Biasanya Island Hopping Naik Bot, Kali Ni Jom Kita Naik Jet Ski Pulak!

Share

Island hopping adalah aktiviti ramai orang lakukan setiap kali bercuti ke kawasan pulau. Tapi bila dah selalu ke dengan aktiviti yang sama, mesti jauh di sudut hati akan timbul rasa jemu dengan trip yang ‘biasa-biasa’.

Maksud ‘biasa-biasa’ itu adalah duduk sahaja di atas bot dan tunggu tekong untuk bawa kita ke lokasi-lokasi di sekitar pulau. Untuk anda yang baru nak merasai pengalaman island hopping mungkin teruja, tetapi untuk yang dah kerap merasai pengalaman tersebut, pasti anda mahukan sesuatu yang lain kan?

Kalau kelainan itu yang anda mahukan, saya ada satu cadangan yang awesome dan pasti pengalaman ini akan memberikan anda kelainan dan keterujaan yang berbeza berbanding pengalaman island hopping yang pernah anda alami sebelum ini.

Selalunya island hopping anda akan naik bot bukan? Of course la naik bot, takkan nak berenang pula kan? Hahaha.. Apa kata untuk trip akan datang, cuba island hopping dengan menaiki jet ski!

Patrick atau nama manja pat sedang memberikan taklimat tentang cara-cara mengoperasikan jet ski.

Yes! Jet ski! Saya boleh bagi satu jaminan kepada anda yang pusing mengelilingi pulau menaiki jet ski 100 kali lebih menyeronokkan berbanding anda menaiki bot dan duduk menunggu sampai ke destinasi.

Kenapa saya katakan demikian? Sebab dengan menaiki jet ski, anda sendiri yang menunggang dan menuju ke destinasi yang disenaraikan. Oh ya! Island hopping menaiki jet ski akan ditemani oleh jurupandu yang berpengalaman – jurupandu itu akan naik jet ski yang lain dan anda akan konvoi bersama beliau!

Hussein sedang memberikan taklimat ringkas sebelum menyerahkan taklimat penuh kepada tour guide.
Tekun dengar taklimat. Bagus.. bagus..

Lupa untuk saya beritahu kepada anda, di manakah saya merasai pengalaman pertama saya menaiki jet ski untuk aktiviti island hopping ini? Saya berpeluang untuk mencuba sendiri island hopping menaiki jet ski ini bersama-sama rakan-rakan daripada Firefly bersempena dengan program CSR yang dilakukan oleh mereka di Pulau Langkawi.

Sambil-sambil nak mengutip sampah di sekitar Pulau Langkawi sempena dengan Hari Kebersihan Sedunia yang jatuh pada 21 September 2018 baru-baru ini, kami mengambil kesempatan untuk menaiki jet ski kepunyaan Mega Watersport JetSki Tours di Pantai Chenang.

Jet ski tour ni anda boleh jumpa di persisir Pantai Chenang, Langkawi.

Mega Watersport JetSki Tours yang dimiliki oleh Hussein Mohd Said ini ada 77 jet ski jenama See-Doo GTI 90 dan mampu untuk membawa anda ke sekeliling pulau dengan selesa dan selamat. Berkapasiti enjin lebih kurang 90 kuasa kuda, jet ski ini mampu meluncur dengan mudah, membelah lautan sambil memberikan anda tiupan angin laut yang sangat best!

Mega Watersport JetSki Tours ditubuhkan pada 2009 dan tidak menyediakan perkhidmatan sewa jet ski tetapi menyediakan perkhidmatan menjelajah kepulauan Langkawi menaiki jet ski. Tour yang anda akan nikmati bersama Mega Watersport JetSki Tours adalah sekurang-kurangnya selama empat jam mengelilingi Pulau Langkawi. Menarik bukan?

 

So trip yang saya dan rakan-rakan cuba baru-baru ini adalah selama lebih kurang empat jam lebih meliputi jarak sejauh 40 kilometer dan ke lapan pulau yang ada di sekitar Pulau Langkawi. Anda bayangkan bertapa rentungnya kami waktu itu gara-gara ada yang tak pakai sunscreen lotion! Hahaha.. Tapi semua tu dah tak fikir sebab semua seronok menunggang jet ski masing-masing.

Sambil-sambil bawa jet ski tu, terjun laut sekali. Top-up Vitamin ‘Sea’!
salah satu view pulau yang anda akan singgah sewaktu tour menggunakan jet ski.
Sumpah cantik tempat ni! Menarik tempat yang kami lepak ni, ia mampu menghasilkan gema kalau kita menjerit sebab lurah antara dua pulau ni menghasilkan fenomena lantunan bunyi. Interesting!

Antara lokasi yang sempat kami singgah pada trip jet ski tu adalah Tasik Dayang Bunting – tasik yang terkenal di Pulau Langkawi sebab menjadi tasik air tawar kedua terbesar yang wujud di pulau yang terletak di tengah-tengah laut.

Semasa singgah di Tasik Dayang Bunting tu, kami sempat meneruskan misi kami iaitu membersihkan sampah-sarap yang ada di sekitar tasik. Tasik ni ramai orang yang datang setiap hari tapi sayangnya, kesedaran sivik masyarakat masih lagi di tahap yang minimum sebab masih ada yang buang sampah sarap merata-rata terutamanya tisu dan plastik-plastik kecil. Plastik-plastik kecil ni kalau dijumpai dalam kuantiti yang banyak, sangat menyakitkan pemandangan!

Kami di Tasik Dayang Bunting untuk kerja-kerja CSR, kutip sampah-sarap. Tapi sambil tu layan view yang ada, cantik..
Kerja-kerja CSR sempena Hari Kebersihan Sedunia 2019 di Pulau Langkawi oleh Firefly.

Tambahan, plastik-plastik kecil ni susah nak dibersihkan sebab terlalu banyak dan melekat di merata-rata tempat. Jadi nasihat saya kepada anda mambaca artikel ini, tolonglah buang sampah di tong sampah yang disediakan ataupun simpan dahulu dalam kocek sebelum buang dalam tong sampah semasa keluar nanti.

Okay, berbalik kepada cerita jet ski tadi, saya sarankan kepada anda untuk cuba pakej tour nombor dua yang disediakan Mega Watersport JetSki Tours. Saya jamin anda pasti puas hati dengan aktiviti ni. Psstt.. saya dan kawan-kawan sampai sekarang masih belum move on dengan jet ski ni sebab masing-masing galak ‘merempit’, hahaha..

Parking dulu. Ini cara untuk regroup di tengah-tengah laut. Selepas regroup ni, tour guide akan bagi penerangan lengkap tentang apa yang ada di sekitar tempat tersebut. Very informative tour guide, good job Pat!

Sedikit info untuk anda, sekiranya anda ingin melakukan aktiviti ini, pastikan anda pakai pakaian yang bersesuaian dan kalau boleh pakai la sunscreen lotion – hitam kulit oii.. Lagi satu, barang-barang yang perlu anda bawa adalah kamera atau telefon pintar dan sedikit duit untuk membeli air dan sebagainya apabila anda sampai di Tasik Dayang Bunting nanti.

Jangan risau dengan waterbag, sebab anda akan dibekalkan dengan satu waterbag untuk isi barang-barang anda daripada terkena air. Passpot, kad pengenalan, kad bank semua tak payah bawa pun tak apa, tak ada masalah.

Ya! Anda perlu bawa cermin mata hitam, baru la sedap bawa jet ski, tak silau!

Oleh
Epul