Buat masa sekarang mungkin kita tidak dapat travel atau ‘terbang’ ke sana sini kerana masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Tapi tidak salah untuk kita kumpul ilmu dan sedikit tip agar perjalanan makan angin di masa akan datang menjadi lebih lancar dan tenang.
Mungkin anda sendiri pernah mendengar cerita daripada rakan-rakan tentang pengalaman mereka berdepan seribu satu masalah sebelum menaiki pesawat. Dan jika anda perhatika betul-betul kebanyakannya adalah silap mereka sendiri yang mungkin tak ambil tahu atau terlalu sambil lewa.
Sebenarnya jika anda mengikuti panduan dan checklist yang betul segala keremehan yang berlaku di lapangan terbang atau di dalam pesawat pastinya tak akan berlaku. Antara masalah remeh yang biasa berlaku ialah dokumen yang tak lengkap dan tidak mengambil faktor langkah berjaga-jaga dengan serius.
1. Semak butiran cetakan atau terma syarat syarikat penerbangan yang telah dipilih oleh anda.
2. Ketahui pecahan butiran kos asas untuk harga penerbangan berapa RM, cukai penerbangan berapa RM, caj perkhidmatan penumpang berapa RM dan bayaran tambahan untuk bagasi yang telah beranak-pinak ketika melancong.
3. Semak kesemua dokumen. Pastikan pasport, visa dan tiket anda adalah sah. Boleh rujuk kepada Travel Agensi yang menguruskan kesemua dokumen tersebut.
4. Semak jika insurans perjalanan anda merangkumi perlindungan yang mencukupi. Samada pakej asas atau premium.
5. Tangkap gambar kesemua dokumen penerbangan anda. Memori phone anda besar kan?
6. Elakkan dari mendaftar masuk bagasi yang mempunyai barang bernilai ke dalam pesawat. Jika tidak perlu bawa, tinggalkan di rumah. Kau pun nak pergi mana bawa segala harta bagai.
7. Tangkap gambar barang-barang anda dan letakkan butiran hubungan anda di dalam bagasi.
8. Pastikan kad kredit dan debit anda berfungsi untuk kegunaan luar negara. Belanja bukan sikit kalau berjalan weh.
9. Jika anda kekurangan upaya atau menaiki penerbangan bersama individu yang kurang upaya, maklumkan kepada syarikat penerbangan sekurang-kurangnya 48 jam sebelum perlepasan.
10. Jika penerbangan ditunda selama 2 jam, anda layak menerima hidangan makanan, khidmat penggilan telefon dan akses internet. Jika tertunda 5 jam, anda layak mendapat penginapan hotel. Jika dibatalkan, anda layak menerima bayaran balik sepenuhnya atau penerbangan alternatif.
11. Jika bagasi anda hilang, rosak atau tertunda, simpan resit atau bukti nilai pembelian untuk pengesahan tuntutan.