Bila Bertukar Musim, Di Kedah Mesti Ada Tempat Cantik Muncul

Share

Kita sedia maklum Malaysia merupakan negara yang beriklim khatulistiwa. Maka, tidak wujud cuaca empat musim seperti di negara lain. Tetapi apa yang untungnya, kita masih boleh memiliki pelbagai suasana yang menarik selepas atau sebelum musim tertentu.

Kalau anda ingat lagi, negara kita pernah dikejutkan menerima suhu cuaca yang rendah, ketika itu suasana sekitar kelihatan sangat nyaman seolah berada di Kota London. Seperti yang diviralkan disesetengah lokasi, setiap tahun kelihatan beberapa jenis pokok mengeluarkan bunga yang cantik umpama bunga sakura sudah tiba musimnya. Begitu juga ketika musim kemarau, di Perlis wujud sebuah lokasi yang seakan berada di pekan Texas. Terbaru turut menjadi tular, sebuah negeri nun dihujung utara iaitu kedah muncul pula hamparan rumput karpet menghijau di tali air ketika musim panas yang melanda ini.

Suasana kawasan tali air di Kampung Pulau Tembun, Sungai Daun Tengah, Yan bagaikan pesta apabila dikunjungi ribuan pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang merakamkan gambar di atas hamparan rumput liar sejak minggu lalu. Ada yang duduk dan berbaring di atas hamparan rumput yang subur dan lembut itu disepanjang tali air yang kering-kontang sejauh kira-kira satu kilometer. Tali air tersebut kering kerana tiada keperluan untuk membekalkan air ke kawasan sawah padi di situ kerana hampir keseluruhannya telah dituai.

Jika anda berada di sekitar lokasi itu jangan lepaskan peluang untuk merakamkan gambar indah di kawasan unik itu.

Oleh
Husna