak Ke Mana? Ini 6 Lokasi Sesuai Untuk Day Trip Di Lembah Klang
Malaysia adalah sebuah negara yang sangat unik. Ini adalah kerana Malaysia dianugerahkan dengan keindahan alam yang amat menawan serta dikurniakan kekayaan sumber alam yang melimpah.
Di samping itu kita juga memiliki kelebihan dengan kepelbagaian yang amat besar daripada pelbagai sudut seperti keturunan/etnik, agama, kepercayaan, budaya, bahasa, makanan dan macam-macam lagi.
Sempena cuti umum ini mesti ramai yang tak balik kampung sama ada sebab tak mahu tersangkut dalam jem atau ada urusan yang tak dapat dielak. Daripada duduk terperuk di rumah jom la keluar ambil angin! Boleh pusing-pusing lokasi ini di Lembah Klang.
- Pantai Redang, Sekinchan
Pantai Redang, di Sekinchan, Selangor menjadi tumpuan warga setempat beriadah dan bersantai setiap hujung minggu. Jika anda penduduk lembah klang dan mengidam untuk bersantai di tepi pantai selama beberapa jam, ini adalah lokasi dicadangkan.
Pantai tersorok ini sangat sesuai dikunjungi jika anda sudah jemu melihat hamparan padi yang banyak terdapat di daerah Sekinchan ini. Untuk sampai ke Pantai Redang dari Kuala Lumpur cuma mengambil masa kira-kira sejam setengah melalui lebuhraya. Atas faktor jarak yang dekat itu mengapa tidak membawa keluarga anda berkunjung ke Pantai Redang, Sekinchan untuk berehat.
Pengunjung juga boleh memancing dan menikmati pelbagai makanan laut di gerai-gerai berhampiran. Pantai ini menyediakan kemudahan rekreasi yang pelbagai dan dapat memenuhi keperluan masyarakat pelbagai peringkat umur, ia sesuai dijadikan pusat rekreasi untuk keluarga.
- Colmar Tropicale Bukit Tinggi, Bentong
Jika impikan destinasi percutian ala-ala di sebuah perkampungan berkonsepkan Perancis, apa kata ke Colmar Tropicale di Bukit Tinggi, Pahang. Perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa satu jam perjalanan sahaja menggunakan Lebuhraya Pantai Timur. Suasana dingin pasti menyapa anda tatkala tiba di puncak dan memasuki kawasan Berjaya Hills Resort yang terletak pada ketinggian 823 meter atas paras laut.
- Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
Di Kuala Lumpur terdapat sebuah Taman Rama-Rama yang agak lama dibuka kepada umum sejak tahun 1992 lagi. Taman ini memperlihatkan serba-serbi mengenai rama-rama daripada beluncas pelbagai bentuk, saiz dan warna, kemudian bertukar menjadi kepompong seterusnya bertukar menjadi rama-rama yang cantik.
Dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 6 petang, waktu pagi adalah masa terbaik untuk datang dan melihat sendiri rama-rama kerana pada waktu pagi rama-rama ini keluar mencari makanan.
Taman ini mempunyai landskap menarik dengan pelbagai jenis tumbuhan eksotik dan tumbuhan yang menjadi rumah serta makanan kepada si rama-rama. Antara spesies rama-rama di sini yang menarik perhatian seperti Rajah Brooke, Common Mormon, Papalio Iswara, Blue Bottle, Malay Lacewing dan Indian Leaf yang diklasifikasikan sebagai rama-rama tercantik.
- Merchant’s Lane Kuala Lumpur
Jika anda berada berhampiran Lembah Klang, tidak perlu pergi jauh untuk lepak santai bersama teman dan keluarga. Pusing-pusing sahaja sekitar Kuala Lumpur, anda pasti jumpa ‘port’ menarik untuk singgah. Paling istimewa lokasi yang dicadangkan ini sangat photo-worthy!
Mungkin agak asing bagi rakyat Malaysia, tetapi kafe Merchant’s Lane yang ini sebenarnya popular dalam kalangan pelancong luar. Kafe cantik yang terletak di Jalan Petaling ini menjadi lokasi wajib singgah jika ‘makan angin’ di sini.
Ia dipenuhi dengan hiasan berunsurkan flora dan fauna dan dihiasi dengan pelbagai perabut kayu dan rotan artisan yang menarik. Setiap sudut dan ruang kafe ini cukup berbaloi untuk instagram anda.
- Saloma Link KL
Sekarang ini menjadi tarikan baru di ibu negara, jambatan pejalan kaki Saloma Link yang menghubungkan Kampung Baru dan kawasan berdekatan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Saloma Link dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), menghubungkannya dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh dari KLCC.
Tip menarik, di sini ada kawasan ‘hotspot’ pengguna juga berpeluang mengambil gambar berlatarkan KLCC di dua kawasan bergambar yang disediakan di jambatan itu. Penggunaan jambatan itu juga dapat memendekkan masa perjalanan di samping menjamin keselamatan pejalan kaki.
Biasanya perjalanan berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC mengambil masa lebih 30 minit dan perlu melalui jalan raya dengan trafik yang sibuk. Jika guna jambatan ini, pengguna hanya akan mengambil masa kira-kira tujuh minit dari Jalan Saloma ke Jalan Raja Muda Musa 3.
- Ladang Buah Naga HL, Bagan Lalang
Penggemar buah naga pasti suka dengan lokasi kebun yang menjual buah naga segar dari ladang ni. Terletak di tepi jalan dari arah Sepang menuju ke Bagan Lalang, ada beberapa kebun buah naga yang boleh anda singgah seperti kebun buah naga HL. Di kebun buah naga ini, anda boleh menikmati beberapa produk buah naga yang disediakan oleh pekebun seperti jus buah naga dan kentang lenyek bersoskan jem buah naga.
Untuk pengetahuan anda, ada beberapa lokasi lain penanaman buah naga di Malaysia tapi diperkatakan bahawa buah naga yang terletak di Sepang ini antara yang paling terbaik kerana tanah di sini yang kaya dengan nutrisi untuk pertumbuhan buah naga.
Anda juga boleh membeli buah naga anda untuk dibawa pulang dengan harga yang cukup kompetetif. Tip untuk anda, pilih buah naga yang telah seminggu dipetik, kerana isninya lebih manis berbanding yang baharu dipetik dari pokok.
image via google
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI